Followers

Isnin, 3 Januari 2011

Menyambut lagi untuk kali yang ke 23.

Sesi persekolahan 2011 bermula.  Bermulanya sesi kali ini bermakna inilah kali ke 23 bakal menyambut anak-anak tahun satu, anak-anak yang penuh keceriaan, keterujaan dan keseronokkan untuk menempuh alam baru, alam persekolahan yang ditunggu-tunggu.

Namun dalam keseronokkan dan keterujaan mereka, terselit juga satu dua jiwa yang amat tersentuh, amat takut, amat ngeri dengan alam persekolahan baru yang ditempuhi.  Mereka inilah yang akan memberi warna kepada situasi hari pertama.  Samada menangis sepuashati atau masih menyorok disebalik ibubapanya. Mereka sebenarnya takut dengan cerita yang digembar gemburkan oleh abang dan kakak.

Biasanya bila telah mesra kala ditanya mereka akan memberikan jawapan... lambat balik rumah, banyak kerja rumah, cikgu garang, kena bangun awal, tak pandai baca dan tak kurang juga takut hantu.  Macam-macam alasan mereka kala ditanya 'mengapa menangis'.

Reaksi dan ketidakpercayaan ibubapa juga adakalanya menimbulkan kegelisahan di hati anak-anak yang sememangnya telah sedia resah.  Kelas tahun satu biasanya di tingkat paling bawah, segelintir ibubapa yang tidak percayakan anak-anak , asyik tertinjau-tinjau dan terjonggok-jonggok melalui tingkap.  Tidak pun asyik lalu lalang saja di luar kelas anak-anak mereka.

Ada juga terdapat ibubapa yang pengalaman pertama menghantar anak sulung mereka yang baru masuk sekolah, mungkin sebab terlalu teruja atau risau atau kesian atau anak terlalu manja, masih sempat memanggil dan mengucapkan  'baby, jangan nangis tau, ibu ada kat luar'.... padahal anak kat dalam kelas, relak dan takde apa-apa pun, riang cergas saja tapi ibu pulak yang lebih-lebih...rasanya ibu yang nak menangis kat luar kelas.


Tak kurang juga, ada ibu yang duduk terconggok sama di belakang kelas, nak kata anaknya menangis atau takut ....tak pula, duduklah si ibu lagak nazir ,...ibu yang begini selalunya lambat memberi anaknya berdikari, beri kertas untuk diwarna..ibu yang tolong sama, beri beberapa soalan sebagai tanda suaikenal ada juga ibu yang tolong jawapkan... kekadang situasi ini menimbulkan kerimasan juga kepada guru... paham-pahamlah ibu ye!

Pengalaman mengajar anak-anak tahun satu adalah merupakan pengalaman terindah. Pernah juga mengajar kelas tahap dua tapi kepuasannya amat dirasai bila mengajar tahun satu.. Rasa dekat sangat dengan mereka.  Datang dalam keadaan amat suci dan naif, amat seronok melihat perkembangan mereka hari demi hari, perubahan yang amat ketara di setengah tahun kemudiannya.  Biasanya  pertengahan tahun  akan dikenalpasti  anak-anak yang cerdas dan kurang cerdas, sekiranya masih terdapat yang lambat membaca dari sinilah bermulanya latihan intensif unuk mereka yang lambat ini.

Setakat ini, alhamdulillah sehingga habis tahun satu, di akhir tahun, tiada kes tegar yang tidak celik huruf, kalau ada pun seorang dua yang masih lemah dalam bacaan, dan perlu terus dirujuk ke kelas pemulihan di tahun dua.

//selamat datang anak-anak tahun satu ku

23 ulasan:

kak long berkata...[Reply]

alhamdulillah...
pengalaman kaklong mengahantar anak darjah 1,mereka tak pernah menangis...selesai berurusan dengan cikgu..kaklong terus balik...!

kak wan berkata...[Reply]

Wah...selalu dengar isihati ibubapa sekarang isihati cikgu pulak..tahniah ibuintan.

sahromnasrudin berkata...[Reply]

as salam ibu..seronoknya..pasti gelagat mereka membuat kita terhibur kan...itulah kelebihan guru berbanding mereka kjer pejabat mcm saya nie huhuhuh

Kak Amy berkata...[Reply]

As'salammualaikum ibu..

wah mesti seronok kan tengok gelagat dowang...anyway selamat memulakan tugas sebagai pendidik ibu..

hOtMaMa berkata...[Reply]

wahhhhh.. semangatnyer cikgu! pengalaman last yr hantar anak masuk tadika 5yr, baru nak hantar masuk kelas, anak sudah halau maknyer keluar.. aiyooo.. bagus anakku!hahahhaha!

Maiyah berkata...[Reply]

skolah sejengkal je dr rmh.. mmg clear dgr sore bebudak.. sronok

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Dah boleh jadi cikgu besar dah ni....23 tahun tu!

sekamar rindu berkata...[Reply]

salam..

di sekolah saya alhamdulillah..tak ada apa masalah..:)

ibuintan berkata...[Reply]

alhamdulillah kak long..sonang hati camtu kan

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan,,

sesekali curah perasaan hehehe..

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Shah...itulah yang menghiburkannya... tapi dalam tu ada juga tekanan dari sekelilingnya

ibuintan berkata...[Reply]

trima kasih Amy... demi bangsa dan negara

ibuintan berkata...[Reply]

hahaha Hotmama...itu yang terbaik...lincah dan cerdas tu serta bijak

ibuintan berkata...[Reply]

maiyah..sempadan pagar aje ke, dapatlah kebisingannya sekali

ibuintan berkata...[Reply]

ckLah....hehehe memang dah besar pun..badan je

ibuintan berkata...[Reply]

sekamar rindu... hari ni pun alhamdulillah takde masalah

Mario berkata...[Reply]

hehe...mcm2 pangai ada...kan...ekeke

Acik Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan..he he..lucu pulak..baca cite ibuintan kali ni..
nasib la..akak dulu tak pernah buat cam ni..lepas kan aje..tak tengok2 dah..
esoknya tanya cik gu je..tu pun masa tadika..
dah tahun satu tak ada apa dah..

IMANSHAH berkata...[Reply]

salam

saya hari ni kepenatan sikit,macam biasalah bernoaga buku dan pakaian ..then masuk kelas, kemas kelas bersepah..kelas dah start, hari ni ada 4 waktu

ibuintan berkata...[Reply]

macam2 perangai anak dan mak bila hari pertama camni, biasalah tu..

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,

tu anak yang berani untung mak abahnya tak ada masalah, takut dapek yg buek hal yg payah ni..

ibuintan berkata...[Reply]

iman.

tu lah kitakan, semua kita kena buat, yang dah besar panjang pun cikgu juga yg tolong kemaskan apalagi yang mentah hijau ni..lagilah semua cikgunya yg buat

berehat sepuasnya kumpul tenaga untuk esok pulak

Jamal Ali berkata...[Reply]

Selamat kembali mengajar ya cikgu! ^^