Kerna terpaksa, aku rela berkorban... wah.. tajuk, macam tak cayo.. itulah antara senikata lagu yang pernah hafal di kala muda remaja dulu. Tak tahulah ada sabit menyabit tak dengan cerita kehidupan kali ini .. Nasibla yoo..
Sibuknya dua tiga hari ni. Macam-macam hal pun ada. Di sekolah minggu ni minggu ujian, jadi selepas ujian sibuk menanda kertas dan melengkapkan markah murid-murid, Mengikut kehendak hati ini maunya cuti minggu depan semua kerja dah beres dan semua murid sudah dapat kad kemajuan masing-masing sebelum bercuti.
Sejak semalam juga sibuk menjahit dan menyiapkan dua pasang baju kurung rakan, Kak Norma meminta sesangat ibuintan jahitkan dua pasang baju kurung untuknya. Baju kurung yang mahu dipakainya ke majlis perkahwinan anak sedaranya dan anak seorang rakan baiknya pada hari Sabtu dan Ahad hujung minggu ini. MInta tolong sangat-sangat katanya. Kak Norma ni pun satu, kalau dah nak melaram dengan baju baru kenapalah minta jahitkan last minit camni.
"Akak nak kau jahitkan jugak, mesti siap Jumaat ni' ... amboi kak paksa tu'...'Siapkan dua pasang je dulu, yang lagi kemudian takpe' .. Katanya semasa menghantar kain-kainnya ke rumah petang Isnin lepas. Aduh... tensen jadinya. Dahlah sekarang ni hantu malas menjahit makin menjadi-jadi. Baju sendiri pun dah berbulan tak berjahit. Kainnya dah beli bulan Disember lagi tapi sampai sekarang pun masih dalam beg plastik lagi, tak keluar pun lagi. Alahaii Kak Norma... kejamnya kau.
Beri alasan sudah tidak menjahit sekarang ni tetap tidak dilayannya. Mesti jahit jugak, jadi nak tak nak malam tu juga ibuintan menggunting kainnya. Kesianlah pulak... 'akak pun nak melaram juga' katanya. Tak kalah nak melaram ngan pengantin. Ibuintan memang dah lama menjadi tukang jahit untuk baju-baju kurungnya, kalau tak silap sejak berkawan dan menjadi rakan sekerjanya kira-kira sembilan tahun yang lalu. Sekali hantar biasanya untuk lima enam pasang baju. Beliau sekarang telah berpindah ke sekolah lain di Seremban, namun masih kekal meminta ibuintan menjahitkan baju kurungnya. Mungkin dah serasi agaknya.
Tu yang menjadi faktor terpaksa menunaikan juga permintaannya, kalau sebelum ini dia memang tak kisah bila-bila pun siapnya sebab dia tahu tukang jahit 'pat time'nya ni dah malas tahap dewa-dewi bab jahit menjahit ni.... memang sekarang dah tutup bisnes jahit menjahit ni, selain perlu masa dan tumpuan, mata juga menjadi faktor penyebabnya. Mata ibuintan sekarang cepat sangat letihnya bila mengadap kerja-kerja rumit begini, walaupun dah bermata empat tetapi bila terlalu merenung lama-lama kepala juga menjadi sakit.
Menjahit juga sekadar hobi sebenarnya. Ibuintan tidak mahu hobi tu menjadi beban pula. Hobi biarlah untuk mereleskan tensen kan, Awalnya dulu menerima tempahan pun atas pujukan rakan dan memang ibuintan pun hanya menjahit baju untuk rakan saja, tidak buka tempahan kepada orang lain. Menjahit suatu kerja yang perlu tumpuan dan ketelitian, dan itu dah kurang sangat dalam diri ini sekarang. Sekarang lebih untuk menjahit baju sendiri dan baju Intan shaja. Untuk pakai sendiri saja. Kalau sebelum ini sepasng baju boleh siap dalam masa sehari, sekarang seminggu pun belum pasti.
Sekarang hobi dan aktiviti lebih banyak terarah kepada yang lebih merehatkan minda, jiwa dan kesihatan. Menjaga orkid yang lebih menenangkan serta berjoging samada waktu pagi atau petang untuk menjaga tahap kesihatan. Mahu kekal sihat dan bertenaga supaya dapat menunaikan kewajipan dengan sempurna.
//menjahit juga menyekat hobi untuk belayar ke rumah kengkawan di lautan maya ini... itu memang sah, buktinya dah dua hari tak berbw sebab ngadap jarum dan benang..
30 ulasan:
ala, siannye ibu...
xpe, buat pelan2 ye...
salam
eh, tukang jahit ke??tempah baju melayu boleh??
