Followers

Sabtu, 12 Mac 2011

Kambing memanglah takde akal,........... tuannya?

Pagi tadi sampai saja di halaman rumah dari berjoging, turun saja dari kete, hati pun panas, membuak suhu  ke takat suhu didih.  Satu rumah kena jerit.......


'Sapa tak tutup pintu pagar'

'Sapa yang biarkan kambing masuk'

Maka satu isi rumah kena dengar ibu rumah naik sawan .... abahintan, along dan azim, nasib kalian lah... Intan selamat sebab ikut ibunya pergi joging.

Memang naik sawan plus meroyan takat suhu didih betul pagi tadi.


Bukan sepasu, tapi lima pasu pokok orkid gondol dibaham si kambing durjana.  Kesemua  orkid itu  sudah galak mengeluarkan bunga , memang rasa sakit hati betul jadinya.  Kenyang juga kambing tu kena sumpah seranah.  Kalau pokok bunga yang lain masih boleh bersabar lagi, tapi kalau melibatkan orkid memang nahas kambing tu.


Kambing ni jiran sekampung yang punya.  Setiap hari dilepaskan bebas di sekitar kampung untuk mencari makanan sendiri.  Banyak lagi rumput dan semak kat luar kenapalah dalam kampung orang juga yang disukainya.  Tu lahkan.. namanya pun kambing.  Ado otak takdo akal.  Tapi tuannya yang ada otak dan akal tu pikirlah sedikit kan..  Jangan main lepas saja kambing tu. 


Memang kawasan keliling rumah ini berpagar, namun rumah orang kampung, manalah ada pagar otomatik ni, bukak sendiri kemudian pandai-pandailah tutup semula.  Ini ada yang rajin buka tapi malas tutup.  Kambing ni pulak pantang lepa sikit, pantang nampak pintu pagar menganga, memang menerjahlah masuk.  Ha... konyang kau kono sumpah hari ni Bing..  Kalau masih ada lagi tadi, rasanya  ada yang patah kaki kambing tu.

Tiga orang isi rumah yang ada di rumah pagi tadi, mengunci mulut, tak sorang pun ngaku dan tak sorang pun ambil pot,.... ibu rumah pot pet je sensorang.  Nasiblah... mereka dah lali kalau bab orkid di usik kambing ni.


//sampai ke petang didihnya masih ada setiap kali terlihat pasu orkid yang dah gondol, nasib baik ada penyejuknya bila beberapa orkid yang lain mengeluarkan kembang yang baru. 



22 ulasan:

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

Betul tu, nak salahkan kambing tak berakal, manusia yang berakal kena fikir.cian nya pokok orkid tu. dorang ni pun satu dah pandai membela kambing tak tahu nak jaga.

Betul tu ingat senang ke nak jaga pokok orkid tu. bukan calang-calang orang jaga, senang nak membiak.

sabar ye.

Unknown berkata...[Reply]

inilah jadinya kalau reti membela tapi tak reti nak menjaga.. mmg berdosa mereka yang menyakiti jiran walaupun dari binatang belaannya..

zul permatang badak berkata...[Reply]

saya lagi panas hati....4...pokok nangka madu tinggi takat pinggang orang dewasa....kambing angkat kaki depan...panjat...makan sepuas-puasnya...

longlai kaki saya melangkah....usaha membaja...cabut rumput..buang ulat....selama ini....jadi zero...

mujur saya tak jadi ZORRO...Pancung kambing tu.....
Yaaa....susah berjiran dengan orang bela kambing main lepas-lepas.....
jiran....takkan nak bermasam muka......
selepas peristiwa tu....saya senyum.....tapi kelat.......

