Followers

Khamis, 20 Januari 2011

Cuti-cuti.... kerja pembersihan kawasan rumah

Hari ni cuti Thaipusam.  Selepas solat subuh terus masuk dapur.  Buat sarapan ringkas.  Nasi goreng kampung dan goreng cekodok nasi.  Dua-dua menu berasaskan nasi.  Cekodok nasi yang lembut dan gebu.


Selepas bersarapan terus ke halaman.  Sejak sekolah dibuka semula, hanya sempat menyapu kawasan halaman dan sekeliling rumah di waktu cuti hujung minggu saja.  Bila dah beberapa hari  tidak disapu, dedaun kering sudah mula menyakitkan pandangan mata, bertaburan di halaman.  Di jalan naik di hadapan rumah juga  dipenuhi dengan daun-daun cempedak kering.  Kelihatan kawasan rumah macam rumah tinggal dan tidak berpenghuni.  Takpun nampak macam tuan rumahnya sangat pemalas.


Sebab dah terbiasa dari kecil, kawasan rumah mesti bersapu, memang tak senang hati bila melihat sampah dan dedaun kering memenuhi kawasan laman.  Begitu juga kawasan sekitar rumah orkid telah mula dinaiki rumput-rumput liar. Disebabkan sebelum ini musim hujan, rumput-rumput liar senang tumbuh dan sangat subur pula....


Selepas menyapu, membakar daun-daun kering, membaja pokok-pokok bunga serta orkid serta mengganti dan menambah air kolam ikan Si Debab, untuk menghilangkan kepenatan, snap beberapa kembangan orkid yang sentiasa kembang silih berganti....



                                  Kembangan orkid yang semerbak wangi.

 Pic yang  kurang jelas, dibawah terik sinaran mentari pagi menggunakan kamera hp cap kapak.

//nak ke rumah mak dan pak mertua pula, sudah dua minggu tidak pergi menjenguk... apa khabar agaknya kedua mereka?


22 ulasan:

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..sama la kita..kalau tak cuti..tak dapat nak membuat pembersihan..ala kadar jr..
bila dah cuti..baru la ber ia sikit kan..
nak tunggu seminggu..habuk pun tebal kemain..

Mohamad berkata...[Reply]

Selamat bercuti.. kami berkerja hari ini. Taipusam tidak dimasukkan sebagai cuti umum di sarawak...

kak long berkata...[Reply]

bawak apo poie umah mentuo kak?
mesti menu best2 tu kan?

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Salam ibuintan,

Bestnya lihat bunga-bunga orkid berkembang, nampak subur. Suka kakak lihat....

anie,Nagoya berkata...[Reply]

aya...ari ni cuti ya?aishiiii...

nnt g umah ibuintan bleh kebas 1 munga orked tu.hihihihi...jgn sorok2.guwau je....pndi ibuintan jg bunga orked.mak kitanya bunga orked tak pnh tgk bunganya...

nak tnya. hp cap kapak tu jenis cam ne?nak tahu...mcm2 le ibuintan ni

Asri Alam berkata...[Reply]

cool la jenama hp ibuintan. mana nak dapat hp cap kapak tu?

IMANSHAH berkata...[Reply]

cuti kali ni saya bersilat di dapur..hehe masak untuk anak2 30 org

Zaitun berkata...[Reply]

Kak Zai pun selalu buat cucur bawang campur nasi,lembut sangat amik recepi dari Hana Memories.

Cantik orkidnya...Kak Zai sukaaa...

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,

betul tu, hari cuti nilah kita baru dapat membuat semuanya... kerja mengemas dan membersih rumah

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu Mohamad,

kami diberi cuti sejak dulu lagi

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong,

bawak gulai ikan parang yo, lauk feberet mereka

ibuintan berkata...[Reply]

kakzakie,

bunga2 yang itu memang sentiasa berbunga, selalu berbunga,.. itu yg memberi semangat untuk lebih menjaganya

ibuintan berkata...[Reply]

anie,

hahaha... kat sana ada jual hp cap kapak ni tak... saja sesuka tuka namanya, kok tau dek tuannya mau kena saman agaknya

ibuintan berkata...[Reply]

sasa,

hanya aku yang tahu

ibuintan berkata...[Reply]

wah, hebat...belanja makan apa hari ni, jangan nasi ngan budu saja sudahla...

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,

saya selalu buat cekodok nasi tu, sebab ianya tidak liat bila sejuk.. boleh letak macam2 dalamnya

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Hari ni pun cklah ubah kabinet dan sofa. Lepas tu....melepek rasa mcam nak bukak puasa. Hehe..

Bob Merley berkata...[Reply]

lawa la bunga orkid tu!

Cempakamelati berkata...[Reply]

Tak pernah lagi makan cekodok nasi...sedap agaknya. Duduk kat rumah yang luas dan banyak pokok-pokok memang menenangkan. Selamat membersihkan keliling rumah!!

lady lavender berkata...[Reply]

canttikknya orkid...kita pun minat sgt tanam bunga tapi kat sini terpaksalah hold dulu hobi tuu.
p/s: first time dgr cekodok nasi :-)

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu..kje pembersihan cenggini mmg weekend je la buat..maklumla, dua2 kerja kan..ehhh..dekat ke uma mertua ibu dgn uma ibu????

hentian berkata...[Reply]

lam rumah IM cuma ada pokok hijau yang tak berbunga.

sejak ibu_suri sakit, dah jadi macam hutam simpanan jer..