Selepas hujan pagi, membawa pula mendung hingga ke petang, seharian ibuintan hanya berlegar dalam rumah. sesekali menjengah keluar, masih hujan takpun gerimis pula. Kata orang Nismilan..'ghobeh'.... buleh sakit kepala kalau terkena 'ghobeh' ni... wallahhuaklam.
Maka lebih banyak terperap je la dalam rumah, selepas masak untuk anak-anak, masuk bilik semula, selain ngadap blog dan fb, ibuintan juga ngadap komputer untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah. Maklumat untuk fail KSSR murid terlalu banyak untuk disediakan, syukur hampir beres, hanya tinggal dicetak saja lagi. Esok cetak di printer di bilik guru, dakwat printer di rumah sudah kekeringan, kekeringan kerana kerja-kerja ini juga, terlalu banyak kertas yang telah digunakan. Kertas A4 dan dakwat printer kehabisan. Beli sendiri tu, takde subsidi .... nak belinya tak tahu bila lagi, tapi wajib beli, perlu sangat ...
Penat ngadap komputer, menjengah ke tingkap belakang, baru perasan pokok petola air yang jiran sebelah tanam, yang memanjat pagar , mengeluarkan buah yang banyak, telah membesar. Capai kamera terus menembak dari celahan jeriji tingkap saja.
Tak puas hati, keluar ikut pintu belakang...wahhhhh... banyak rupanya buahnya!
Dah masuk ke dalam kawasan pagar rumah rupanya. Dah memenuhi rimbunan pokok daun kari, pandang dari bawah seolah-olah pokok daun kari telah berbuahkan petola air ini. Nampaknya pokok ini telah menjelajah melangkaui kawasan asalnya, malah berbuah banyak di kawasan ibuintan berbanding di kawasan asal tuan yang menanamnya.. jadi camna ni, kalau nak petik pun wajib minta izin tuannya dulu ..kan.
Yang menanamnya mungkin malu kot nak masuk petik... huiss nak malu apa kan, sendiri tanam, akar dan batangnya bermula dari tanahnya, cuma sulurnya saja yang menjalar merata-rata hingga masuk melepasi sempadan pagar.. geram nengok buahnya bergayutan.
Esok-esok nak rajinkan mulut minta sebiji dua , tapi masak apa ye... tak pernah masak dan tak pernah juga makan petola air ni. Macam mana rasanya lagi lah tak tau....