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan.memang la mendidih..pokok orkid kesayangan kena baham dek kambing..
dikampung akak pun macam tu jugak..pantang lepa..selamat..di baham kambing..

ibuintan berkata...[Reply]

cik Ina,

memang panas hati, orkid tu dah lah payah nak mengasuhnya, dah lama baru menjdi dan subur begitu.. aleh2 kambing datang merosakkan , memang hangin satu badan jadinya

tu lah kang kalau kita buat yg tak betul kat kambing tu, sah2 kita lak tak berakal sama... sabar je lah lagi

ibuintan berkata...[Reply]

Princess Nur,

jiran yg tak prihatin, memang senang cara mereka bela kambing, lepaskan bebas saja.. yang lain tak ambil peduli

ibuintan berkata...[Reply]

Zul...

nasib kita samalah hari ni, panas hati ngan kambing... entah2 kambing tu gelakkan kita


ikutkan hati yang panas memang mau kena kerat kaki kambing tu, tapi pikir balik... kita lak yg tak berakal kan..

usaha dan tanam semula lah nampaknya

ahmad humairi berkata...[Reply]

cepatnya kembang orkid tuuu....ini mesti kes nak turunkan takat didih suhu tuuu.

jangan marahkan kambing tuuuu, marah kat tuannya.....leh setel??

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,

tu lah, memang sayang sangat dengan pokok orkid2 tu... dah la semua di beli, walaupun bukan untuk dimakan tapi untuk menjamu mata saja..

rasanya pemilik kambing ni tak prihatin dengan jiran2 mereka

white rose berkata...[Reply]

nampak gayanya ibu kena gantungkan pokok2 orkid tu...
takpun letak ditempat yg tggi...

Kak Imun berkata...[Reply]

Salam, ibuintan. Bunga2 kak pun pernah kena baham binatang, lembu pulak tu. Sisa2 najis lembu tu tinggalkan tanda matanya pada kak. Memang bikin panas.

Tuan punya lembu senang hati, ternakan dia kenyang tapi kita pula yg makan hati...sejak itu, pagar sentiasa tertutup rapat....

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu humairi...

yang kembang tu orkid yang lain, yang selamat dari kambing sebab digantung


tu lah, nak setel ngan tuan kambing rasanya tak berbaloi... taknak bermasam muka nanti

ibuintan berkata...[Reply]

WR,


memang sedang diusahakan, nak gantung semuanya.. sedang pujuk abahintan buatkan rumah orkid sebuah lagi

ibuintan berkata...[Reply]

Myfrins,

ahh.. kalau lembu lagi lah habis, sah tinggal pasu kosong saja

memang sakit hati kan.. tuan lembu senang hati je, kang bila kita komplen banyak pula alasan dia lastnya bermasam muka.. tu yg terpaksa diam akhirnya, sabar je lah

hentian berkata...[Reply]

kalau kambing tu ada akal, dia ambik dengar pasu-pasu tu sekali untuk jual..

ibuintan berkata...[Reply]

IM,

melampau tu... mau tuannya pulak kena hempuk dengan pasu-pasu tu

Asri Alam berkata...[Reply]

alamak. maaf ibu, tiba2 tergelak nmpk orkid dah gondol. jgn marah aku tau

ibuintan berkata...[Reply]

sasa...

marah ni tau, panas ati semalam tak hilang lagi ni..

selagi nampak orkid gondol tu, ati panas semula la

shahjiehan berkata...[Reply]

x berkat la kambing tuh.. klo kita bela kmbing, buat la kandang, jgn letak merata2... sbb klo makan rumput kat tahan org, tnpa pengetahuan dan kebenaran tuan tanah..boleh menimbulkan was2 kepada kambing tersebut... hmm

kena sumpah2 camni... lagi la truk... huhuhu

ibuintan berkata...[Reply]

Shah,

memang tak berkat, ibu kalau beli kambing untuk kenduri mesti kambing yang dibela dalam kandang dan makanannya terjaga.. tak beli kambing yang lepas bebas gitu

terpaksa sumpah sebab hati tersangat sakit

Zaitun berkata...[Reply]

Kak Zai pun mungkin mengamuk macam ibuintan entah2 lebih lagi.Bukan senang nak jaga orkid dah tu harganya mahal tau.

kak long berkata...[Reply]

sakit ea hati seminggu lom tontu hilang....!