Followers

Isnin, 31 Januari 2011

Kakcik, terimalah karangan ku ini.


Khas untuk Kakcik , di  http://kakciknurseroja.blogspot.com/.... saya sahut seruan kakcik di hujung-hujung masa yang diperuntukkan. Berdasarkan kata kunci  di bawah:

                                                                            
                      

Pada suatu petang, dalam hujan lebat yang masih turun dengan mencurah-curahnya di luar rumah,  Ibuintan terasa amat lapar.  Ibuintan masih terasa lapar walaupun baru satu jam tadi makan tengahari.  Tiba-tiba Ibuintan teringatkan kuih talam ubi yang selalu dibuat oleh emak dulu.  Seakan-akan terasa kesedapan dan terbau aroma wangi daun pisang dan ubi yang menusuk hidung.


Ibuintan pun mula ke dapur.  Hasrat hati berkobar-kobar untuk membuat kuih talam ubi tersebut.  Malangnya TEPUNG TALAM tiada dalam simpanan, sudah kehabisan stok.  Ibuintan  dengan berat hatinya berjalan ke kedai runcit di hujung kampung.  Berjalan dengan berlenggang kangkung sambil mengangan-angankan kesedapan kuih talam.

Tiba-tiba dengan tidak disangka-sangka, muncul seorang abang Bangla tersenyum tersipu-sipu lalu menegur Ibuintan.  Ibuintan pun buat muka bodoh sombong sebab abang Bangla tu tidak sehensem Shah Rukh Khan.  Apalagi abang Bangla itu pun mula membuat GANGGUAN SEKSUAL.  Abang Bangla itu cuba menarik-narik tangan Ibuintan dengan beraninya.  Ibuintan pun rasa amat takut dan cuba untuk menjerit. Namun dengan tidak disangka-sangka, abang Bangla itu terus melutut sambil mengeluarkan sebentuk cincin berbatu PERMATA Intan yang tersangat cantik.

Oh tidak,  Ibuintan tidak boleh menerimanya.  Ibuintan telah pun bersuami.  Ibuintan pun segera menelefon abahintan  dan memintanya datang dengan segera supaya abang Bangla ini dapat dikembirikan.  Abahintan pula tidak tahu MAKNA KEMBIRI, maka terpaksa pula Ibuintan menjelaskannya dengan panjang lebar.


Selesai saja memberi penerangan kepada abahintan, abang Bangla itu telah pun tiada.  Abang Bangla itu rasa takut agaknya bila Ibuintan juga ada menyebut HALWA MASKAT, mungkin dia merasakan yang halwa maskat itu ialah alat untuk mengkembirikannya.  Nasib baik Ibuintan teringatkan halwa maskat sebab Ibuintan tahu melalui blog KAKCIK SEROJA, kakcik selalu kata halwa maskat itu  sangat sedap rasanya  sebab itu Ibuintan meminta abahintan membelinya di Kedai Mamak Azeez.

Sampai saja di kedai runcit, sekali lagi Ibuintan terkejut.  Rasa hendak pengsan pun ada.  Ibuintan amat terkejut melihat tauke kedai runcit itu memakai PAKAIAN UNTUK MENDAKI.  Pakai baju macam itu hendak mendaki apa, bukit di sini rendah saja, hendak mendaki gunung hanya ada Gunung Angsi di Taman Ulu Bendul tetapi sekarang musim hujan aktiviti mendaki dihentikan buat sementara waktu.

Tiba-tiba si tauke kedai buat satu kejutan lagi, dia dengan selamba mendeklamasikan  satu SAJAK ULANG TAHUN KELAHIRAN, entah untuk siapa tidak tahulah. Hendak dikata untuk Ibuintan tidak mungkin sebab ulang tahun kelahiran Ibuintan telah berlalu.  Pelik sungguh Ibuintan melihatnya tambahan pula si tauke kedai dengan tiba-tiba dari mendeklamasikan sajak terus pula bertukar menjad ZOMBI KAMPUNG PISANG.  Dari bertudung cantik telah bertukar ke rambut yang mengerbang.  Macam hantu Kak Limah balik rumah pun ada juga.


