Petang tadi mesyuarat agung PIBG
seperti biasa
tugas wajib
bahagian makan dan minum
telah diputuskan oleh big bos
menunya
pulut kuning, sambal ikan bilis serta rendang ayam
minumannya tea-o dan tea susu
tempah kepada pengusaha kantin
makanan untuk 200 orang
yang hadir tidak mencecah 150 orang
tapi sayang ada yang komplen tak dapat makan
selama berurusan tiada masalah tidak cukup begini
memang rasa amat terkilan
kepada yang datang namun tak dapat makan, diharap jangan jeran
tak sangka 'si pulut kuning' masih jadi rebutan
ingatkan menu dah ketinggalan zaman
rupanya masih jadi idaman.
41 ulasan:
Wah....terbau-bau aromanya! Mesti sedap air tangan kakNah tu...
PIBG kami Sabtu ni. Bihun dengan karipap ajelah kot. Standard jamuan cikgu.
Lepas tu sambung LADAP sampai pukul dua...huaaaarrrggghhh!
Tugas ckLah...macam biasa. Pegang mikrofon, jadi 'pelaung' .Hehe
CKlah,
order sajalah... bukan sendiri masak
sendiri masak lagi tak cukup kot...
hahaha... mee hoon tu memang standard la tu, budget ciput... kan
Cklah 2,
laung... jgn tak laung, lagi kuat lagi meriah
kasi gegar dewan tu
assalamualaikum kak nah...
seronoknya jamuan pulut kuning semasa mesyuarat PIBG..ina hari rabu pergi mesyurat PIBG di sekolah anak tapi tiada jamu cuma bungkusan yg di bawa balik...menu sama dgn cklah meehun dan karipap..tak ada kekurangan peruntukan mungkin
mualaikumsalam ina,
selalunya mee hoon dan karipap juga tapi kali ni minta tukar menu pula..
sebab dah jarang orang masak agaknya, tu yang tak cukup pulak pulut tu
wAH SEDAP TU IBU
wAH SEDAP TU IBU
sy suka sangat pulut jagung...
pastu tumis ikan bilis...
sedapnyee...
Pulut kuninggg...
Terkenang suasana kenduri di kampung..
=)
Salam :
Aisey.. lame dah tak pekena pulut kuning ni,, :)
amboi..pulut kuning..
sesekali buat kelainan menu dlm majlis spt tu, bes juga yaa..
pulut kuning dengan sambaal ikan bilis dan rendang.... memang kena tu. Patutlah berebut..
pulut kuning makan ngn sambal bodoh...tapi sodap nek moyang!
amboi sedapnye pulut kuning cicah sambal ikan bilis..meletopss..haha..
kalau ada sambal ikan bilis petai lagi sedap..ngeeee
Assalamualaikum,
Lain kali kalau nak kehadiran yang ramai, kenalah kita bagi tahu menu pulut kuning nih....mesti berebut punya...
Assalamualaikum Ibuintan
ada yg tapau kut....
Wassalam
Hubby saya suka sangat pulut kuning as breakfast boleh, lunch pun boleh in fact malam pun boleh. anak pun menurun, rasanya turunan dari arwah FIL..
assalamualaikum ibu..
serius sy ingat kenduri doa selamat..rupanya mesyurata PIBG..hebat la menu..berbeda sekali
ibuintan..memang pulut kuning masih jadi rebutan..
akak sendiri masih jadikan pulut kuning sebagai sarapan..
tak la selalu tapi tetap ada..
Assalamualaikum:)
Oooo...akak pun ada tugas tetap berpecen gakk ekk..hheheh
kalau tinie bgh pamplet..kak CkLah dengan mikrofon nya..akak lakk org kuat jamuan yaaa:):)
Sesekali berpulut kuning mMG sedap sis!!
salam...
pulut kuning yg best...:))
sekolah saya 30hb Mac ni mesyuarat...
huuuu.... kegemaran IM tu. Lagi best kalau lauknya kacang panjang/kerang
As'salam ibu..
Amy suka makan pulut kuning tapi di sebabkan amy ada gastrik yang teruk , amy di sarankan supaya mengelakkan makan pulut huhuhu~ sebab angin.. bila tengok pulut nie hati membuak2 teringin nak makan huhu~
iman.. memang sedap tu sebab tak cukup
WR,
tak pernah dengar lak pulut jagung..
enterpremlah resepinya, nak juga cuba buat dan rasa
Hafifi,
kat kg memang masih buat pulut kuning kan bila kenduri... memang sedap tambahan makan beramai2
Adl,
leh cari, ada ke kedai yang jualnya
minta mak buatlah... nanti kempunan lak....
Sal,
tu la selalunya mee atau mee hoon, sesekali buat kelainan memang ramai yang suka
ubah2 selera
kaklong,
sobab makan ngan sambal bodoh la yg licin tu... memang sodap amek2
kakpah,
tu lah pakejnya lengkap... memang tak cukup
nasib baik tak kena komplen lebih2
nurkass,
haah... kalau ada petai lagi mantops kan
makan pulut ngan sambal je dah memang kena, memang sedap dah
Cikgu humairi,
mualaikumsalam... hahaha masa beri surat jemputan, sertakan nama menu sekali ye
kalau camtu kena tempah double, mesti ramai datang
mualaikumsalam Atuk,
hehehe.. takde sapa yg tapau, memang tak cukup
takde peluang langsung
Yan,
wah.. peminat tegar betul tu, Yan kenalah buat selalu
mualaikumsalam Shah,
memang beza, saja buat kelainan..
tak sangka semua suka
kakerna,
betullah... saya jarang buat, ada mjlis saja, kalau untuk mkan biasa buat pulut tanak saja tidak pulut kuning
Der Tinie,
memang itu tugas tetap n berpencen tu.. dari awal sampai sekarang
majlis besar atau kecil tetap itu juga tugasnya
buat kelainan pula kali ini, habis malah tidak cukup pula
SR,
bolehlah cuba pulak di mesyuarat nanti... makan pulut kuning dengan sambal
IM,
rendang kacang panjang dengan kerang ke...
lain orang lain sukanya kan, buat sendiri boleh ikut selera sendiri kan
Amy,
laa siannya, memang pesakit gastrik memang tak boleh makan pulut2 ni... cepat je naik anginnya kan
maaflah mengganggu selera amy
Catat Ulasan