Followers

Sabtu, 27 November 2010

Pisang rebus -- yang awal dan akhir.

Selamat Petang.  Rasanya ramai yang sudah makan tengahari kan, samada makan di rumah, di kedai tak pun di rumah orang kenduri. 

Hari ini, abahintan dan Azim saja yang pergi makan kenduri,  setiap minggu pergi kenduri sesekali malas juga, lagipun ini kenduri kecil (kenduri berkhatan).... yang penting dua orang wakil dah hadir.. Tapi esok pagi ada lagi undangan majlis kahwin.... insyaallah rasanya yang ini ibuintan sekeluarga patut pergi.

Hari ini nak tunjuk satu lagi menu orang lama.  Ini menu minum petang Khamis sebenarnya.  Petang Khamiskan hujan lebat.. (lihat)  bila hujan-hujan begini, orang-orang tua selalu kata 'perut lapar memanjang'.

Kebetulan di rumah ada sesikat lagi pisang nangka tua  pemberian jiran sebelah rumah.  Separuh telah digoreng.  Jadi untuk minum petang tu,  teringat untuk membuat pisang rebus.  Asyik pisang goreng je ...

Amat senang untuk dibuat.  Hanya potong bahagian pangkal dan hujung  pisang sahaja. Kemudian susun dalam periuk dan bubuh sedikit air, sehingga pisang agak tenggelam. Rebus dalam 10 ke 15 minit. Angkat.

Potong dan gaulkan bersama gula ataupun kelapa parut yang telah digaul bersama gula. Makan bersama madu, gula anau atau gula melaka pun 'sodapppp"  

Semasa makan pisang rebus ni, sempat bercerita dengan Azim dan Intan  bahawa pisang rebus adalah antara  makanan awal bayi untuk datuk dan uwan mereka.  Pisang rebus kemudian dilenyek sehingga lumat dan lembut.

  'Zaman datuk dan uwan belum ada 'nestum' lagi,' kata mereka.

Ketika ini juga, teringat permintaan terakhir arwah mak ibuintan ialah pisang nangka rebus.  Semasa itu emak sedang dirawat di wad CCU Hospital Tunku Najihah, K. Pilah, emak sesak nafas setelah mengalami komplikasi pada paru-parunya, setelah dibuat pembedahan kecil untuk membuang air di paru-paru mak, keadaannya makin lemah.

Semasa berkeadaan lemah ini,  mak  menyebut hendak makan  pisang nangka rebus. Adik dan adik ipar berusaha sungguh mencari dan memasakkan  pisang rebus tersebut.  Alhamdulillah... permintaan mak termakbul, walaupun hanya dapat disuapkan sedikit saja.....inilah makanan terakhir yang dimakan oleh mak sebelum menghembuskan nafas terakhirnya selepas subuh keesokkan harinya.

Inilah makanan pejal pertama mak setelah lahir ke dunia dan inilah juga makanan terakhir mak sebelum meninggalkan dunia ini.

Alfatihah untuk mak..

26 ulasan:

kak long berkata...[Reply]

tetibo teringin lak makan...ayo la hai...!keliur dah ha..!

kak Erna berkata...[Reply]

alfatihahh untuk arwah mak ibuintan..
akak kan pun suka..ni..bila dah rebus..buang kulit..letak gula dan kelapa..di hancurkan..dan kemudian ditepek balik dalam loyang.tekan2.baru dipotong2 dan makan..
ibuintan..akak nak pi kedai l..cari pisang nangka..betul kata kak long..meleleh air liur..

ibuintan berkata...[Reply]

kak long..

jgn tunggu lae.. koring air liur kang... poe boli pisang, copek buek

ibuintan berkata...[Reply]

hahaha kak erna... copek poe boli pisang, tutup kodai kang..

potang ni leh rebus..

kalau cam kak buek tu... emak panggil lempeng pisang, dulu pun dia suko buek camtu..

anie,Nagoya berkata...[Reply]

lahai...dah lamo den tak mkn pisang robus ni....iss...dah 10thn lobeh kot?

