Followers

Jumaat, 28 Januari 2011

Kalau dah sejuk, kencing dalam seluar pun tak sedar!.

Sejak lepas subuh, hujan turun.  Ke sekolah pun dalam hujan juga.  Disekolah pun hujan berterusan sehingga pukul sepuluh.  Berhenti sekejap.  Namun turun semula sehingga habis waktu persekolahan.


Sejak lepas rehat berada dalam kelas tahun 2 Arif.  Semasa semua murid sedang membuat latihan bertulis, selang 20  minit sebelum loceng akhir, tiba-tiba seorang budak sibuk mengadu, Danial kencing dalam seluar.


Alahai.... apa lah ni.  Danial senyum sumbing.  Kala ditanya,' kenapa kencing dalam seluar?

'Sejuk cikgu, tak perasan kencing keluar"

Ayolah haiiiii... kecut sangat ke burungnya agaknya,.. sampai kencing pun tak sedar..


"Kamu nak ganti seluar tak?

'Tak payah cikgu, dah nak balik" jawabnya selamba.


Pandai pulak dia bawak diri, pergi buat kerja di meja kosong di belakang kelas, tanpa kerusi...  menulis sambil berdiri..

//nasib baik dah nak balik, kalau tidak hancing satu kelas.


32 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Kesian Danial... sampai tak sedar terkencimg dalam seluar.

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..sape la nak kena cuci kelas tu ye..kot tak cuci..hancing jugak tu..
cobaan cik gu..

Zaitun berkata...[Reply]

Dah buat salah pandai pula bawa diri.

Cempakamelati berkata...[Reply]

Macam-macam kerenah budak sekolah rendah ni. Gurulah harus banyak bersabar melayani kerenah mereka. besarnya jasa guru ni. Saya sayang semua guru-guru saya.

Asri Alam berkata...[Reply]

ada jgk kes tak terasa. mcm org khattan tradisional la tu. kena mandi sejuk ibarat nak bius la tu agaknya

azieazah berkata...[Reply]

Betullah, budak kecil ni memang jujur dan tulus.

dia jawab jer apa yang dia rasa.. Selamba. tak bohong.

kasihibu berkata...[Reply]

kesian danial..

sal berkata...[Reply]

terasa penat klu terjumpa kes2 camni ya..

kak long berkata...[Reply]

sibaik dapek cikgu macam ibuintan,
kalau kaklong ilang sabar dah tu..!

hahahah...!!!!

IMANSHAH berkata...[Reply]

ibuke tukang basuh burung??wahaha

anak2 kan

white rose berkata...[Reply]

laaa...siannye kan...
kat sekolah sy selalu terjadi mcm tu...
ramai cikgu2 tak sanggup nak basuhkan...

hentian berkata...[Reply]

teringat kawan IM masa sekolah rendah dulu, kencing dalam seluar..he..he..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Kesian Daniel.


minta2 dalam bas dia tak diejek..

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik... tu lah sedar2 dah meleleh sampai ke kasut, nasib baik dah nak balik

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna... nasib baik cuti seminggu lepas ni.. ilanglah bau tu nanti

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai.. danial budak yang baik, tu lah pandai bawak diri sendiri

ibuintan berkata...[Reply]

chempaka.. ingatlah guru yang pernah mengajar kita dulu, doakan mereka..

ibuintan berkata...[Reply]

sasa... agaknya camtu lah, dah sejuk dah rasa kebas kot... walahuaklam

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Masa tingkatan 1, kawan sebelah meja kelas ckLah terkencing sebab takut nak minta keluar dari cikgu Sains yang garang. Kebetulan, sebelum tu kami belajar buat 3 jenis jus dalam kelas Sains Rumah Tangga dan dipaksa minum jus masing-masing....kesian dia.

ibuintan berkata...[Reply]

azie,

bebudak jarang sangat kita jumpa yg suka berbohong, biasanya jawapannya jujur dan tulus..

ibuintan berkata...[Reply]

sya,

memang kesian, anak terbiar juga tu.. tinggal dengan uwan, mak bapak dah bawa hal masing2, tak tahu ke mana

ibuintan berkata...[Reply]

sal,

kekadang letih juga tapi jarang2 berlaku

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong, cammana nak ilang sabar lak, dia pun bukan sengaja.. tu nasib baik kencing, buatnya yang lagi satu tu..

ibuintan berkata...[Reply]

iman,

taklah burungnya dia basuh sendiri, tau malu tu...

ibuintan berkata...[Reply]

white rose,


kita minta dia basuh sendiri, baju dan seluar memang sentiasa ada stand-by kalau2 jadi kes camni

ibuintan berkata...[Reply]

Im, dulu2 ada kes kencing dalam seluar sebab takut cikgu... cikgunya garang

ibuintan berkata...[Reply]

reen,


dia dijemput oleh datuknya, naik moto

ibuintan berkata...[Reply]

hehehe...ckLah, nasib baik bukan ckLah... dulu memang ada macamtu, adik saya pun pernah kencing dalam seluar sebab takut cikgu juga

tapi cikgu sekarang tak garang kan... kan ckLah kan...

Mohamad berkata...[Reply]

Bukan budak sekolah rendah je yang pandai kencing dalam seluar.. pelajar sekolah menengah pun ada.. Tahan punya tahan terlepas juga... ragam budak sekolah.

Biasanya masa Tahun Baru memang musim hujan. Barangkali banyak naga yang jahat2 kot...

ibuintan berkata...[Reply]

kencing mana boleh tahan cikgu kan, boleh datangkan penyakit juga..

kat sini dah lima hari hujan turun, ni pun masih turun lagi sejak pukul lima subuh tadi... tu nak basuh naga biar jahatnya kurang..

Tanpa Nama berkata...[Reply]

Yup...ms tingkatan 5 pun pernah jugak... ms akhir dh sblm balik... last terpaksa kencing je dlm seluar...mujur xde sape perasan ms tu...sekolah dlu pelik skit pelajar form 4&5 pn kna pakai seluar & kain mcm sekolah rendah...klu terkencing pn xnampak sgt seluar/kain basah...

siti berkata...[Reply]

Dulu ms sekolah rendah..darjah 6..pernah sekali terkencing dalam kain... jadi segan nk mintak dgn cikgu ms tu...mmg dh tak tahan sgt dh last2 kencing je dlm kain..byk plak tu aku kencing smpai mengalir ke belakang.... sekolah menengah pn pernah jugak... ms tu mmg sengaja thn kencing..bila ms akhir semua dh blik aku selak baju dan kencing je dlm kain kt tempat duduk aku tu...br lah rasa lega sikit....