Followers

Rabu, 16 Mac 2011

Surat cinta kepada anak-anak.

Kepada anak-anak ibu tersayang,


Aduhaii... cuti sekolah je mesti jenjalan ke?  Wahai anak-anak ibu sayang, mestikah setiap kali adanya cuti sekolah kita mesti jalan-jalan makan angin, jalan-jalan cari makan dan jalan-jalan cari masalah.


Wah... jalan-jalan cari angin takyah lah kot, kat rumah kita pun dah banyak angin, kat luar rumah angin sentiasa banyak, kan rumah kita atas bukit, mengadap ke sawah,. banyak sangat angin setiap hari dari pagi membawa ke petang.. angin bertiup memanjang, kekadang angin ribut pun ada, lagi kuat deru anginnya.

Kat dalam rumah pun ada angin, setiap ruang dan bilik ada kipas angin.  Kan kipas angin kat rumah kita ni 24jam non-stop, selagi ibu tak bising selagi tu kipas tu berpusingkan... walaupun sorang umat takde kat situ. berpusing jugak... sentiasa berangin, takkan tak cukup angin lagi.  Makanlah puas-puas angin tu wahai anak ibu, takyah keluar ye!


Jalan-jalan cari makan... itu pun tak payah jugaklah, ibukan rajin masak, hari-hari ibu masak, ibu tahulah pepagi ibu masak air je sebab setiap pagi ibu pergi joging,  ibu tak sempat buat sarapan, tapi ibu beli, lagi best kan, anak-anak ibu order saja ibu pasti beli... kalian minta roti canai, nasi lemak, mee kari, mee rebus, minta itu ini kan ibu belikan, kan untung tu, kalau ibu buat sendiri, ibu buat cekodok je..... tak pun lempeng bodoh tu.


Makan tengahari kan ibu masak sendiri.  Hari-hari ibu masak. Makan malam pun sama.  Alaa.. ibu tau tu, kalau kat rumah ibu hanya benarkan minum air kosong waktu makan, bila kat luar kalian lepas dendam kan, macam-macam kaler dan pesen air yang anak-anak ibu pesan... air laicila, air orenla, air batu campurla, air karotla, air kaler hijau, kaler biru , pendeknya macam-macamlah permintaan kalian kan... yang semuanya manis dan berais, ibu tahu sebab masa tu ibu kena jaga 'ayu' ibu, takkan nak marah-marah pulak kat kedai tu kan... ibu tahu trik anak-anak ibu tu, kan ibu yang mengandungkan kalian selama 9 bulan 10 hari tu..  hahaha tapi sesekali kena jeling jugak kan!


Haa.. jalan-jalan cari masalah ni pulak, ni khas untuk abah dan ibu lah tu.  kalau kita jalan-jalan, abah dan ibu mestilah cari masalah, masalah duit la tu..., cuti ni kan tengah bulan, duit tol lagi, duit minyak lagi, duit makan lagi dan duit-duit untuk yang pekenan d hati lagi. 


Wah... banyak tu.  Kang kalau ada yang ibu pekenan di mata dan hati, takkan ibu nak pandang je, kempunan lak nanti. Tu belum yang anak-anak ibu pekenan tu, hishh.. memang tak boleh pergi bercuti time ni, sabar  ye sayang-sayang semua.  Cuti bulan Jun ada lagi, bulan September ada lagi... eh raya kan time tu, dan cuti hujung tahun pun ada lagi.. insyaallah doakan abah dan ibu sihat saja.


Ada duit tu, tapi kita kena juga fikir hal lain kan.   Hujung minggu ni kita semua nak ke Mersing lagi kan.  Kita cuti-cuti ke sana saje lah setahun dua ni,, ... dua minggu sekali tu. 



Petang ni kita balik rumah atuk dan uwan sajalah ye, kita bercuti kat sana, kita ambil pakej dua hari satu malam, kalau nak sambung pun boleh juga.... penginapan atuk dan uwan tanggung, makanan ibu dan abah suport sama, ni lagi bagus, lengkap dengan pakej mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang, nanti semua adik-beradik abah pun balik, semua sepupu kalian pun ada sama... lagi meriah kan.  Family gathering kat rumah pusaka uwan., mesti seronok tu..


Bolehkan anak-anak ibu sayang.... Along, Intan ,Adik.

Adik dan Intan, kerja sekolah dah siap lom.  Buat Along selamat menjalani ujian memandu, semoga lulus dengan cemerlangnya, Jangan kantoi bukit tau, macam ibu dulu kena repeat semula.


//kalau dah bercuti di kampung mertua, maka bercuti jugalah dari berblog. .. ada talian talipon je tiada talian internet.