ibuintan berkata...[Reply]

lahaiii.. sian ea.. takkan kek sanun takdo jual pisang nangko ni..

bolilah sebijik duo, robus... sonang ya amek2 buek ea

ckLah@xiiinam berkata...[Reply]

Pisang rebus gaul kelapa ni kami panggil 'plikipul'. Entah nama tu mak ckLah reka sendiri atau memang namanya macam tu tak taulah...sebab jiran2 Jawa tak tau pun..he.he.he

ibuintan berkata...[Reply]

salam ckLah..

wah hebat embah.. leh cipta nama resepi sendiri, 'plikipul' sedap bunyinya...

cklah kena 'patenkan' tu nanti org laen cilok..

anie,Nagoya berkata...[Reply]

kita cini tak do pisang.nagko lagi lak..poko eekkk..lagi tak do.yg ada semuo dah wano kuning tu ha..nak robus cam no?...tggu ibuintan poskan jelah...

ibuintan berkata...[Reply]

anie,

la iyo ko..kuning pun apo salah ea, lopeh an hajat..

nak poskan kok kuning yo sampai ea nanti....
kok camtu tunggulah balik sini dulu yo.. soba yo lah

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Emak Adam pun selalu juga rebus pisang tapi pisang tanduk. Dulu emak saya ada juga rebus pisang dan letak kelapa parut dan gula mcm yg ibuintan ni buat. Sodaaap.

Org tempat ibuintan masih memberi anak2 kecil makan pisang ke? Di sini org Indon yg kami lihat masih buat mcm tu.

ibuintan berkata...[Reply]

YB,

orang skarang dah tak beri anak2 makan pisang lenyek lagi dah, semua dah beri makanan baby ...

skarang dah ada macam2 brand, mungkin masa saya kecil dulu mak ada beri kot..

Zaitun berkata...[Reply]

Arwah opah kak Zai pun ada masak pisang rebus ni,sedapkan kalau dimakan dengan kelapa campur gula.

Al-Fatihah buat mak ibuintan.

anie,Nagoya berkata...[Reply]

hahaha...cam kelakar lorat nogori kita ni.kita suka dengar.tapi nak ajukkan ckp nogori tak reti...tak dpt lagi dengar lorat arwah maklong n paklong....

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,

taknak cuba ke... sesekali elok juga berubah rasa, asyik makan yg moden saja kan..

tk.. mak dah 4 tahun pulang ke rahmahtullah

ibuintan berkata...[Reply]

tu lah anie skarang kan cakap Jepun je... tu yang dah klakar bunyi nya tu...

loghat n9 ni payah nak dieja sikit.. bebelit lidah ngeja nya..kang lain eja, lain pulak bunyinya..

Insan Marhaen berkata...[Reply]

hik!hik! ibuintan buat IM teringat kglaman zaman 60an. rumah selalu banjir hujung tahun!

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam kak,


laamaaaaaaaaaaaaaaaaaanya tak makan.


lapar pulak pagi2 ni..

ibuintan berkata...[Reply]

IM,

Kalau banjir tu... komfom lah pisang rebus ni menu asasi kan...

sodap makan di musim2 hujan ni..

ibuintan berkata...[Reply]

Renn..

senang je... cari pisang dan buat... mana tahu anak2 suka lak

ahmad humairi berkata...[Reply]

salam,

tengok pisang rebus tu, teringin lak nak makan ubi kayu rebus...cicah sambal belacan...fulamak...meleleeeh dibuatnye!

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ibu..pernah dgr tak bubur sum-sum..???

ummu berkata...[Reply]

salam kak Ibuintan
sedap kan pisang gini
rebus je,simple tapi sedap
p/s; alfatihah untuk arwah mak

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu humairi,

sama sedap tu... ubi rebus makanan ringan, ringkas dan murah..

cecah dengan sambal ataupun ikan masin... pun sodap

ibuintan berkata...[Reply]

salam shah,

pernah dengar dan makan... bukan sum-sum tulang tau

arwah mak dulu ada buat

ibuintan berkata...[Reply]

ummu,

betul tu.. ringkas, murah tapi sedap