Followers

Rabu, 24 November 2010

Dunia ini sentiasa indah.


Seorang wanita tua, usianya menjangkau 92 tahun, selalu datang ke klinik seawal pukul 8.00 pagi untuk mendapatkan rawatan. 

Walaupun cacat penglihatan, dia tetap bersolek cantik dan  berpakaian kemas dengan rambutnya didandan rapi.

Setelah menunggu beberapa jam di lobi, wanita tua itu tersenyum manis apabila diberitahu bilik rawatannya telah siap.

"Puan, mari saya tunjukkan bilik rawatan puan," kata jururawat sambil memimpin tangan wanita itu menuju ke tangga bergerak.

Sambil berjalan, jururawat memberi sedikit gambaran mengenai bilik yang disediakan.

"Kami menyediakan bilik puan dengan peralatan yang lengkap bersama tirai yang digantung cantik," kata jururawat itu.

"Terima kasih.... saya sukakan bilik itu.  Segalanya kita yang tentukan, nak gembira atau sebaliknya.  Saya percaya, semuanya bergantung pada pemikiran kita," kata wanita itu tersenyum.

"Tapi..... macam mana puan boleh katakan puan sukakan bilik itu, kita belum sampai lagi ke bilik," tanya jururawat hairan.

"Fikiran saya kata begitu.  Setiap pagi saya akan buat keputusan sama ada memikirkan kepayahan atau bangun dengan penuh kegembiraan, lalu saya bersyukur kepada Tuhan yang memberi peluang saya bernafas lagi," jawab wanita tua itu.

"Usia tua sama seperti akaun bank.  Kita akan keluarkan apa yang telah lama kita simpan," kata wanita itu lagi, yang mengaku dia hidup sendirian selepas suaminya meninggal dunia.

Sambil tersenyum, wanita tua itu mengingatkan jururawat itu tentang lima prinsip amalannya selama ini.

        * Sentiasa bebaskan hati daripada rasa benci.
        * Bebaskan pemikiran daripada kebimbangan.
        * Sederhana dalam hidup.
        * Bersedekah tanpa mengharapkan balasan.
        * Menerima dengan seadanya susunan takdir.

//petikan daripada  majalah Mastika keluaran November 2004.

///pilihan di tangan kita - positif atau negetif

12 ulasan:

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ibu...setuju..sebenarnya kita yang tentukan sama ada hari ini kita nak gembira atau sedih..

imanshah berkata...[Reply]

salam

hari ini saya nak gembira, esok juga saya nak gembira, lusa dan selamanya saya nak gembira.

ibuintan berkata...[Reply]

shah,

nak ikut amalan wanita itu juga, nak pilih gembira dan buang kesedihan jauh2

ibuintan berkata...[Reply]

man,

yess... hari2 kita pilih gembira, gembira, gembira selamanyaaaaaa sampai bila2

Admin P@P berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibu.

Walau berat tanggungjawab yang dipikul, walau apa masalah yang dihadapi, teruskan berfikiran positif.

Allah sentiasa mendengar dan melihat hambaNya.

TQ

sayangsayangibu berkata...[Reply]

perkara yg mudah
tp payah nak dibuat kalau tak dimulakan

ummu berkata...[Reply]

salam ibuintan
berada di lantai wad
selama beberapa ketika
dan beberapa lama
membuatkan saya tersentuh
dgn watak2 seperti wanita di aats
syukurlah
di lantai wad
saya mengenali erti kehidupan
meskipun buat pertama kali berada di sana (wad kelas1 )
saya antara yg termuda (20-an)

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam cikgu,

yelah.. itu yang sebaiknya, berfikiran positif demi kesejahteraan hidup kita

ibuintan berkata...[Reply]

sya,

tu sebab kerja yg baik jgn ditangguhkan.. terus buat dan yakin boleh

ibuintan berkata...[Reply]

ummu,

pengalaman mematangkan kita dan memberi kita lebih sebab untuk berubah ke arah yang lebih baik

Zaitun berkata...[Reply]

Seronoknya kalau dapat mengikut seperti orang tua tu.Kak Zai nak cuba sentiasa gembira walaupun ada masaalah.

ibuintan berkata...[Reply]

setuju kak zai,

kita jadikan wanita tu sbgai motivasi... sentiasa hepi