Sudah kembali normal, semua kerja sampingan dan kerja perkeranian telah hampir siap. Semua aktiviti jualan kedai buku telah hampir selesai, sedang mengutip bayaran dari setiap guru kelas. Tarikh akhir penyerahan duit dari setiap guru kelas ialah pada hari Jumaat. Memang amat meletihkan menguruskan sebuah kedai buku dan dalam masa yang sama menguruskan kelas (sebagai guru kelas) serta masuk ke kelas untuk mengajar.
Selain itu juga menulis dan melengkapkan buku jadual kedatangan murid. Sudah hampir beres cuma terganggu oleh beberapa orang murid yang tidak lengkap data dirinya, tiada salinan surat beranak.
Juga dalam proses melengkapkan buku ringkasan mengajar, disebabkan tahun ini berlaku perubahan dari KBSR ke KSSR, maka terpaksa usaha sendiri mencari dan mendapatkan rancangan tahunan dan huraian sukatan yang baru. Nasib baik jumpa di internet, terus cetak, terdapat 64 halaman semuanya, untuk rancangan tahunan saja. Huraian sukatan belum lagi. Boleh kering dakwat pencetak..
Tengok dek sibuknya, dalam dah bertulis tapi nama sendiripun tak bertulis lagi di muka depannya. Hujung minggu ni ngadap benda ni saja lah, bereskan cepat , cepat siap cepat dapat berbw. Nanti tak siap 'on time' mesti kena tegur,... berfb ada masa... berblog ada masa...berbw ada masa... blablablabla....
Satu hari mengajar enam masa sahaja, tidak termasuk masa ganti. Ganti guru yang tidak hadir, minggu pertama saja sudah ada guru yang cuti sakit dan cuti rehat. Cuti rehat sebab menghantar anak melapor diri ke sekolah SBP tingkatan satu atau tingkatan empat di sekolah teknik dan vokasional. Cuti sakit sebab sakitlah kot.
//Sudah masuk tahun ke 23 berkhidmat sebagai guru, nampak banyak beza guru keluaran dulu dan sekarang. Guru keluaran terbaru nampaknya lebih memilih, nak yang ini tak hendak yang itu, suka yang ini tak suka yang itu... jadi mana yang suka dan hendak saja yang diterima. Guru-guru keluaran seangkatan ibuintan rasanya menerima semua yang diserahkan, tiada bantahan dan rungutan. Yang tidak tahu belajar, yang tidak paham bertanya, terima dan mencuba, akhirnya yang susah menjadi senang dan yang tidak tahu menjadi mahir.
Wallahhuaklam.
18 ulasan:
kt tmpt sy pn mcm tu jugak... masa sy report duty dlu sy kategori yg sama ibuintan... yg masuk skrg... malas nk ckp, alasan diorang junior utk cover sikap MALAS
salam...
slamat kembali ke tugas rutin.....
ibuintan..mana2 pun samakan..yang baru2 kerja tak sama dengan yang dulu..
salam Ibu
Kami ada tiga minggu untuk siapkan buku latihan mengajar.tahun ni lega sikit dah tak pegang kelas..kalau tak haish, maleh nak kutip yuran
ibu iman,
trima kasih sudi singgah, salam kenal..
tu lah perasan jugak, mereka yg baru masuk ni banyak juga alasannya..
semua ikut opsyen sendiri, tak boleh terkeluar sikit dr bidang mereka, kalau zaman ibu dulu terima semua kecuali subjek kritikal macam agama atau bi
nza,
terima kasih dik
kak erna,
betul lah, mereka lebih manja kot
Iman,
ibu x berpeluang tak pegang kelas, bayangkan duit yg ibu pegang, duit kedai buku dan yuran murid sekaligus, no choice nak ngelak
assalamualaikum kak...
bth lah kak bukan guru je semua profesion pun mcm tu sebab zaman sekarang ini di warisi oleh jenarasi yg mendapat sesuatu dgn mudah jadi nilai jati diri semakin merosot...hendak cari seorang yg sggup berkorban apa sahaja untuk negarada bangsa di kalangan generasi baru ni ibarat mencari sebutir permata di lautan
assalamualaikum ibu..benar itu, walau sy bukan guru tp sy lihat golongan guru yang muda sangat manja..sangat memilih utk buat kerja perkeranian..konon bukan tugas mereka..harap mrk berubah huhuhuhh
azlina,
setuju sangat, kekadang rasa kecewa juga kenapa mereka bersikap begitu sedangkan semuanya lulusan pengajian tinggi berbanding kami dulu yang hanya lulusan maktab
mungkinkah benar, ini bukan profesion pilihan mereka?
mualaikumsalam shah,
mereka manja dan terlampau berkira mungkin, semangat rela berkorban makin jauh dari diri mereka
ye..semoga mereka berubah demi kebaikan profesion mereka juga
salam..
ibu saya tag
http://sekamarrindu2009.blogspot.com/2011/01/best-follower-award-dari-mappiau.html
hrmmm...letih juga rupanya jadi guru ni yer..
Itulah dia, kalau takde cikgu maka takde lah profesor, doktor, lawyer dan semuanya lah.
semoga sukses selalu
tq SR,
ibu terima tag itu
tq zoul,
memang meletihkan mental dan fizikal
semuanya bermula dari sekolah
Assalamualaikum.
Bukan mudah nak memohon menjadi guru sekarang sebenarnya. Kena bersaing dengan lebih 60 ribu pemohon lain dan setelah tapisan MTest, kurang dari 10 ribu yang akan ditemuduga. Yang terpilih masuki IPG pula kurang dari 5 ribu orang sahaja.
Ini membayangkan kepada kita bahawa yang terpilih itu adalah yang terbaik. Persoalannya mengapa yang terbaik ini berlagak sombong dengan memilih apa yang mereka suka dan banyak membantah arahan guru besar atau pengetua.
Kerajaan cuba nak memartabatkan profesion keguruan pada tempat sewajarnya, termasuk memperkenalkan PISMP dan KPLI dengan DG41 di sekolah rendah.
Kalau sikap guru baharu terus-terusan begini, nampaknya susahlah nak martabatkan profesion ini.
Sekadar melontarkan pandangan. Saya bersetuju dengan pendapat ibu, walau pada hakikatnya tak semua macam itu. Kerana nila setitik...
TQ
assalamualaikum ibuintan
tugas perkeranian
dan tugas2 lain disambut dengan
senyuman,
keletah anak2 didik,
penghibur jua.
rutin yang kembali
rutin yang mewarna
melakar pelbagai episod
suka duka menjadi guru
kan tersimpan kemas
dalam memori
23 tahun bukanlah masa yang singkat
sudah tentu ramai insan yang telah berjaya, di luar sana,
hasil asuhan akak,
terima kasih atas baktimu...
Catat Ulasan