Followers
Isnin, 14 Mac 2011
Ada wang banyak pun tak guna..
Pagi tadi selepas joging, sempat join sekumpulan nyonya dan apek membuat senaman tai-chi. Rasa seronok dan lega pula selepas mengikuti langkahnya yang teratur dan gemalai itu. Walaupun sekadar mengikut secara suka-suka dibarisan belakang, namun kerana gerak langkahnya diulang-ulang dan secara slow motion pula, kami dapat mengikutinya dengan baik. Siap dengan iringan muzik lagi.
Sememangnya setiap pagi sekumpulan wanita dan lelaki bangsa cina, selalu bersenam tai-chi di taman itu. Rata-rata adalah warga emas atau bakal meniti usia emas. Berdasarkan pemerhatian sejak berjoging di kawasan ini, warga emas kaum cina memang mengambil berat soal penjagaan kesihatan mereka. Mereka datang seawal pukul 6 setengah pagi untuk memulakan aktiviti riadah di situ. Ada yang selepas ber'tai-chi menyambung aktiviti berjalan kaki pula.
Selepas mereka ber'tai-chi tadi, sempat duduk berborak dengan seorang apek tua. Pada mulanya Apek itu berlagak sombong sedikit, atau mungkin ia terganggu sebab kami asyik memerhatikannya. Namun bila dah bertegur sapa, Apek itu menjadi mesra pula. Umurnya pada tahun ini ialah 76 tahun. Katanya dia mengamalkan senaman tai-chi ini 'sulah leebih lua puluh tahun'. Sebab awalnya kerana dia mengalami sakit lutut...'haiya dulu ini lutut manyak sakit oooo' katanya sambil mencucuk2 lututnya dengan jari..'sekarang sudah baik' katanya.
'Ada wang banyak pun talak guna ..... badan sihat lagi penting looo' kata Apek sebelum balik.
Sepasang warga emas cina yang sedang berjalan kaki menaiki bukit untuk ke puncak. Sentiasa berpegangan tangan sambil berbual-bual. Sungguh romantik, sambil bersenam sambil mengeratkan lagi kasih sayang.
Alangkah bertuahnya kalau dapat begitu!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
23 ulasan:
alamak, sedihnye pulak ibu buat permintaan tang yg last tuh...
sy lagi sedih...
huwaaaaa...!!!
lgsung xle nak pegang tgn...
tgnnye xde lagi...
WR,
tu lah sedih kan, en suami taknak join sama, dia pernah hantar tapi tunggu dan tido dalam kete.....
takpe nanti ade lah tangannya tu, insyaallah pasti ada
Betul kata2 Apek tu...
Kalau dah sakit, wang banyak pun tada guna wooo. Ada orang kata pulak 'lebih baik ada wang waktu sakit, dari tiada apa-apa kerana mungkin diri tersisih begitu sahaja'. Macam2...
wang ringgit bukan boleh menjamin kebahagian. Kalau dah sakit wang ringgit dah tak berguna lagi kesihatan dan kasih sayang adalah harta yang paling bernilai dalam kehidupan manusia. .
kakpah selalu gak terserempak kumpulan cina yang buat taichi masa kpah bejoging kat tasek cempaka. tapi tak lah pulak sampai join sekali walaupun teringin jugak.
yelah.. duit banyak2 pun kalau badan tak sehat takde guna. Melainkan duit tu kita gunakan untuk menyehatkan diri. Contohnya, jangan kedekut sangat bila nak beli supplement untuk diri sendiri walaupun duit sememangnya ada.
rajin akak berjoging...!
suko tengok..!
kakcik,
dua-dua pun penting kan..
kalau badan sihat kita boleh bekerja untuk cari duit,.. bila sakit ada duit pun habis untuk berubat pula
cik,
betul tu, kesihatan harta yang tak ternilai, tidak juga boleh dijual beli
kakpah,
seronok juga join aktvt diorang, saya memula tu pandang2 saja tapi sejak semalam mula join sekali
hari ini pun join sama dan mereka amat mengalu-alukannya, mereka kata pelan2 nanti pandai lo
kaklong,
bukan rajin tapi topakso merajinkan, harap2 kekal lama lah
assalamualaikum ibu..
lagi satu orang cina selalu kata ada wang pun tak gune kalau tak leh nak makan coz terpaksa berpantang hhuhuhuh...contog kena darah tinggi la gout dsb
Masa muda kuat kerja..cari wang...
tapi bila dah tua.....wang yang ada nak beli apa ye.......????
Ditempat kak Zai pun ada kumpulan yang ber taichi,kadang2 teringin nak join tapi segan lah pulak.
Memang betul kalau sakit tak berapa nak seronok walaupun ada banyak duit.
Assalamualaikum IbuIntan:)
Betapa kesihatan yang baik itu tidak ternilai jika dibanding dgn wang yang menggunung.....
ibu intan. apa khabarmu....
eik, entry kita sama ttg kesihatan...tapi sejujurnya...
kalau lah kisah apek ini dapat dikongsi dengan sahabat yang lain...
sure ramai yang nak sihat..kan????
jom..sihat sama2
alah...diorg da tentu byk duit...sbb tu xkisah... anyway...sy tag kamu...
http://kakicandid.com/blog/2011/03/15/entri-kongsi-idea/
mualaikumsalam Shah,
btul juga kan, duit banyak tapi makan semua kena sekat/pantang.. lagi tensen camtu
eloknya dua-dua adalah kan... duit dan kesihatan.... bahagia dan sejahtera hidup
zul,
masa muda cari wang dan terus beli apa yg nak dan pekenan... dah tua tak pikir lagi nak buat apa... sebab lom tua lagi.. hehhee
kakzai,
join la skali kenapa nak segan lak, mereka suka tu kita dapat join sama.. lagi ramai mereka lagi suka tu
seronok juga bila dah join, senang nak ikut
Tinie,
memang duit tidak dapat membeli kesihatan, ada duit pun boleh habis bila badan sakit
Ayu,
alhamdulillah sihat..
tu sebab sedang berusaha mengekalkan kesihatan, dan semoga terus diberi kesihatan yang baik
ayu juga diharap sihat di sana
Along,
rasanya tak juga, sebab mereka penduduk sini, ada juga kalangan mereka yang datang dengan moto buruk dan basikal saja
Fikiran mereka memang berbeza dengan bangsa kita, ya ibu.
Catat Ulasan