Pagi tadi cuti masak, sekeluarga ke majlis perkahwinan anak sulung jiran. Makan nasi minyak. Pukul 12 setengah sudah makan.
Selamat pengantin baru kepada Fara dan suaminya Khairy. Tema majlisnya hijau dan putih. Sungguh manis dan ayu sekali Fara sebagai raja sehari hari ini.
Fara juga merupakan bekas anak murid, semasa bersalaman mengucapkan tahniah kepadanya,
'cikgu, doakan Fara bahagia ye' katanya lembut.
'juga doakan Fara menjadi isteri yang solehah' sambungnya lagi.
Baru sangat lagi rasanya mengajar dia, sekarang sudah pun menjadi isteri orang. Semoga Fara bahagia dan sejahtera dalam melayari alam perkahwinannya. Tahniah Fara dan Khairy.
Menjelang petang seisi rumah sudah kelaparan semula. Selain mee goreng, buat juga lempeng kosong. Lempeng bodoh saja. Ada yang cecah dengan sos cili, gula dan ada juga dengan ikan pekasam goreng berlada. Sekejapan licin sekali hadap.
Makan malam ni, menu sendiri-sendiri saja. Nasi sudah masak. Memasing kata masih kenyang. Jadi sapa yang nak makan nanti, pandai-pandailah ... yang penting stok telur dan kicap ada dalam simpanan.. Untuk abahintan pula, kalau ada ikan pekasam goreng berlada lauk lain tolak tepi.
30 ulasan:
masa kecik dulu, saya masih ingat lagi...makan nasi dengan sambal belacan je...habislah sepinggan, cukup kenyang, alhamdulillah.
Cantik kaler hijau tu. orang sekarang kahwin , pelamin semua moden-modenkan.
makcik tak boleh dengar ikan pekasamlah rasa lapar pulak perut.Dapat patah cili, makan ngan nasi panas sedapnya. tak payah lauk lain dah.
Baca tajuk pun dan terbau-bau aroma klasik dan menggoda lempeng dan perkasam tu...
kadang2 tu..2/3/...tempat jemputan...nak pergi yg mana ya...rumah yg pertama makan kenyang2...
rumah kedua....ambil pingan ...nasi hujung senduk,selebih lauk...tak makan kecil hati tuan rumah........
Tapi bila malam...hai lapar pula....cicah biskut dgn air kopi ajelah.....senang nak berblog...he..he..........
anak2.....goreng jemput bawang sudah.....sukalah tu....cicah cili sos.....
Makan lempeng dengan sambal tumis pun sodap! :)
lempeng panas2 pasti sedap...cecah sambal tumis..
ussss terliur pula...
lempeng bodoh2 pun sodapppp..:)hehe..
nak2 makan time hujan nii..:)
alaaa...lapo lak perut.lempeng pun boleh le.kalo dah lapo.sedap jg pekenakan lempeng kosong ni.arrr...dah berthn tak mkn lempeng.bkn ssh nau.tp malas.
tahniah pada pengantin.wow!!...beso kusi
semalam pun buek lempeng,cicah mo sambal sardin...sodap lak ai...!
selamat pengantin baru farah & khairy....!
assalamualaikum ibu...
mesti hepi bercuti kerana intan dah ada kat uma kan..selamat bercuti untuk ibu sekeluarga ya....
ibuintan..tergoda jugak tengok lempeng tu..
lempeng makan panas2 memang sedap..
Cantik pelamin dia guna grandfather's chair.
Kat rumah kak Zai anak2 suka makan lempeng dengan sambal sardin.
kakpah kalau dapat pekasan goreng taruk cili api hiris dan bawang , tak payah lauk lain dah...
cikgu Humairi,
zaman kecik, syukur kita tidak memilih apa yang dihidangkan emak kita kan
kita tetap hargainya kerana itu rezeki kita untuk hari itu
cik ina,
sekarang majlis kenduri memang betema bagai, nak bagi spesel sikit
ikan pekasam tu beli di Mersing, suami yang suka sangat
ckLah,
memang klasik, old pesen kata anak2
tapi habis juga dimakan dek mereka, tu lah mereka cepat sangat membuat andaian berdasarkan rupanya
en Zul,
semalam sempat pergi satu kenduri saja, yang satu lagi jauh sangat... sumai malas nak pergi sebab ada hal lain
bila lapar semua boleh lalu. biskut tawar je bukan main sedap kan... ada pulak kopi o panas
kakcik,
tu memang sesuai sekali, pasti sodap tu
Sal,
kompom sodap masa panas2, tak kira cecah ngan apa sekali pun
Tinie,
bodoh tapi sodap, sesekali buat memang habis, ada pulak lawan cecahnya kan
anie,
paling sonang nak buek, jangan malas kalau dah teragak tu.. lempeng pun lempeng lah kan, bila dah teringin tu rasa dah termakan2 lak
kusi pengantin jaman sekarang, camtu la
kaklong,
cocah sambal sadin, osah sodap ea tu.. tak cukup sekoping sorang tu
Shah,
memang hepi sangat, cuti ni duduk rumah saje, tak ke mana2 sebab Along sedang belajar memandu
kak erna,
lempeng bodoh je, bila lapar semua jalan tak kiralah kuih apa kan..
kakpah,
betul tu, perah asam limau kan... lauk lain takdo takpo yo
baunya pun semerbak sebuah rumah
ibuintan--
apa khabar disana???
selamat pengantin baru kepada bekas anak murid cikgu yer...
lembeng dan ikan pekasam....nyami!!!
aduh..petang2 dgn hujan renyai2 sure boleh buatkan ayu habiskan 4 keping
Tentu dah ramai bekas anak2 murid ibuintan berkahwin. Baguslah kalau mereka masih ingat dgn guru yg pernah mengajar mereka.
amy suka makan lempeng dengan sambal tumis ikan bilis
lempeng bodoh ke hodoh?hahaha....
perggghh...sedapnye lempeng tuh...
sy slalu mkn dgn tumis ikan bilis...
sedap...
Catat Ulasan