Akhirnya Ibuintan membatalkan saja hasrat untuk membeli tepung talam itu. Tambahan pula di rumah juga tiada ubi, pokok ubi telah habis disondol oleh babi hutan.  Jadi untuk menunaikan hajat  makan talam, Ibuintan telah menukarkannya kepada talam jagung saja.  Ibuintan pun terus menelefon abahintan semula, memintanya membelikan sebungkus tepung talam, jagung dan gula anau.  Ibuintan bercadang hendak  memasak kuih talam itu pada keesokan pagi.  JIKA TERDENGAR  SUARA AZAN BERGEMA SAYUP MENJELANG PAGI esok, insyaallah Ibuintan akan bangun dengan segera.  Selepas solat subuh Ibuintan akan memulakan operasi memasak talam yang diideakan oleh Kakcik Seroja.


//kakcik idea last minit ni.. boleh tak



24 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Terima kasih Ibu Intan kerana akhirnya turut serta. Ada pun ilham. :)

Kakcik dah letak link ini kat sana. :)

al-lavendari berkata...[Reply]

makin kuranglah peluang saya untuk memang ! hehe

ikan emas berkata...[Reply]

tiba-tiba teringat kuih tepung talam..

nampaknya kakchik kena bagi banyak hadiah.

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu..
hebat la kakcik..sambutan kontestnya sgt baik..tahniah..tunggu kontest ibu plak ya

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik,

ilham last minit sebab hujan pun bawak ilham sama... ada peluang tak?

ibuintan berkata...[Reply]

Tn Haji,

mano tau ado joki kan...

ibuintan berkata...[Reply]

ikan emas,


setuju jugak, kakcik beri lebih adiah .... hadiah sebab ilham merepek tu...

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Shah,

tu lah ilham merepek muncul di saat akhir kontest, tunggu lah pikir dulu nak buat kontest apa..

ahmad humairi berkata...[Reply]

Assalamualaikum,

Tahniah!, ibuintan hebat!!

Makin tipis peluang saya nampaknya.

Kak Amy berkata...[Reply]

As'salammualaikum ibu..

wah hebatnya ibu tahniah ye..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Best kak !

saya tekun membacanya.


nampaknya saya tak sempatlah nak join... takde idealah kak..

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu humairi,

idea last minit, biasa-biasa saja... merapu je tu..

tercabar ke?

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Amy,

hehehe.... saja mencuba, dapat ilham pulak secara tiba-tiba, memberi sokongan pada idea kakcik

ibuintan berkata...[Reply]

Reen,

dah beberapa hari nak mencuba tapi tak berkesempatan, lastnya malam nanti.. reen boleh juga cuba tu

sekamar rindu berkata...[Reply]

salam..

terima kasih atas teguran ibu..saya akan jadikan panduan..

tq,,

blog ibu memang ada dalam list saya..

List yang 1.

ibuintan berkata...[Reply]

SR,

tabahkan hati, jangan kecil hati dengan apa orang lain kata... yang penting SR tak buat salah

Unknown berkata...[Reply]

ibu intan..ewah..bab mengarangmu...terbaik

kalau gini lah..rasanya ibu menang nie

all the best

ibuintan berkata...[Reply]

Amin.. kot ade rezeki, Ayu sesaja suka tu, ilham tiba2 datang bersama curahan hujan awal pagi tadi

IMANSHAH berkata...[Reply]

wahaha berlawan kita..hehe..

sesama meriahkan segmen kakcik

Cempakamelati berkata...[Reply]

Ok juga karangan ni.

sud@is berkata...[Reply]

hebatnya karangan ibuintan....

ibundo berkata...[Reply]

dah lama tak makan tepung talam ni. Dah habih ko haha..

Zaitun berkata...[Reply]

Sedapnya tepung talam,kalau buat kat rumah tak ramai peminat.

Sham berkata...[Reply]

best of luck to ibu intan...