Sesi persekolahan 2011 bermula. Bermulanya sesi kali ini bermakna inilah kali ke 23 bakal menyambut anak-anak tahun satu, anak-anak yang penuh keceriaan, keterujaan dan keseronokkan untuk menempuh alam baru, alam persekolahan yang ditunggu-tunggu.
Namun dalam keseronokkan dan keterujaan mereka, terselit juga satu dua jiwa yang amat tersentuh, amat takut, amat ngeri dengan alam persekolahan baru yang ditempuhi. Mereka inilah yang akan memberi warna kepada situasi hari pertama. Samada menangis sepuashati atau masih menyorok disebalik ibubapanya. Mereka sebenarnya takut dengan cerita yang digembar gemburkan oleh abang dan kakak.
Biasanya bila telah mesra kala ditanya mereka akan memberikan jawapan... lambat balik rumah, banyak kerja rumah, cikgu garang, kena bangun awal, tak pandai baca dan tak kurang juga takut hantu. Macam-macam alasan mereka kala ditanya 'mengapa menangis'.
Reaksi dan ketidakpercayaan ibubapa juga adakalanya menimbulkan kegelisahan di hati anak-anak yang sememangnya telah sedia resah. Kelas tahun satu biasanya di tingkat paling bawah, segelintir ibubapa yang tidak percayakan anak-anak , asyik tertinjau-tinjau dan terjonggok-jonggok melalui tingkap. Tidak pun asyik lalu lalang saja di luar kelas anak-anak mereka.
Ada juga terdapat ibubapa yang pengalaman pertama menghantar anak sulung mereka yang baru masuk sekolah, mungkin sebab terlalu teruja atau risau atau kesian atau anak terlalu manja, masih sempat memanggil dan mengucapkan 'baby, jangan nangis tau, ibu ada kat luar'.... padahal anak kat dalam kelas, relak dan takde apa-apa pun, riang cergas saja tapi ibu pulak yang lebih-lebih...rasanya ibu yang nak menangis kat luar kelas.
Tak kurang juga, ada ibu yang duduk terconggok sama di belakang kelas, nak kata anaknya menangis atau takut ....tak pula, duduklah si ibu lagak nazir ,...ibu yang begini selalunya lambat memberi anaknya berdikari, beri kertas untuk diwarna..ibu yang tolong sama, beri beberapa soalan sebagai tanda suaikenal ada juga ibu yang tolong jawapkan... kekadang situasi ini menimbulkan kerimasan juga kepada guru... paham-pahamlah ibu ye!
Pengalaman mengajar anak-anak tahun satu adalah merupakan pengalaman terindah. Pernah juga mengajar kelas tahap dua tapi kepuasannya amat dirasai bila mengajar tahun satu.. Rasa dekat sangat dengan mereka. Datang dalam keadaan amat suci dan naif, amat seronok melihat perkembangan mereka hari demi hari, perubahan yang amat ketara di setengah tahun kemudiannya. Biasanya pertengahan tahun akan dikenalpasti anak-anak yang cerdas dan kurang cerdas, sekiranya masih terdapat yang lambat membaca dari sinilah bermulanya latihan intensif unuk mereka yang lambat ini.
Setakat ini, alhamdulillah sehingga habis tahun satu, di akhir tahun, tiada kes tegar yang tidak celik huruf, kalau ada pun seorang dua yang masih lemah dalam bacaan, dan perlu terus dirujuk ke kelas pemulihan di tahun dua.
//selamat datang anak-anak tahun satu ku
23 ulasan:
alhamdulillah...
pengalaman kaklong mengahantar anak darjah 1,mereka tak pernah menangis...selesai berurusan dengan cikgu..kaklong terus balik...!
Wah...selalu dengar isihati ibubapa sekarang isihati cikgu pulak..tahniah ibuintan.
as salam ibu..seronoknya..pasti gelagat mereka membuat kita terhibur kan...itulah kelebihan guru berbanding mereka kjer pejabat mcm saya nie huhuhuh
As'salammualaikum ibu..
wah mesti seronok kan tengok gelagat dowang...anyway selamat memulakan tugas sebagai pendidik ibu..
wahhhhh.. semangatnyer cikgu! pengalaman last yr hantar anak masuk tadika 5yr, baru nak hantar masuk kelas, anak sudah halau maknyer keluar.. aiyooo.. bagus anakku!hahahhaha!
skolah sejengkal je dr rmh.. mmg clear dgr sore bebudak.. sronok
Dah boleh jadi cikgu besar dah ni....23 tahun tu!
salam..
di sekolah saya alhamdulillah..tak ada apa masalah..:)
alhamdulillah kak long..sonang hati camtu kan
kak wan,,
sesekali curah perasaan hehehe..
mualaikumsalam Shah...itulah yang menghiburkannya... tapi dalam tu ada juga tekanan dari sekelilingnya
trima kasih Amy... demi bangsa dan negara
hahaha Hotmama...itu yang terbaik...lincah dan cerdas tu serta bijak
maiyah..sempadan pagar aje ke, dapatlah kebisingannya sekali
ckLah....hehehe memang dah besar pun..badan je
sekamar rindu... hari ni pun alhamdulillah takde masalah
hehe...mcm2 pangai ada...kan...ekeke
salam ibuintan..he he..lucu pulak..baca cite ibuintan kali ni..
nasib la..akak dulu tak pernah buat cam ni..lepas kan aje..tak tengok2 dah..
esoknya tanya cik gu je..tu pun masa tadika..
dah tahun satu tak ada apa dah..
salam
saya hari ni kepenatan sikit,macam biasalah bernoaga buku dan pakaian ..then masuk kelas, kemas kelas bersepah..kelas dah start, hari ni ada 4 waktu
macam2 perangai anak dan mak bila hari pertama camni, biasalah tu..
kak erna,
tu anak yang berani untung mak abahnya tak ada masalah, takut dapek yg buek hal yg payah ni..
iman.
tu lah kitakan, semua kita kena buat, yang dah besar panjang pun cikgu juga yg tolong kemaskan apalagi yang mentah hijau ni..lagilah semua cikgunya yg buat
berehat sepuasnya kumpul tenaga untuk esok pulak
Selamat kembali mengajar ya cikgu! ^^
Catat Ulasan