Followers

Jumaat, 5 November 2010

Keputusan UPSR 2010 11 Nov.

PUTRAJAYA 4 Nov. - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 akan diumumkan pada 11 November ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran hari ini.
Menurut kenyataan itu, calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi hari berkenaan.
"Satu majlis pengumuman analisis keputusan UPSR 2010 akan diadakan pada hari Khamis berkenaan pada pukul 9 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya," kata kenyataan itu di sini.
Pada tahun ini, 494,493 calon telah menduduki UPSR di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, calon sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah 486,321 orang atau 98.3 peratus manakala baki 8,172 (1.7 peratus) adalah calon sekolah swasta.

Sumber Utusan Malaysia.

**Sudah diumumkan bawa keputusan peperiksaan UPSR akan di umumkan pada 11hb Nov, iaitu hari Khamis minggu hadapan.  Cepat seminggu dari tarikh kebiasaannya yang biasanya diumumkan pada minggu terakhir persekolahan.

Satu perubahan lagi.  Mungkin ada baiknya juga terutamanya memudahkan anak-anak yang cemerlang yang berhasrat memohon ke sekolah berasrama penuh.  Kebiasaannya pada tahun-tahun yang lepas apabila UPSR di umumkan di saat cuti akhir tahun bermula, anak-anak ini terpaksa menghadapi kesukaran sedikit untuk menguruskan borang-borang permohonan dan pengesahan sijil-sijil mereka.

Walaupun permohonan menggunakan sistem 0n-line, namun mereka perlu juga mengirimkan borang dan salinan-salinan sijil pencapaian dan aktiviti ko-kurikulum yang mereka dapati.  Kesemua ini perlu diuruskan oleh guru kelas tahun enam dan GPK Hal Ehwal Murid.

Walaupun tidak mengajar kelas UPSR, risau juga mengenangkan pencapaian anak-anak murid pada tahun ini. Pertukaran tiga orang guru yang mengajar tahun enam di bulan Jun juga sedikit sebanyak mengganggu tumpuan anak-anak murid.  Mereka terpaksa semula menyesuaikan diri dengan guru baru yang mengambil alih.  Satu kerugian kerana pertukaran guru pakar yang mengajar kelas tahun enam.

//semoga anak saudara mustaqim berjaya mendapat 5A

23 ulasan:

sayangsayangibu berkata...[Reply]

mesti diorang tak sabar tu
cikgu lagi...... x sabar kan?

ibuintan berkata...[Reply]

sya itu sudah pasti,.tak lelap tido ckgu2 th enam tu... cekgunye lagi risau berbanding anak murid

fzi berkata...[Reply]

...berdebar2 nak tunggu result pmr pulak...camaner le result anak bongsu kita tu nanti...

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam..adik ipar sy ada amik..semoga dia dpt result yg cemerlang

ibuintan berkata...[Reply]

ha fzi... tu lagi lah kuat debarannya, ni nak tambah lagi along lak SPM lagi 3 minggu... sabar2

ibuintan berkata...[Reply]

shah.. tu lah selalunya hari ni umum sokgi poe ambik result. ni kena tunggu lak seminggu.. tambah risau la para mak2 tu yg anaknya ambik UPSR

anie,Nagoya berkata...[Reply]

dulu masa nak ambil keputusan amat takut.sbb mak kata, "kalo tak lulus,mak kawenkan je."...isshhh....sib baik cukup2 mkn.adik kita bln11 ni ambil SPM...good lucky pada mereka....

Amy Syaquena berkata...[Reply]

salam..anak buah amy ada amik..semoga dia dpt result yg cemerlang

kak Erna berkata...[Reply]

salam ibu intan..kalau ibu bapa tak sabar dan ternanti2kan keputusan..cik gu2 juga sama kan..masa anak akak upsar tu..akak pi sekolah nak tengok keputusan..bila ada anak murid yang dapat A..cik gu punya suka..rasanya lebih dari ibu bapa..berbaloi penatlelah mereka mengajar anak2 muridnya..

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Salam ibuintan,

Semoga anak saudara ibuintan dapat 5A.

Anak saya takde yg ambil UPSR tahun ni. Haikal baru darjah 3.

Alhamdulillah kakak2 dan abg dia dpt 5A masa ambil UPSR. Kenalah dia kekalkan rekod itu kalau boleh.

ibuintan berkata...[Reply]

anie seb baek kan, mak anie dah ada calon kot masa tu... sama ngan anak sulung ibu SPM lagi 3 minggu

ibuintan berkata...[Reply]

amy... haarapnya begitulah, dah puas mereka berusaha kan..

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
itu sememangnya ramai yang kecut perut, kalau tak bagus result cikgu juga yg kena hentam dari boss atasan dan penjaga juga

ibuintan berkata...[Reply]

YB, insyaallah haikal akan meneruskan kecemerlangan itu... anak sapo, anak YB kan..

imanshah berkata...[Reply]

alhamdulillah

semoga keputusannya baik2 belaka

luahfikiran berkata...[Reply]

SALAM,
BILA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN NAK KELUAR NI, BUKAN MURID SAHAJA YANG RISAU. GURU PUN TURUT MENGELABAH. APAPUN, SEMOGA KEPUTUSAN SEKOLAH IBUINTAN BAGUS2

luahfikiran berkata...[Reply]

SALAM,
BILA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN NAK KELUAR NI, BUKAN MURID SAHAJA YANG RISAU. GURU PUN TURUT MENGELABAH. APAPUN, SEMOGA KEPUTUSAN SEKOLAH IBUINTAN BAGUS2

ckLah@xiiinam berkata...[Reply]

Semoga semuanya berjaya...


Menurut kakak yang memeriksa kertas, Kertas BM diperiksa semula kerana ramai murid (termasuk sekolah2 terkenal) tidak mendapat markah isi untuk soalan karangan 'membeli buku' itu...

Saya pun tak tengok soalannya sebab saya mengajar budak SPM. Semoga semuanya cemerlang.

ckLah@xiiinam berkata...[Reply]

Terima kasih kerana mengikuti blog ckLah

ibuintan berkata...[Reply]

iman... mudah-mudahan begitulah, itukan harapan setiap guru terhadap setiap anak didik mereka

ibuintan berkata...[Reply]

insyaallah Dato... berdasarkan pengalaman Dato kan, guru memang terlebih risau berbanding ibubapa murid sendiri... guru puas bila semua anak2 didiknya berjaya kan Dato

ibuintan berkata...[Reply]

ciklah.. itu juga yang kami dengar, tahun ini pemarkahan format baru , ramai murid yang menggatakan soalan BM tahun ini sukar dan mengelirukan... apapun semoga mereka berjaya

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih juga kerana cklah sudi menjenguk blog main-main ni... terima kasih