SHAH ALAM - Generasi baru di negara di ini dijadikan ‘penonton bodoh’ oleh ‘pelakon politik’ yang mempunyai kepentingan peribadi, susulan pendedahan video seks pemimpin pembangkang.
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, generasi masa kini didedahkan dengan cerita politik yang tidak baik dan kotor untuk tatapan mereka seharian.
Menurutnya, golongan ini perlu menolak corak politik yang sedemikian dan mendesak supaya satu bentuk politik baru yang mengutamakan pemikiran idea dan cara membangunkan umat.
”Marilah kita meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka.
”Tanpa mengira parti mereka mesti diusir dari permainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka mengelak kain orang. tak kira kerajaan atau pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
kredit; Sinar Harian
//memang memualkan , kotornya berita yang dibaca dan didengar...
38 ulasan:
tu sebab ida jarang2 nk menonton berita di tv...jelak rasanya dgn permainan mereka..
assalamualaikum,
betultu, anak kecik pun jadi tahu hal-hal liwat dan sex angkara isu DSAI ni...hissyyyyhh.
Memang memualkan dengan cerita2 sebegini..terkdg para pendidik juga tersempit bila terselit unsur politik dalam pendidikan:(
kesian rakyat malaysia termasuk IM...
besnya klu org kita bersatu dgn harmoni..
salam kenal ibuintan..
jelak kan dengar berita-berita politik kat negara kita ni..hai, nama je islam, tapi entahlah fitnah memfitnah, keji mengeji, kata mengata, dah jd macam makanan diaorg
ibuintan.tu sebab akak dah tak tengok berita tv dan baca suratkhabar sementara waktu ni..sampai habis kisah yang memualkan ni disiarkan..
sokong ibu;).entah apa2..
ida,
saya pun sama, dah lama juga tak menonton berita di TV
entah apa2 beritanya, sesekali saya cuma nonton berita dunia saja
mualaikumsalam cikgu Ahmad,
saya pun menyampah dengan cerita ni, lagi sakit hati bila ada anak2 tahun satu tanya pasal tu..
Tinie,
memang betul, ada masa memang tersepit ... menyakitkan hati saja kan
IM,
kesian rakyat malaysia termasuk IM... dan saya juga
malangnya kita kan
Sal,
memang bes, tapi politik macam dah menghancurkannya
ladysirna,
terima kasih sudi singgah dan salam kenal...
semuanya dah jadi kebiasaan sekarang ni, malang sungguh
kakerna,
samalah kita, dah lama juga tak beli dan baca akhbar ni
kalau baca pun, online saja... boleh pilih2
Fina..
mengarut dan entah apa-apa, yang malunya bangsa kita sendiri
Malas nak ikuti perkembangan citer ni. Banyak lagi perkara lain yg lebih penting utk kita lakukan.
Habis kurang baca blog kawan2 lagi best ngeeeee
Kadang2 pelik dan hairan. cerita2 cam ni hanya keluar bila pilihanraya semakin hampir.
YB,
bukan stakat malas lagi, langsung tak ambil peduli pun
stuju YB, baca blog lagi bestkan... macam2 cete ado, gerenti tak mual
Yan,
memang pelik sungguh, diperbodohkan dengan perkara2 bodoh begitu
Politik malaysia memang dah di tahap memualkan.
Liwat, video seks, semua ada.
Saya tak pro ke mana mana.
Tapi sangat double standard, bila ada seorang pemimpin yg mengaku terlibat video seks, di angkat jadi Presiden parti, dan yg seorang ini, teruk dibantai dari setiap penjuru
DZ,
permainan politik inilah yg amat memualkan
tak habis2, lagi dekat dengan PRU lagi macam2 cerita keluar
saya tak ingin jadi penonton itu
saya tak ingin jadi penonton itu
Geli geleman dengan senario politik mutakhir...
Syukur Alhamdulillah, tv makcik dah 5 bulan rosak.makcik dah terputus hubungan ngan dunia luar.Beli surat khabar, baca berita penting je. dah namanya politik, semuanya jelik.
Syukur Alhamdulillah, tv makcik dah 5 bulan rosak.makcik dah terputus hubungan ngan dunia luar.Beli surat khabar, baca berita penting je. dah namanya politik, semuanya jeli
pandangan politik?
malas nak pandang..nyampah lagi ada...
bila hati bersarang dengan dendam
sanggup apa saja...
betul macam dah tak ada agenda lain...jelak,jemu dan memualkan.
dah mcm2 cara digunapakai. politik tu bagus tp jadi tak bagus jugak bila dgn cara salah
iman,
samalah kita
jangankan pandang jeling pun tidak mahu
ckLah,
semuanya menjengkelkan dan amat memalukan
cik Ina,
jelik dan busuk
kuasa, duit dan pengaruh
kaklong,
malas, nyampah, benci dan segala rasa pun ada kan...
sud@is,
dendam bawa ke mati, kuasa puncanya
ina,
sememangnya betul.. permainan kotor
Sasa,
asalnya bagus
kuasa dan wang mengubah segalanya
Catat Ulasan