Followers

Sabtu, 20 November 2010

Makan dan tidur... nak tambah saizlah tu!

 Rancangan yang dirancang untuk hari ni tidak berjalan lancar.  Sejak semalam dah merancang, pagi tadi nak memulakan aktiviti jalan-jalan pagi, ala-ala joging lah kononnya,  dah merancang dengan Intan kononnya sepanjang cuti sekolah ni hendak beriadah dengan berjoging di waktu pagi.

Selepas subuh, terus menyediakan sarapan pagi khas untuk abahintan saja dulu. Kejutkan Intan, 'ala ibu.. Intan malaslah, sokgi sajalah bu' katanya dari dalam bilik. Intan bercuti solat jadi ada alasan bangun lewat sikit namun lewat pun tidak boleh melepasi pukul 7 setengah. Pantang bagi ibuintan anak-anak bangun meninggi hari.  Bila Intan dah bagi alasan, spontan mood pun hilang.

Terus bersarapanlah, tunggu apa lagi.  Pagi tadi buat cekodok pisang saja.  Plan joging tak jadi, yang menjadinya tugas rutin rumahtangga, Siap kerja terus ngadap pc, walau sudah mula bercuti tapi masih ada satu kerja yang masih belum beres. Menyiapkan senarai list buku dan pembayaran persekolahan untuk sesi 2011,. itu dah jadi tugas wajib guru/tokey kedai buku.

List pembayaran buku dan yuran hanya akan diedarkan mulai bulan Disember, tak perlu dikeluar/edarkan awal-awal...  biasanya cepat beri cepat hilang.  Tiga empat kali kena fotostat lagi nanti. Alasan wajib.. 'hilang' tak pun 'tersalah letak'.

Kejap je siap, sebab memang dah simpan dalam pendrive, hanya tukar, ubahsuai dan tambah atau tolak mana yang patut. Siap terus print... minggu depan hantar ke gb untuk di tandatangan dan boleh terus fotostat.  Pemberian kepada penjaga adalah urusan pihak pentadbir.

Terus sambung ngadap pc sehingga seorang jiran datang bertandang. Hanya ziarah dan sesi bual-borak saja.  Jiran tu datang sebenarnya mengundang ibuintan sekeluarga ke rumahnya pada minggu hadapan, ada kenduri doa selamat dan bacaan Yassin sempena khatan anak lelaki bongsunya. Kenduri lagi...

Tengahari pula rutin masak. Menu tengahari tadi ialah sambal udang dan goreng sayur pucuk paku. Makan.

Rancangan sebelah petang pula, semalam dah berjanji dengan kakak sebelah rumah untuk ke rumah seorang jiran yang akan membuat kenduri esok pagi.  Kenduri majlis pertunangan.  Pun tak jadi juga sebab kakak sebelah rumah tidak sihat, sakit perut.  Malas pulak nak pergi sorang diri.

Dah tak jadi pergi, duduk ngadap Tv menonton perlawanan akhir sepaktakraw  Sukan Asia, -  Malaysia dan Thailand... first game dah kalah so mood pun hilang nak menonton lagi.  Masuk dapur goreng karipap segera. Tea-time makan karipap dengan teh tarik kaw. Hujan pun turun, mata pun ngantuk... maka zzzzzzzzzzz sampai pukul 5 petang.

//kalau macam ni setiap petang,zzzzzzzzzzzz saja, komfom  tahun depan pakai baju baru saja... baju lama hanya muat kepala saja.

20 ulasan:

ckLah@xiiinam berkata...[Reply]

Hari ini ckLah cuti sungguh-sungguh di dalam rumah,tak mau ingat sekolah, sebelum mula bekerja semula Selasa ini...saaaaaaaaampai hujung bulan Disember. ckLah tak cuti,huhu..

imanshah berkata...[Reply]

salam

takpe, apapun saiz asal hati bahagia,,tapi jgn berlebih pula, macam2 penyakit singgah

ummu berkata...[Reply]

salam ibuintan,
takpe lah kak,waktu begini ambil masa untuk berehat.
erm teringat dulu smeasa saya belum berkerusi roda, setiap hujung minggu masa saya asyik kerja je, kalau tak di sekolah, kena terlibat dgn pelbagai program luar. Lagi2 bila student exam macam hujung tahun begini..

kak Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan..akak kan..sejak rajin masak2 ni..alahai..banyak baju yang dah mengecut..
dua tahun lepas..akak malas masak..dapat kembali ke saiz M..nak kena malas balik ni..

ibuintan berkata...[Reply]

weih ciklah... hebat tu langsung tak cuti..

jaga peksa SPM dan tanda kertas peksa ke..

saya pulak cuti sakan lah kalau gb tak panggil buat apa-apa

ibuintan berkata...[Reply]

iman,

tu yang takut tu skarang ni penyakit macam2, umur pulak dah masuk asar ni... ghisau jugak lah

ibuintan berkata...[Reply]

ummu,

ye lah rihat lah dulu kan..

ummu knapa lak jadi camtu?

ibuintan berkata...[Reply]

hahaha ... kak erna..

bagus jugak alasan tu, boleh ke camtu?

takut masalah lain lak yang timbul nanti...

Insan Marhaen berkata...[Reply]

harap LCW akan menang untuk tawan juara asia single. kalau dapat, agaknya balik nanti dapat tambahan anugerah Seri...

anie,Nagoya berkata...[Reply]

hahaha...lawak jg Ibunintan ya..."baju muat atas kepala"...kita suka ayat tu..sakit perut tahan ketawa..hahahaha

ibuintan berkata...[Reply]

minat juga nengok LCW tu main, rasanya boleh menang tu... wah kalau Dato Seri makin tinggi la saham LCW tu..

ibuintan berkata...[Reply]

anie..

sesekali buat lawak, ilang gak tensen dan paneh ati ni....

saba yo la...

NENSA MOON berkata...[Reply]

hehehe... baca judul postingan ini saja sudah buat aku tertawa...
Ibuintan, gawat tuh jangan sampe tahun depan hrs ganti semua baju...karena yang lama cuma cukup sampe di kepala ...?!HA...

makasih ibuintan sudah buat aku tersenyum mampir disini!

Admin P@P berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibu.
Semoga hari mendatang tetap menjanjikan keceriaan kepada ibu sekeluarga.

Teruskan joging untuk kesihatan.

TQ

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ibu..sy pun mcm tue gak tapi tak tambah saiz pun huhuhuhuh

ibuintan berkata...[Reply]

nensa,

bagus kalau ianya boleh buat nensa senyum..mesti manis senyumnya

takut saiz lari ke double x

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu,

keceriaan mesti diteruskan, takkan menjadikan benda 'remeh' mengugat kehidupan

ya cikgu... xtvt joging telah dimulakan

ibuintan berkata...[Reply]

shah laen... metabolisma tinggi lagi tu yang makan camna pun body tetap mantain... jgn boroi dah le

Zaitun berkata...[Reply]

Dulu kalau kak Zai makan banyak besoknya kak Zai mesti puasa,tapi sekarang tak larat nak makan banyak puasa pun tak berapa nak banyak hehehe....

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,

suami pun cadangkan begitu juga, puasa sunat selalu.....

joging lah rasanya cuti ni