Followers

Ahad, 7 November 2010

Tak boleh buat selalu, dah tengah malam ni!

Pukul 9 malam tadi abahintan pergi ke kedai.  Ibuintan minta dibelikan mayonis dan kopi yang telah kehabisan stok.  Pagi esok  bercadang untuk membuat sandwich  sardin untuk sarapan pagi.  Roti, sardin, tomato dan barangan lain telah dibeli petang tadi di Econsave Pilah.

Punyalah lama perginya, sedangkan kedainya di Pekan Tg. Ipoh tu hanya 5 minit saja dari rumah.  Bukannya jalan kaki tapi naik motor Honda Wafe kesayangannya itu.

Dah  pukul sebelas malam, baru kedengaran enjin Honda wafenya tersemput-semput mendaki bukit naik ke rumah.  Tersenyum sambil menjinjing satu beg plastik yang berisi tiga kotak polisterin, namun tiada mayonis dan kopi ditangan.

Tanpa ditanya 'tadi  singgah di kedai Tok Nara, dah lama tak berborak,  lapar pulak terus order minum dan makanan sekali'.

"Habis mana mayonis dan kopinya"

"Pergi tadi lepas makan, tapi kedai dah tutup' katanya selamba.  Hah sabar je lah ye... tapi pastikan esok pagi pergi kedai semula ye ce abang.

Memanglah dah tutup kedai di pekan tu, pekan koboi jadi tokey-tokeynya pun cepatlah  tidurnya.

Bawa ke dapur, rupanya abahintan beli sebungkus char kwe tiau dan dua bungkus mee goreng basah.  Apalagi rezeki ketiga beradik yang belum tidur lagi.  Ibuintan pun takkan nak mandang je kan, numpang sekaki jugalah.

Kononnya kami berempat malam tadi makan lewat malam. Walaupun tiga bungkus tetapi isinya banyak. Kebetulan pula kami makan malam awal selepas solat Maghrib. Anak-anak lapar kerana siang tadi makan di rumah kenduri kahwin di rumah mak sedara abahintan saja.

Lauk makan malam kami tadi ialah rendang daging kerbau, sayur goreng dan sambal ikan.  Lauk rendang daging kerbau itu ialah hasil tapau yang diberi oleh kakak ipar di rumah kenduri tadi.

//Kalaulah selalu buat macam ni, makan lewat malam macam ni, sah dari saiz xl lari ke xxl .  Ni yang lambat tidur ni, biar char kwe tiau tadi diproses dulu baru masuk tidur.  Tapi situkang beli tadi dah lama lelapnya, sebelas setengah dah bermimpi kot.

8 ulasan:

imanshah berkata...[Reply]

alamak samalah kita, saya juga sedang menikmati makan lewat malam ni..bezanya menu saya Mc D..haha

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak,

Mee goreng basah kalau tengok aje rugi kan kak... berasap2 pulak tu..


Kadang-kadang bila dah lapar sangat saya makan lewat malam jugak kak. burger pun jadilah...



* Tg Ipoh kg Mak Mertua kakak saya rasanya kak..

kak Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan..akak kalau suruh en.abang pi kedai..macam tu lah..jangn ditunggu balik nya..sah2 borak2 dulu..ada aje orang yang dijumpanya..
kalau nak cepat..akak kena ikut..baru sekejap aje..

ibuintan berkata...[Reply]

iman 'super' like omputih tu... gaya orang muda biasa la makan lewat malam ni

ibuintan berkata...[Reply]

reen,
tulah mee goreng basah lak memang feberet akak tu... apa lagi tak tolak

ibuintan berkata...[Reply]

hahaha kena eskot la ye kak... memang kalau dah kena eskot nasib baik la kan.. tak dapek nak beburak lamo2 tu

Insan Marhaen berkata...[Reply]

ibu_suri sealu bising kat IM gitu jugalah. kedai tak jauh mana, tapi berjam-jam. bukan apa, lepak lepak dulu sebelum beli...

release tension...

ibuintan berkata...[Reply]

tulah pasal, orang yang nunggu lak yg tensen... lagi tak best yng diminta dan diharap takde pulak ..

yg disuruh lain dapat lain