Followers

Ahad, 30 Januari 2011

Hujan yang berterusan, peniaga senyum kelat.

Sudah beberapa hari hujan turun berterusan sepanjang hari.  Sejak subuh tadi hujan turun, agak lebat juga. Masih berterusan turun.

Baru balik dari pekan Ahad @ pasar minggu Tanjung Ipoh.  Sarapan pagi di sana bersama abahintan, makan roti canai sekeping sorang.  Orang tidak ramai, rasanya ramai lagi penjual daripada pembeli,  tidak mjungkin masih awal  sebab sudah hampir pukul sepuluh semasa di sana tadi.


Hanya  penjual ikan, daging segar, ayam dan sayur-sayuran saja yang berjualan.  Sementara peniaga kain, baju dan seluar bundle, barangan plastik dan bukan peniaga barangan makanan tidak mengeluarkan barangan mereka.  Mereka tidak mahu mengambil risiko barangan mereka basah dan rosak agaknya.


Melihat keadaan sekiranya berterusan begitu, terasa kesian pada peniaga yang kesemuanya Melayu, barang jualan terutama sayur-sayuran kampung belum terusik langsung, ramai yang termenung menunggu pelanggan sambil tersenyum agak kelat bila ditegur sapa saja tanpa membeli barang jualan mereka.

Ibuintan hanya membeli ikan sepat sungai, pucuk pegaga, kangkung air, cili api, telur itik serta tempoyak.  Juga ikan lampam jawa untuk mak mertua.



Semalam masak rendang ayam dengan pucuk maman.  Masih ada berbaki.  Jadi tadi beli tiga potong lemang. Beli lemang yang di jual oleh bekas bos, bekas guru besar yang telah pencen dan kini mengisi masa pencen dengan menolong isterinya menjual kuih-muih dan lemang.  Sepotong lemang berharga RM1.50. sedap lemangnya.  Beli juga sedikit rendang daging.



Rendang ayam kampong campur sayur maman, sayur maman hanya dicampur sedikit saja sebab rasanya agak pahit, anak-anak kurang suka.

//lebih kesian lagi kepada penoreh getah, hanya senyum  mendengar harga lantun melantun naik, tapi rezeki mereka tidak masuk







42 ulasan:

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Salam ibuintan,

Kat KL pun hujan dari pagi tadi.

Memang kesian tengok org yg berniaga tapi tak ramai pembeli. Begitulah nasib dan rezeki org berniaga ni. Kadang2 tu nak balik modal pun tak lepas.

Yunus Badawi berkata...[Reply]

ibuintan sekeluarga suka makan ikan sungai ya? Kat rumah ni kebanyakan tak suka ikan darat ini. Ada takde, ikan keli bolehlah juga jalan. Yang lain tu kirim salam aje huhuhu

IMANSHAH berkata...[Reply]

nama ah ada Ipoh, tapi ada tanjung kat depan..sah2 bukan kat Ipoh

ibuintan berkata...[Reply]

salam YB,

rezeki peniaga kan yang tidak menentu, tapi memang kesian sangat, kurang sangat pembelinya sedangkan sayur-sayur mereka masih banyak... rasanya memang susah nak dapatkan modal balik, ni hujan masih turun lagi

ibuintan berkata...[Reply]

YB,

ikan sungai anak-anak pun suka, tapi yang dibela dalam kolam tidak ada peminat kecuali ikan keli itupun anak2 saja yang suka..

ikan sungai ni rasa isinya manis bila digulai dan tidak hanyir tapi kena sabar dengan tulangnya, kalau yang kecil digoreng garing saja..

ibuintan berkata...[Reply]

Iman,


memang sah bukan kat ipoh, kat sini ada tanjung tapi entah mana tanjungnya tak tahu la pula..

Hamizah berkata...[Reply]

kesian,kan?harga brg pon semakn naik xturun2

sal berkata...[Reply]

rendang dan lemang tu mengingatkan kita pd waktu raya..sedap

Zaitun berkata...[Reply]

Kasihan kan kalau berniaga tak ada orang beli terutamanya yang jual air dan makanan langsung tak berusik.

Tijah berkata...[Reply]

uishhh. sbn ni lomang rm2 sepotong tu.

kak long berkata...[Reply]

rondang ayam+maman...sodap tu kak...
nak laie kok ayam kampung!

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Teringat pulak mertua di kampung. Mesti tak menoreh jugak.


Nasib baik ada pencen dan alaun lain.


Rendang ayam maman kak? maman tu memang saya tak boleh telanlah kak. Pergi rumah kawan di Felda Pasir Besar & Gemencheh dulu selalu mak dorang sediakan..Jenuh saya nak telan.. hehehe..

sud@is berkata...[Reply]

pasar malam pasar tani
makanan dan hasil kampung memang fresh......
tapi kalau hujan nak singgah pun fikir 2x....

kasihibu berkata...[Reply]

sodap tu ayam campur maman
kat sini pun hujan dari pagi sampai sekarang

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

...simpati kepada mangsa banjir dan yang keputusan rezeki kerana hujan, meski hujan yang berpanjangan.

su berkata...[Reply]

salam kenal :)

white rose berkata...[Reply]

ibu,
sy tak penah dengar masak rendang campur sayur maman...

ibu orang mana?
tanjung ipoh kat mana tuh ek?

yg sy tau maman tu buat jeruk je, pastu makan dengan ikan rebus...

