Alahaii... bilalah dapat bersiaran semula dengan jayanya. Sejak petang semalam hujan membawa ke malam, maka line tenet pun mulalah meragam, sekejap ada sekejap hilang.... namun bila hujan pula diselang seli dengan guruh dan kilat, maka terus dioff' suis internet. Semalaman tidak dapat beron-line.
Cuaca memang tidak menentu. Sejak pagi tadi juga, cuaca masih mendung di sini. Kain-kain diampaian sudah dua hari tidak kering. Matahari langsung tidak keluar menunjukkan sinarnya. Suasana menjadi suram. muram dan dingin. Cuaca sebegini juga mempengaruhi mood. Mood juga turut menjadi suram dan semangat juga terasa seperti hilang melayang.
Ini ialah Pantai Hiburan di Kuala Rompin. Setiap kali kami ke Mersing, kami pasti singgah di pantai ini untuk makan tengahari, kami makan bekalan makanan yang dibawa sendiri... ala-ala berkelah kiranya. Tidak ada mandi manda. Hari Ahad lepas cuaca sangat baik, langitnya cerah sementara angin laut bertiup amat lembut, lembut sambil membawa ombak ke pantai, bunyi ombak yang menghempas pantai juga amat mendamaikan.
Setiap kali singgah di sini begitulah suasananya. Kebanyakkan keluarga yang singgah di pantai ini, hanya sekadar berhenti sambil makan-makan sahaja. Tiada aktiviti mandi manda seperti di pantai yang lain. Mungkin keadaan pantainya yang tidak landai dan tidak selamat untuk membiarkan anak-anak mandi.
Keadaan dipantai ini amat berbeza pada hari Ahad, iaitu lima hari sebelum berlakunya kejadian gempa dan tsunami yang baru melanda negara Jepun. Pada hari Ahad tersebut, kami yang dalam perjalanan ke Mersing, seperti biasa berhenti di sini, namun pada tengahari itu, suasananya amat berbeza sekali. Keadaan ombak agak tinggi bergulung-gulung ke pantai dengan tiupan angin yang amat kencang. Ombak juga membawa air kelodak yang amat kotor dan hitam.
Kami tidak dapat duduk dengan selesa di tempat biasa di bawah pokok kerana kami sendiri pun terasa seakan terbang di bawa angin laut yang amat kencang. Keadaan pada masa itu cerah dan panas. Langit kelihatan amat cerah dan tiada tanda-tanda hujan akan turun. Kelihatan beberapa keluarga lain juga tidak selesa berada di sana. Angin yang kuat juga menyebabkan tudung terpaksa di pegang supaya tidak tertanggal. Akhirnya kami terpaksa beredar dari sana dan singgah di taman berhampiran.
Bila berada di sana semula pada hari Ahad lepas, dengan keadaan yang seperti sediakala semula , Intan membuat andaian bahawa mungkin ribut hari tu sebagai petanda akan berlaku suatu musibah. Walau bukan di tempat kita, namun semuanya atas kekuasaanNya juga. Mengingatkan keadaan angin yang kuat dengan ombak yang bergulung begitu, hati sudah cemas, maka bagaimanakah agaknya di tempat kejadian yang sebenarnya di mana tsunami berlaku. Tak tergambar rasanya.
Mercu tanda Kuala Rompin.
//harap tiada gangguan internet lagi supaya mood ceria kembali semula , rindu bw jugak
24 ulasan:
assalamualaikum ibu...
wah!!! kuala rompin..sy lum pernah sampai sane lagi...dia dalam daerah pahang kan, ibu???
salam ibuintan..
kat s.alam pun mendung je cuaca nye..tapi tetap kene keje..hehe..
kalau dapat cekodok sedap nih..huhu
Assalamualaikum Ibuintan
kat kl hujan pagi, hujan tengah hari dan mendung sekarang
dlm pejabat pun sekarang ni amat sejuk...he he
Wassalam
selamat petang ibuintan..
patutlah ayu tak bersua dgn ibuintan..ada masalah internet rupanya
PS; kuasa tuhan, besar firasat si intan ttg bencana alam.......
sama2 kita ambil iktibar atas bencana yang berlaku
aLLAHUAKHBAR
mualaikumsalam Shah,
ye dalam negeri Pahang lagi... dulu air lautnya amat jernih... sekarang dah kotor
ibu datang bercuti 3 tahun lepas ke sini, bila mandi dipantai nampak anak2 ikan bermain di kaki kita, sangat cantik
nurkass,
kat pilah ni masih mendung juga... buat pisang goreng je petang ni
mualaikumslam AB,
musim berubah2 skarang kan, tak dapat dijangka..
sejuk dalam econ je takpe, pakai kot tebal
makcik tak pernah sampai ke sini lagi.nampak pantai tenang je . konpius rompin ni johorkan.
Ayu,
selamat petang..
selain sibuk entenet juga meragam sehari dua ni, faktor cuaca
insyaallah kita bersua kembali
'makcik' ina, ni Kuala Rompin, dalam negeri Pahang lagi tapi dah dekat dengan sempadan Johor
lautnya memang tenang je, cuma sekali hari tu bergelora yang amat, mungkin sebab tak pernah tengok ...tu rasa takut sangat
ASSALAMUALAIKUM KAK NAH...
seronok kan dapat bersantai2 di tepi pantai...tapi kalau keadaan angin kencang takut juga yea kak...kalau agin2 sepoi2 bahasa tu...
mualaikumsalam Ina,
akak memang suka dengan pantai dan ombak... menenangkan bila ianya tenang namun menggerunkan pula bila ianya menganas..kan
Teringat masa bercuti di Air Papan.
Bangla + Indon = Malaysia? Klik sini
malam ni rumah IM hujan yang selebat-lebatnya. best juga sebab ibu_suri tak mahu keluar rumah..
boleh rehat sambil bw...
azwan.. masa tu airnye jernih lagi tak?
baru2 ni singgah juga sana, tapi airnya keruh
wah... IM berbw dalam hujan lebatlah ni...
antara rahmat hujan, IM dapat berehat awal.. kan
Besaq ikan tu
Pernah pergi sekali ke Mersing mengikuti kursus bencana alam anjuran PBSM....lamaaa dah (masa maktab MPSI dulu), pasti dah berubah sekarang.
kekadang fobia bilo duk topi pantai ni kan?selalu kito pikir bondo yg buruk yo...!
Tak pernah ke pantai ni...
Banyak kali ke pantai di Mersing..cumanya ombaknya ganas...rasanya di Rompin pun begitu...
Tpi mmg lawa pantai nya
assalamualaikum
kita tak pernah sampai lagi ke kuala rompin... kalau kat mersing pernah la... kat situ memang banyak pantai... cuaca skrg ni tak sesuai nak berkelah tepi pantai kan... ~
lama tak gi tepi pantai.sedap pula bersantai2 di sana yee
hari2 mendung..mata saya pn mendung jugak..mengantukkk .. =_="
Assalamualaikum.
Semoga cuaca yang tidak menentu itu tidak mempengaruhi keceriaan kita.
Setiap yang berlaku adalah anugerah dari Allah. Pandang dari sudut yang positif, nescaya kita akan lebih banyak bersyukur.
TQ
Catat Ulasan