Followers

Jumaat, 21 Januari 2011

Jangkitan virus daripada atuk.

Semalam balik ke rumah mak dan abah mertua.  Sudah dua minggu tidak balik menjenguknya.  Hanya bertanya khabar melalui telefon sahaja.  Semalam cuti perayaan Thaipusam..

Balik ke rumah mak mertua pada pukul sebelas setengah pagi.  Tak jauh pun , lebih kurang 15 km saja, masih dalam daerah K. Pilah juga.  Balik selepas masak lauk ikan parang kegemaran mereka.  Kalau ikan laut, mak mertua hanya makan ikan parang sementara kalau  ikan air tawar pula, hanya makan ikan lampam sungai saja.


Setibanya di rumah mak mertua, abah mertua sedang berbaring.  Semasa bersalaman,  abah memberitahu dia tidak sihat.... 'demam selsema dan batuk', katanya.

Melihat kami sekeluarga  balik, abah mertua cuba berlagak sihat, duduk berbual bersama.  Disuruh baring, dia enggan.  "dah sihat" katanya.  Namun kata mak mertua pula, sejak pagi lagi abah hanya berbaring saja di tempat tidurnya.  tuala ditangannya asyik mengesat hingusnya yang meleleh keluar.  Kerapkali abah mertua membasuh tuala kecilnya.  Diberi ubat batuk dan selsema.. tidak dimakannya, liat juga makan ubat rupanya,... kata mak mertua "degil"

Selepas makan tengahari, abahintan paksa juga makan ubat. "Malam nantilah" katanya, tetap liat.  Emak selalu ngadu, abah memang liat makan ubat, ubat darah tingginya juga tidak terusik, hanya makan ubat bila kepalanya terlalu pening saja.  Serba salah anak-anaknya jadinya, nak cakap lebih-lebih takut lain pula jadinya.


Bila menantu pula tegur, abah hanya senyum meleret saja.  Menantu pun takut juga nak cakap lebih-lebih, takut dikata menantu hantu pula.......  tapi risau juga kalau darah tingginya mendadak naik.



Selepas solat Asar, kami bergerak balik ke rumah. Dalam perjalanan balik, rupanya virus selsema abah mertua mengikut balik sama.  Dalam kereta lagi, hidung  abahintan dan Azim sudah menghabiskan berhelai-helai tisu untuk menyapu hingus mereka yang datang tiba-tiba.  Virus selsema abah dah berjangkit kepada anak dan cucunya.  Intan sempat kata "hebatnya virus atuk", sekejapan berjangkit kepada mangsa yang baru.


Azim masih lagi selsema, siang tadi dia dicutikan  ke sekolah, takut selsemanya  bertukar kepada asma.  Sejak petang tadi pun, nafasnya agak tersekat-sekat dan dadanya berombak agak kencang.  Nasib baik ubat asmanya sentiasa ada dalam simpanan.  Moga ianya tidak berlarutan.

//demam juga bermusim, disekolah hampir setiap kelas ada murid yang tidak hadir kerana demam


22 ulasan:

sekamar rindu berkata...[Reply]

salam....


pertamanya saya doakan semoga ayah mertua ibuintan cepat sembuh..

kuala pilah kat mana?

IMANSHAH berkata...[Reply]

lepas ni sukan, berpanas di padang, pasti ramai lagi yg demam

nadz berkata...[Reply]

Assallamualaikum ibuintan,

Cepatnya virus selsema tu merebak..
tentu resah saja kita kalau kena selsema..semuga cepat sembuh hendaknya

azieazah berkata...[Reply]

Moga semuanya segera sembuh. Kena banyak rehat..

Hmmm sama gak macam Sekamar Rindu, nak tanya Kuala Pilah di sebelah mana?

Azie selalu balik Jemapoh jer.

Cempakamelati berkata...[Reply]

Moga abah mertua dan keluarga ibuintan cepat sembuh dari selsema.

azlina berkata...[Reply]

assalamualaikum ibuintan....

yealah kak sekarang ni memang musim demam...rakan2 tadika aleya pun ramai yg demam...semuga semua yg tidak sihat tu akan segera sembuh..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

musim sekarang ni kak...
Semoga semuanya cepat sembuh.

tiga-tiga anak saya tu pun asyik meleleh aje hingusnya minggu ni..

kasihibu berkata...[Reply]

salam ibuintan
harap semua cepat cembuh, hebat juga serangan selsema nih..sya pun tak boleh dekat dgn org yg kena selsema, kalau dah diorang terbersin2 tu, haruslah sya pun terkena jugak.

hentian berkata...[Reply]

jangkitan dari atuk takpa. atuk kena jampi la..

ibuintan berkata...[Reply]

salam SR,

alhamdulillah abahintan dan okey, cuma azim malam tadi kena juga dihantar ke hospital untuk sedut gas.. namun sekarang dah nampak makin lega

akak di Tanjung Ipoh 5km sebelum kuala pilah, rumah mak mertua pula di kg kepis selepas Senaling

ibuintan berkata...[Reply]

Iman,

betul tu, sekolah ibu bulan April ni sukan.. lagi berpanas lagi ramai yang demam

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Nadz,

selsema memang cepat berjangkitnya, tu yang takut sangat kalau Azim yang kena... mesti semput sebab dia ada asma

ibuintan berkata...[Reply]

Azie,

hari ni Azim tak bersekolah ganti, pagi tadi pukul tiga tadi pergi ke wad kecemasan minta sedut gas... sekarang nampak dah lega

akak di Tanjung Ipoh 5km sebelum kuala pilah, rumah mak mertua pula di kg kepis selepas Senaling

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih Chempaka,

mudah-mudahan cepat sembuhnya dan tidak pula berjangkit pada yang lain

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih Ina,

tadi sekolah ganti pun ramai juga yang tidak hadir, masih ramai yang demam

ibuintan berkata...[Reply]

reen,

mungkin sebab cuaca yang sering berganti panas dan hujan menyebabkan virus ni cepat merebaknya

moga anak-anak reen juga cepat sembuhnya

ibuintan berkata...[Reply]

sya,

tu lah cepat saja berjangkitnya, akak kalau kena selsema ni mesti lambat juga keringnya, kepala pun pening sangat

ibuintan berkata...[Reply]

Im,


atuknya tak pandai jampi, makan ubat sepital je

Zaitun berkata...[Reply]

Moga semuanya cepat sembuh.

Bibu berkata...[Reply]

hahahaha.....menantu hantu?!...tak pe.kalo menantu hantu utk kebaikan org tua tu jg.btul le.kang lbh2 lain yg dianggap....

leps ni ibuintan kena pasang perisai le kalo tak mo kene virus

haaacccuuuuu....

sal berkata...[Reply]

musim demam sekarang...ramai kengkawan yang diserang virus..termasuklah anak kak sal juga,

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..anak balik sekolah tadi pun tidur je..dah jangkit virus jugak rasanya tu..