Followers

Selasa, 2 November 2010

Walaupun dapat free, jagalah elok-elok.

Pagi tadi kutip semua buku-buku teks dan aktiviti murid di bawah skim pinjaman buku teks (SPBT).  Namun agak kurang memuaskan sebab hanya separuh saja murid yang memulangkan ke semua 16 buah buku yang mereka dapat di awal tahun lalu. 

Yang selebihnya masih kurang, sekurang-kurangnya sebuah buku.  Ada yang memberi alasan tak jumpa, sudah koyak  dan ada juga yang telah hilang dari simpanan.  Nampak sangat murid-murid tidak prihatin untuk menjaga buku-buku yang mereka dapat dengan percuma.

Mungkin sebab dapat percuma dan anggapan 'jamin dapat' lagi di tahun depan, maka ada juga segelintir penjaga sendiri tidak ambil peduli langsung dengan buku-buku anak mereka.  Mereka tidak kisah jika anak-anak mereka meninggalkan buku-buku di dalam meja di kelas.  Tidak kisah jika anak-anak mereka tidak membawa buku-buku balik ke rumah.

Biasanya selepas peperiksaan akhir tahun, buku-buku akan dikutip semula dan akan diberi pula dengan buku-buku baru untuk kegunaan tahun hadapan.  Semasa ini juga biasanya berlaku kes ambil buku kawan untuk menampung buku sendiri yang hilang.

Ini terutamanya berlaku kepada buku yang tidak bernama atau tidak lengkap butir-butir diri siempunyanya.  Terdapat  jugalah kes tuduh menuduh untuk merebutkan sebuah buku yang tidak bernama atau nama pemiliknya telah ditukarganti.

Setiap buku yang hilang atau rosak perlu diganti dengan yang baru ataupun dibayar mengikut harga buku tersebut.  Selagi tidak diganti atau dibayar semula, mereka tidak akan dapat buku baru untuk kegunaan di tahun depan. 

Kebiasaannya semua mampu mengganti atau membayar harga sebuah buku yang hilang. Namun alangkah eloknya sekiranya setiap anak-anak kita ditekankan supaya menjaga buku-buku yang mereka dapat dengan percuma itu dengan sebaik mungkin.. Kalau kita dapat yang baru dan cantik biarlah murid yang akan dapat ditahun hadapan juga mendapat buku yang masih elok dan cantik. Janganlah balut kulit buku pun tunggu dipaksa atau didenda....

7 ulasan:

kak long berkata...[Reply]

alahdulillah,..
ank2 kaklong lom pernah lagi pulangkan buku teks yg tak cukup kpd sekolah....

hari ni pun haziq dah pulang kan buku teks,dah dapat pun utk tahun....

ibuintan berkata...[Reply]

alhamdulillah kak long..
anak-anak pun lom pernah lagi pulangkan buku yg tidak cukup atau yang dah koyak teruk... selalu ingatkan jaga buku baik-baik walaupun bukan hak sendiri..

Insan Marhaen berkata...[Reply]

anak anak IM dulu tak seorang pun dapat pinjaman buku teks. semuanya IM kena beli sendiri...

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ibu..mentaliti org kita..mende free kerajaan tanggung..itu sebab saya lihat semua liat nak bayar hutang PTPTN, MARA , Kerajaan Negeri dan sebagainya..kononnya kerajan tanggung..last2, generasi kemudian tak merasa akan kemudahan itu huhuhuhuh

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...[Reply]

tak berbungku belacan la kang...untuk elok buku teks tu siampan saja dalam laci meja.. jangan bawak balik ... balik berlengang datang sekolah berdendang .. p/s untuk adik2 dulu abang sekolah buat macam tu juga ...sambung belajar juga ke U.S.A

Zaitun berkata...[Reply]

Alhamdulillah sepanjang anak2 kak Zai dapat buku percuma semua buku2 tu dijaga dengan sempurna walaupun kadang2 dapat buku yang dah koyak.

kak Erna berkata...[Reply]

Alhamdulillah ibuintan..akak memang cukup jaga tu..mesti pulang cukup..bila dah dapat buku pulak..mesti balut ngan plastik..
biar buku tu selamat diguna selama setahun persekolahan tu..