Assalamualaikum Ibuintan
biasa ler tukang jahit
orang punya boleh disiapkan
sendiri atau anak..tak tahu bila nak siap (selalunya siap mlm raya)..he he
Wassalam
tukang gunting punrambut ea tak bergunting selalu...
tukan rumah,rumah ea kekadang tak siap...
tukang jahit baju,lom tontu baju ea pun berjahit gak...
tapi kan kak,klu dah sodap pakai...jauh mano pun org dtg tompah...
errr....tompah sepasang buleh?
nak copek..minggu dopan mesti siap yo...hahahah!!!
WR,
tu lah sian kan... dulu suka sangat bab jahit menjahit ni, sekarang dah muak lak..
sian kan
Iman,
tukang karut je...
boleh ..tahun depan lom tentu siap
mualaikumsalam Atuk,
yang tu memang setuju sangat, kekadang pagi raya baru betul2 siap..
sian kan tukang2 jahit tu
kaklong,
hahaha nayo yo... tak dapek nak nolong hea tu
mesin jait dah tutup
meh sini saya tlg ibu
hahaha.alamat berbulan le...
azween...
hehehe timo kasih yo ..
kok berbulan takpo lah ibu buat sendiri je
Assalam Kak,
teringat saya masa jd cikgu dulu.. Now anak2 murid dah jd macam frens.
hibby boleh jana duit, bestkan kak.. I m working on it.INSYALLAH.
tukang jahit rupanya ibuintan.... baguslah disamping ada sideincome boleh juga nolong kawan..tak gitu...
kak sya menjahit lencana anak pun tak lopeh .
Assalamu'alaikum ibuintan,
Cuti sekolah ini bolehlah jahit lebih sikit. Kakak pun jahit juga siap kena pasang manik dan labuci. Kelabu mata kan. Hehehe....
mana lebih seronok menjahit atau belayar kerumah maya kawan2......??
menjahit upahnya lumayan kan.....
baik menjahit......he..he..
kerana terpaksa...duit habis bayar saman...nak beli buku pun tak dapat....haaaihhh.
ibuintan..akak jugak pernah buat kerja camtu..
bukan kerja menjahit..tapi kerja memaksa kawan yang dah biasa jahit baju akak..
Mualaikumsalam Yan,
anak2 murid dah besar panjang, dah ramai juga yang dah kahwin kan... memang seronok kalau mereka masih berhubungan dengan kita
hobi suka2 saja Yan, nak buat lebih2 tak boleh tak cukup masa untuk diri sendiri pula..
S.u.d i.s
tukang jahit main2 je, jahit baju sendiri dan nolong kawan sikit2
kerja yang utama, yg lebih penting
sya,
hehehe melampau tu... kenalah juga kurang2 untuk jahit apa yang koyak
mualaikumsalam,
kak zakie.. kekadang bila ada masa mood malas pula yg datang.. ada masa buat juga jahit manik, untuk baju sendiri saja la, tak tahan.. memang mata naik kelabu dan berpinar juga
zul,
dua-dua seronok... satu dapat duit ,satu lagi habis duit buat bayar internet ...
menjahit perlu tekun dan teliti, maka banyak masa habis kat situ tak dapat buat kerja lain
berblog pula.. dapat merayau2 hehehe
cikgu humairi,
hahaha salah sendiri... sapa suruh bawak lebih had laju.. lepas ni jadi pemandu berhemat tau
kak erna,
melampau tau... memang ada yg suka desak camtu, bila kita tegur apasal lambat hantar kain.. dia boleh jawab .. takde duit nak beli kain cepat2
kena charge mahal ni
assalamualaikum ibu...
saya rasa mcm dah lama tak kesini..maafkan saya kerana tidak menziarahi ibu ya...
semoga ibu dan keluarga senantiasa dirahmati Allah SWT
ibuintan..
wah!!! ada hobi yang ayu mmg tak pandai..
nanti nak tempah baju kurung boleh??/
Wah...dah ada pelanggan tetap tu. Kira hebatlah kak Nah!
Selamat bercuti ya cikgu....
sebab hasil jahitan ibu terbaik. orang pun kekal setia. kesian ibu, terima jugak tugasan tu mesti sebab nak jaga hati
betul tu. buat apa yang kita minati dan bermanafaat..
Best nya pandai jahit baju. Tapi penatkan.lagilah time raya.memang betul kalau dah selesa ngan jahitan seseoarng, dorang tak teragak-agak nak hantar ditempat yang sama setiap kali nak menempah baju.
Catat Ulasan