Followers

Selasa, 11 Januari 2011

Alahai..anak bapak!






Alahai, sedihnya Asraf... kejap-kejap menangis,..... abah mana?         ,

kejap-kejap menangis lagi...... kakak mana?


dah masuk minggu ke dua, hibanya macamtu juga........


dari mula sampai ke sekolah hingga waktu balik, ............ hiba memanjang

48 ulasan:

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum...ala..cedihnya dia kne tinggal dgn bapak dia..mesti jenuh ibu pujuk dia kan

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Dia tak pernah masuk tadika ke dulu?

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Mcmana nak belajar kalau asyik hiba mcm tu. Nasib baik dpt cikgu yg sabar mcm ibuintan. Kalau calang2 cikgu dah kena penampar huhuhu

kakcik berkata...[Reply]

Tak mengapa - dia akan berubah juga. Kena sabar sikit je. InsyaAllah. :)

azlina berkata...[Reply]

assalamualaikum.....

harap aleya tak macam tu nanti risau juga sebab masa tadika lain kekadang anak2 yg tadika pun akan menangis bila masuk darjah satu kerna merasa terkejut dgn sek yg agk besar,anak2 murid yg ramai...selalunya anak bongsu le macam tu...aleya kan yg bongsu...he..he..
nasib baik dpt cikgu penyabar mcm cikgu akk ni...kalau dari sampai hingga time balik duk menangis ni bukan sikit2 kesabaran yg akk perlu...minggu kedua dah mcm mana nk mulakan pembelajaran kan kalau mcm tu..

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam shah,


itulah ruponya setiap hari, dari hari pertama hingga kini..

bercucuran airmata sentiasa, osah anak bapak, asyik bertanya abahnya di mana, ke mana , bila nak datang?

ibuintan berkata...[Reply]

YB,,

masuk tadika Kemas, tapi entahlah ikut suka hatinya juga, banyak cuti kot dari ke tadika

ibuintan berkata...[Reply]

Yb,

memang terganggu aktivti pelajarannya, nak suruh buat apa pun menangis juga, manja terlebih gayanya

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik,

betul tu selalunya akan berubah, ambik masa jugalah

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam ina,

harapnya aleya tak macamtu..

cikgunya okey lagi, masih banyak guna pujukan, tapi kakaknya yang di tahun dua sudah boring, kakaknya dah selalu naik angin melayannya

walaupun menangis tapi dia tak mengganggu murid lain, ada kes ditahun2 lepas lagi susah... tak dapat dipujuk, menjerit-jerit dan meronta2 bila dipegang

Amy Syaquena berkata...[Reply]

Alahai sianya dia..mungkin tak biasa lagi kot nanti ok la tue..

Pn Kartini berkata...[Reply]

Salam My dear sis IbuIntan:)

Alahai..kesian lak adik asraf ...
INsYaAllah....simpton hiba haru biru di awal2 jekkk...bila dah ada kawan InsyaAllah...:):)

kak Erna berkata...[Reply]

ibuintan..akak pulak ikut sedih tengok gambar dia tu..sayu je..sian dia..

azieazah berkata...[Reply]

Budak-budak tidak semua sama. Ada yang yakin dan semangat, ada yang gementar.

Karenah tak sama. Persekitaran akan membantu mereka menjadi berani.

zul permatang badak berkata...[Reply]

..ada bakat untuk berlakon babak sedih...bolih bawa watak sedih..real sedih...dan lama2 merenung saya juga jadi sedih....ya...Belajar rajin2 dik....

Citarasa Rinduan berkata...[Reply]

salam..
itulah senario diawal persekolahan,..kalau seminggu okeylah lagi
dah jalan 2 minggu..adoiiii

maiyah berkata...[Reply]

alaaa sian dia.. cembeng huhuu, anak sy lak ligat bukan main :)

IMANSHAH berkata...[Reply]

Salam Ibu, seronokkan melayan karenah budak2 tu..jegil mata sikit supaya tak menangis..hehe

Sham berkata...[Reply]

ala ala mucuk mucuk...nasik baik dapat cikgu macam ibu, kalau saya ni mati akal dibuatnya...

kak wan berkata...[Reply]

Ala siannya...nasib bukan kakwan yg jadi cikgu dia..silap - silap kakwan pun sedih sama.

Zaitun berkata...[Reply]

Ciannya... sedih sangat. Mungkin anak manja jarang kena tinggalkan.

