Followers

Isnin, 10 Januari 2011

Gulai telur itik tidak pecah.

Petang tadi masak gulai telur itik dicampur dengan bacang muda. Kalau di Negeri Sembilan, bahan yang hanyir seperti telur dan ikan selalunya  dicampur dengan bahan yang berasa masam sedikit.  Contohnya telur itik  dan ikan selalu dicampur dengan bacang muda, mangga muda, daun pucuk gelugur, buah gelugur atau belimbing buluh.  Telur itik dan ikan yang dimasak dengan bahan campuran yang berasa masam ini akan menghilangkan bau hanyirnya serta rasanya menjadi lebih sedap dan tajam.


Di dalam entri semalam , Mira ada bertanya tentang cara memasak telur itik supaya tidak pecah.  Memang ada masanya kalau tidak kena caranya telur itik yang digulai akan hancur dan berketul-ketul.  Ini menyebabkan rupanya tidak cantik. Ibuintan masak hanya berdasarkan pengalaman menolong dan melihat emak memasak saja.  Sambil menolong sambil belajar.  Pesan emak juga, jangan bubuh garam sebelum telur menjadi keras.

Seperti biasa, wajib tumbuk cili api dan kunyit hidup, tumbuk hingga hancur bijinya sekali (lumat) ...bukan blender tau.. kalau emak dulu pantang besar baginya gulai lemak cili api dimasukkan bawang merah, bawang merah akan menyebabkan gulai menjadi manis.  Selepas cili api dan kunyit hancur, masukkan ke dalam kuali bersama santan, jerang di atas api yang perlahan.  Sambil itu santan hendaklah dikacau selalu supaya tidak berketul atau pecah minyak. 



Bila santan mendidih masukkan telur sebiji demi sebiji.  Telur mestilah dipecahkan dulu di dalam bekas.


 Bila telur telah dimasukkan, santan perlu juga dikacau dengan perlahan. 

 Bacang muda yang telah dicincang dan direndam di dalam air garam (supaya masamnya berkurangan).


Bila telur telah keras, baru dimasukkan bahan campuran seperti bacang muda. Masa ini  baru boleh ditambah garam.  Masak sehingga bacang lembut dan gulai telah terbit minyak.



Jika tidak suka bahan yang masam boleh juga dicampur dengan pucuk ubi yang disimpulkan atau daun kunyit yang diracik halus.  Namun mesti juga di bubuh asam keping atau sedikit perahan air limau kasturi untuk menghilangkan bau hanyir telur.

 //  Pernah sekali semasa duduk menyewa dengan seorang rakan sebelum berkahwin, gulai telur yang dimasak menjadi ala bubur sebab semua telur pecah dan hancur, semuanya kerana  telur dimasukkan sekali dengan santan dan garam.




15 ulasan:

IMANSHAH berkata...[Reply]

Salam

Saya sngt suka makan gulai ikan itik..selalu lunch jumaat kat masjid negeri smeta2 nak makan telur itik gulai lemak!! walawei

Abd Razak berkata...[Reply]

Assalamualaikum...

Belum pernah saya merasa masakan gulai telur itik ni...dan tak pernah lagi jumpa orang masak masakan ini di sini...

ckLah@xiiinam berkata...[Reply]

Wah....belum pernah makan gulai telur itik campur buah ni. Sedapnya...Slurrrp!

Insan Marhaen berkata...[Reply]

IM juga suka makan telur yang dipecah ke dalam gulai ketika masak berbanding telur yang direbus dulu kemudian dimasukkan ke dalam gulai..

Zaitun berkata...[Reply]

Gulai lemak cili api telur itik memang kegemaran,makan selau pun takpe.

kakcik berkata...[Reply]

Kakcik pula kalau masak gulai, suka sangat letak bawang. Macam tak lengkap kalau tak ada bawang. :)

sal berkata...[Reply]

assalamualaikum..
klu gulai lemak tu makan dgn sambal belacan dan nasi panas, boleh tambah 2 pinggan..selera

The Red Rambutan berkata...[Reply]

Sedapnya gulai tu. Kecur airliur.
Balik rumah nanti, nak buat macam nilah...he he he tak lah, minta isteri kita buat he he he

azieazah berkata...[Reply]

Kak Azie pun pernah cuba, ada yang pecah ada yang nasib baik tak pecah. Tapi kita guna telur ayam sbb tak ramai yg minat telur itik (and susah lak nak cari).

Skrang kalu nak makan, saya kena beli telur itik di pasar malam ler nampaknya.

Benar, Gulai Lemak Cili Padi manaleh campur bawang, spoil ler rasa aslinya.

Terimakasih petua.

hOtMaMa berkata...[Reply]

humangaiii.. sodap tu kak!! saya baru masak last week.. mmg terbaek la gulai tolo itik neh..haha!

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu..sy suka masak lemak telur itik nie..inilah masakan spesel org nogori kan..huhuhhu..dah terbayang keenakannya...

obat jerawat herbal berkata...[Reply]

mksih infox gan.

Tanpa Nama berkata...[Reply]

Petua lagi satu yg saya penah buat kalau x nak telur pecah dalam kuah gulai tu...pecahkan dalam mangkuk ,panaskan air sampai menggelegak lepas tu masukkan telur td.angkat dan masuk dalam gulai.pecahkan satu2 telur tu tau.

Apai'S berkata...[Reply]

@kakcik

kalau masak lemak ORIGINAL NOGHORI...mmg tak guna bawang kak cik....itu selalu membezakan masak lemak org luar atau perantauan dgn org noghori.... ;-)

Bali Tour berkata...[Reply]

Terima kasih atas resipe nya
nanti saya nak coba masak :)