33 ulasan:

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

nak ikut.Tiba -tiba windu ngan arwah mak. nak nanges ni.ibu intan baiklah.Boleh panggil ibu tak?

ibuintan berkata...[Reply]

alaa... bucuk cayang,.. jom ikut ibu jom, jangan nangis-nangis... buruk na ghuponye

boleh.. suker, suker, suker

sal berkata...[Reply]

amboi...sangat bermakna bunyinya..

good idea...klu malas nak cakap ngan anak2 kerana dh letih bercakap, bolehlah tulis2 camni yee....

kak long berkata...[Reply]

balik umah uwan laie best!

anntaj berkata...[Reply]

bestnya kalau anak2 baca ni...
anak saya baru boleh mengeja, tapi cuti skolah dia ajak gi PD, sbb kwn dia gi PD.
:)

Dr K berkata...[Reply]

Akak suruh lah anak anak baca surat ni..mesti mereka faham..

Zaman sekarang ni, semua duit..kan

ibuintan berkata...[Reply]

Sal,

sebab malas nak beri peneranganlah ni, mereka sibuk bertanya bila nak pergi jenjalan

letih menjawabnya

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong,

iyo... umah uwan lae bestkan, sonyum lebar yo atok ngan uwan

ibuintan berkata...[Reply]

anntj,

saja tulis, bebudak memang camtu suka ngikut apa yang kawan buat


boleh juga pergi PD tu, sesekali mesti dia seronok

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Along, Intan dan Adik ada baca tak apa yg ibu suratkan ini?

Alahai ibuintan, budak-budak bukan fikir tu, yg dia tahu cuti mesti ada makan angin tak kira sehari-dua. Balik rumah uwan nanti dikira lain. Mungkin ke Mersing bila hantar Intan boleh makan angin dulu....

ibuintan berkata...[Reply]

DZ,

mereka dah baca dah..

harapnya fahamlah

Kak Amy berkata...[Reply]

ibu sungguh bermakna sekali..

Asri Alam berkata...[Reply]

haha.. spotingnya ibu

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..panjang lebo surat cinta buat anak2 ibu..
anak akak yang sorang lagi sekolah tu..tak menyebut nak kemana2..sebab..nak pekse katanya..

Kak Imun berkata...[Reply]

Salam, ibuintan. Hehehe...kak pun nak buat surat macam ni klu anak2 nak bawa jalan2 makan angin....:D

sekamar rindu berkata...[Reply]

salam...

kalau anak ibuintan tahu ni..dia mesti balas surat ini..

:)

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Hendaknya biar anak2 kita faham bukan senang nak cari duit.. kan kak? Anak2 saya selalu jugak mintak pergi sini-sana kalau cuti sekolah.


Saya mintak diorang score lebih A untuk pergi bercuti lama sikit tahun ni. Tengoklah macam mana...

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu....


kalau anak ibuintan baca dia kene la berpantun..

pecah kaca
pecah gelas..
sudah baca ..
harap balas hehehehe

hentian berkata...[Reply]

anak nanti tanya;

"Opah dulu ada tak hantar surat kat ibu camni?"

ibundo berkata...[Reply]

cuti cuti kek ghumah pun sodap. kumpul2 anak beranak dan buek bbq ko.. ikan baka ko, sate ko..

IMANSHAH berkata...[Reply]

ibuintan memang terrer masak..memang takleh lawan

ibuintan berkata...[Reply]

kakzakie,

adik yang baca dulu, lepas tu dia suruh kakak dan alongnya pula..

memang mereka kata balik rumah uwan tak kira bercuti

ibuintan berkata...[Reply]

Amy,

semua ibu-ibukan... amat bermakna

ibuintan berkata...[Reply]

Sasa,


memang sporting, ada masa kena jadikan anak2 seperti kawan2 juga

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna... dia dah mula pikir pasal PMR tu, elok cepat bersedianya

ibuintan berkata...[Reply]

Myfrin's,


sesekali luah perasaan, kekadang luahkan kat fb mereka juga

ibuintan berkata...[Reply]

SR,

mereka semua dah tahu, dah baca... mungkin akan ada yg balasnya di blog

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Shah,

hehehe... pen merah pen biru,
jangan marah i love you

ibuintan berkata...[Reply]

IM,

jawablah zaman opah dulu takde blog lagi..

Sham berkata...[Reply]

itulah dia namanya mak...teringat kat mak saya...sekarang ni dah ada depan mata sahaja...

ibuintan berkata...[Reply]

kakpah,

memang seronok [pun, semalam kami buat bbq ... lima keluarga suami berkumpul yang lain tak dapat balik sebab masih kerja

ibuintan berkata...[Reply]

Iman,

iyo ko ni... cam tak caya ye!

ahmad humairi berkata...[Reply]

assalamualaikum,

masa tetap berjalan walau kita tak berjalan, terus berjalan menambah pengalaman.