Sasa Al-Sharif berkata...[Reply]

mesti tak penah masuk prasekolah ni. tp teringat pulak aku masa kecik dulu. sedih aja. nasib baik ada abg

Cempakamelati berkata...[Reply]

Ala siannya...lama-lama nanti okla tu..tak nangis dah bila dah ramai kawan.

Kakzakie berkata...[Reply]

Salam ibuintan,

Asyraf sayang.... ibu dan abah dah risau tu sayang.....Tapi auntie tahu tak lama lagi ok la Asyraf kan......

Jangan risau ibuintan bila dah main-main dgn kawan2 ok jadinya....

anie,Nagoya berkata...[Reply]

ingat ms mula2 msuk tadika.mak pesan jgn nangis.kita tak nangis takut mak marah.tapi eran jg le.nape kwn2 nangis.sbb bkn nak kene pukul pun.dtg nak beljar.tp lbh bermain.hihihihi...

kak long berkata...[Reply]

cikgu dah ambik gambar pun nak nangih,
osah eh la anak abah ni....
anak bongsu ko ni?

azzey berkata...[Reply]

ibuintan: alahai. siannya dia....

kakpah berkata...[Reply]

alahai sodeh e. dah duo minggu dah ni nak oi..

ibuintan berkata...[Reply]

Amy,


harapnya camtu lah..pagi tadi di sekolah pun menangis juga lagi

ibuintan berkata...[Reply]

my dear Tinie,

memang dia ngadu kawan tak nak berkawan dengan dia... tapi tak ada budak yang tak hendak berkawan dengannya, cuma dia saja yang rasa camtu

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,

tu lah memang sayu dan hiba sangat...
asraf budak yang baik namun manja sangat

ibuintan berkata...[Reply]

azieazah,

tak tahulah kenapa, bukan tak ada rakan sekelasnya yang sama dengannya di tadika dulu, malah rakan sesama bermain di rumah pun ada... menurut kata kakaknya dari rumah dia okey saja

ibuintan berkata...[Reply]

Zul,


iye ke berbakat budak tu... jadi pelakon airmatalah ye, tentu ramai penonton yang menangis sama kan

ibuintan berkata...[Reply]

Ayu Citarasa,

harap tak berlanjutanlah sampai ke sebulan pula, ada yang lepas-lepas makan masa juga sampai bulan tiga ..baru okey

ibuintan berkata...[Reply]

Maiyah,

cembeng... hehehe tepat, anak maiyah sebab rumahnya pun sebelah sekolah juga kan, tu yang jadi ligat terus

ibuintan berkata...[Reply]

Iman,

ko suruh jegil...alamat makin lebat turunnya hujan tu

ni makin dipujuk pun makin hiba, apalagi mata cikgunya terjegil, sah esok tak datang ke sekolah

ibuintan berkata...[Reply]

sham,

entah2 lagi hebat memujuk, belajar melalui pengalaman..

ibuintan berkata...[Reply]

hahahaha... kak wan, maunya menangis sama ye, banjir nanti

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,

manjakan diri sendiri kot, tapi memangpun dia manja, anak bongsu

ibuintan berkata...[Reply]

sasa,

terimbau pengalaman lama ke, mesti menangis juga dulu tu..

biasa anak lelaki meragam di awal persekolahan macam ni, mereka tak setabah anak perempuan..

ini fakta bukan auta tu

ibuintan berkata...[Reply]

cempaka,

harapnya macamtu dan kakaknya juga dapat belajar dengan aman

ibuintan berkata...[Reply]

kakzakie,

saya tak risau, memang dah biasa dan lali dengan semua tu.. ada yang lepas lagi teruk pun ada, makin dipujuk makin menjadi, main sepak terajang pun ada

ibuintan berkata...[Reply]

anie,

tulah sebab kot, masa di tadika lebih bermain, ni dah masuk sekolah betul takut nak belajar pula.. tapi belum belajar sangat pun lagi.. masih dalam Program Transisi

ibuintan berkata...[Reply]

kak long,

iyo anak bongsu... sambil mengangguk izinkan ambik gambar sambil nangis juga..

ibuintan berkata...[Reply]

azzey,

iyo sedih benar, hiba amek-amek

ibuintan berkata...[Reply]

kak pah,

iyo dah duo minggu, tak diheran ye doh, totap hibo yo pagi tadi..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

lama betul sedihnya tu kak..

biasanya anak manja aje macam tu.

sayangsayangibu berkata...[Reply]

kesianlah
tp muko comel yo...walaupun nagis camtu kan?