Admin P@P berkata...[Reply]

Assalamualaikum.
Hujan. Musim tengkujuh sekarang nie.
Moga ada hikmahnya.

TQ

Sham berkata...[Reply]

kami berkenduri dalam hujan hari ini...

hentian berkata...[Reply]

yang tak kelat senyumnya ialah sayur yang belum dituai dan ikan yang belum dipukat.

satu lagi... kalau dikampung IM, yang paling seronok ialah itik serati...

Asri Alam berkata...[Reply]

hujan tak henti2.. tadi ibu sasa kata harga ikan laut dah naik sebab hujan

Cempakamelati berkata...[Reply]

Memang kesian pada peniaga pada masa musim hujan ni. Yang menjual barang makanan dan minuman, mungkin banyak yang dibuang.

anie,Nagoya berkata...[Reply]

nak lomanggggg.....den kempunan ni.

kat sini sayur, ikan akan mahal sbb cuaca.daging, ayam beli kat kedai halal.dah sememangnya mahal.aduhhhhh.....sakit dompet bila tgk arge mahal...

ibuintan berkata...[Reply]

mizah,

memang kesian sangat, mereka juga beli sayur tersebut dari orang tengah

ibuintan berkata...[Reply]

sal,

kat sini sentiasa ada jual lemang, tepi jalan laluan Seremban ke kuala pilah banyak gerai jual lemang serta rendang sekali

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,

semalam ada juga yang jual air dan kuih muih, memang kurang pembeli... kalau tak habis memang rugi lah, puas makan sendiri

ibuintan berkata...[Reply]

Tijah,

sini masih rm1.50 sepotong tu, kalau sebatang tengok panjang lemang lah... paling murah rm6

ibuintan berkata...[Reply]

kak long,

ayam kampong sumo dah habis kono sampa, dah mati, baru festime juga buat rendang dengan mamam ni kalau dgn pegaga selalu

ibuintan berkata...[Reply]

Reen,

rendang maman ni memang lauk org Felda Pasir Besar dan Gemencheh, akak pun belajar dr org Gemencheh juga... kat sini kalau rendang dengan pegaga saja

ibuintan berkata...[Reply]

ud @is,

pagi ni hujan masih berterusan juga lagi ni, sejuk sejak semalam mencengkam sekali

ibuintan berkata...[Reply]

sya,


memang semalam seharian hingga ke malam, sekarang pun masih hujan

ibuintan berkata...[Reply]

ckLah,

memang kesian terutama yang bergantung rezeki pada berjualan begini dan menoreh getah, bagi penoreh langsung tertutup rezeki mereka

ibuintan berkata...[Reply]

salam kenal su, terima kasih sudi singgah,, jemput datang lagi

ibuintan berkata...[Reply]

white rose,

tak pernah dengar ye? maman ni masakan feberet orang kawasan Gemencheh

ibu tinggal di Kuala Pilah, N.S, maman ni rasanya pahit sikit kalau masak rendang ayam boleh dicampur sikit dengan sayur maman ni

buat rendang maman saja pun boleh juga cuma dicampur dengan ikan bilis, perah dulu maman dengan garam sebelum dimasak supaya pahitnya hilang

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Lai,

hujan moga membawa rahmat, ada tempat dah mula banjir, tapi tempat saya jarang banjir sebab kawasan tanah tinggi sikit

ibuintan berkata...[Reply]

Sham...

kenduri dalam hujan memang menyukarkan kan.. serba tak selesa jadinya

ibuintan berkata...[Reply]

Im,

itik serati dan segala macam itik mesti suka sangat, puas main air... beraya sakan mereka.. sang itiklah, tuannya pulak menung panjang

ibuintan berkata...[Reply]

sasa,

semua naik bukan ikan laut saja... pergi kedai rm50 pun dapat entah apa-apa... untuk sekali makan saja

ikan kembung pun dah rm22 skarang

ibuintan berkata...[Reply]

chempaka,

kalau tak habis komfom lah mereka rugi dan banyak yang terpaksa dibazirkan, bila hujan memang ramai yg malas nak keluar... yang benar2 terpaksa saja yg sanggup meredah hujan dan sejuk tu

cabaran buat mereka

ibuintan berkata...[Reply]

anie,


hahaha sana lomang takdo jual ko?

agaknya kalau ada mesti lomang pun mahal kan, orang Jopun makan lomang tak?

Tanpa Nama berkata...[Reply]

hebatlah

Yusof berkata...[Reply]

Salam..

Saya nak tumpang wat promosi ckit...
Ayam pencen utk di jual... Bulan puasa dah tak lama lg bulan depan ajee... Raya pun dh nk dekat..

Nak ayam pencen boleh contact saya ye..

Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi beri laluan..