Followers
Isnin, 29 November 2010
Uban... keluarlah lagi .. ada ku kesah.
Kita senyum dulu:
Suatu hari seorang kanak-kanak berusia lingkungan enam tahun- terkejut melihat ada beberapa helai uban di celah-celah rambut ibunya.
Dalam keadaan hairan "Mak... kenapa ada uban atas kepala mak"
Jawab emaknya : "Memanglah begitu... setiap kali anak-anak melukakan hati emaknya, sehelai rambut emak akan berubah warna menjadi putih. Kalau rambut emak banyak yang putih, itu tandanya kamu banyak melawan cakap emak selama ini."
Kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa itu berkerut-kerut mukanya memikirkan sesuatu.
Dia kemudian bersuara perlahan : "Kalau macam tu, emak lagi banyak melawan cakap nenek"
//emak nak kenakan anak sebaliknya emak yang terkena - salah siapa
Pagi semalam ke SMKA Pedas, menjenguk Along yang masih belum bercuti kerana masih menduduki peperiksaan SPM. Semasa sedang makan bersama sambil berbual-bual., abahnya menegur kerana ternampak beberapa helai uban di atas kepala Along. Perasan rambut Along telah mulai beruban sejak dia di tingkatan 3 lagi, ada tumbuh sehelai dua, dicabut kemudian tumbuh lagi.
Semalam abahnya tegur "kenapa Along tak cabut?" sebab dah nampak banyak sikit.
Jawab Along selamba sambil menyuap nasi ke dalam mulut, "Sayang nak cabut, ustaz kata cahaya di akhirat esok".
Semua diam sambil terus makan. Along kemudian menambah," ibu dan abah pun jangan cabut uban tu, biar putih semua, nanti uban itu boleh tolong kita di akhirat, sehelai uban boleh menolong menghapuskan satu dosa kecil" katanya lagi.
Memang ibuintan sendiri pun dah banyak ditumbuhi uban begitu juga abahnya. Namun ibuintan memang tidak pernah mencabutnya sejak tumbuh, reda saja menerimanya, orang lain bukan tahupun , hari-hari pakai tudung, biarlah uban-uban tu tumbuh. Menginaikan uban pun tidak pernah sekali dibuat.
Pernah juga seorang kakak ipar mengajak menginaikan rambut bersamanya. Kakak ipar yang seorang ini memang suka menginaikan rambut, merah menyala jadinya.... bila dah putih semula ... inai lagi begitulah berulang-ulang. Rasanya tak perlulah mengubah fitrahnya, putih uban biarlah ianya kekal begitu..
///Yang penting abahintan tak komplen sebab hanya dia yang berhak melihatnya.
Antara info yang dapat digugel tentang uban :
1) . Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan Nabi bersabda:
Janganlah kamu mencabut rambut putih, kerana akan menjadi nur pada hari kiamat, Barangsiapa yang bertambah tua dalam islam dan memiliki rambut yang putih, maka Allah akan mencatit untuknya satu kebaikkan untuk setiap rambut. Menghapuskan satu dosa untuknya dan menaikan baginya satu darjat. (Riwayat Ibnu Hiban)
2). Telah diriwayatkan bahwa orang pertama yang beruban ialah Nabi Ibrahim a.s. Ketika beliau melihat rambut putih itu beliau bertanya: "Wahai Tuhanku, apa ini?".
Allah menjawab: " Ini (tanda) kewibawaan."
Berkata Ibrahim: "Tuhanku, tambahkanlah itu bagiku!"
Berkata Al-Khatib Ibnu Nutabah: "Sesungguhnya uban itu laksana perbatasan hidup yang tak dapat disekat, kerosakannya tidak dapat diperbaiki oleh zaman. Ia adalah cahaya yang muncul bersama dengan surutnya nafas seseorang, yang akan memimpin seseorang ke tempat longgokan tulang-belulang. Oleh kerana itu semoga Allah merahmatimu, jangan membakar cahaya ubanmu dengan api-api dosamu!
3). Fakta sains pula ..dr wikipedia
Rambut boleh kehilangan warna kerana kekurangan melanin iaitu bahan pewarna semulajadi yang terdapat di dalam badan yang juga dikenali sebagai pigmen.
Apabila usia semakin meningkat, penghasilan pigmen dalam folikel rambut semakin menurun dan mungkin akan berhenti membekalkan bahan perwarna dan menyebabkan rambut menjadi putih atau beruban.
Bagaimanapun seluruh rambut tidak akan beruban dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa 10 hingga 20 tahun. Waktu seluruh rambut akan beruban bergantung kepada tempoh jam biologi masing-masing.
//takde salahnya beruban...rambut mahkota untuk wanita, namun wanita muslimah wajib menutup rambutnya dengan bertudung..... ramai lelaki lagi macho bila beruban dan bila rambut putih keseluruhannya......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
25 ulasan:
Salam ibuintan...
ada orang kata, uban menyebabkan kulit kepala jadi gatal - betul ke? Kakcik pun dah banyak uban, tapi rasanya kulit kepala gatal kerana kelemumur - bukan kutu! :)
Uban itu peringatan...(bagi yg berusia mcm ckLah ni lah)
perengaan yg atas tu mcm ponah kaklong donga yo maso kekocik marin..hahaha...!
kaklong ado yo uban...tak leh nampak mesti nk cabut..!
gata yo tangan ni..hehehe..
Salam Kak,
terima kasih buat Along. tak amik tau pun pasal ni sebelum ni.
saya pun dah ada selai-dua..
suami ada jugak tapi depan (setompok aje).. faktor keturunan. pelik tapi betul..
salam kakcik,
ada juga yg kata begitu,, gatal kepala sebab uban tp saya dah banyak juga uban tapi taklah gatal pulak.. tu sebab tak kisah nak cabut uban2 tu..
ckLah,
samalah kita, dah banyak usia juga..
betul tu peringatan yang usia makin banyak, dan semoga dengan memandang banyaknya uban tu kita sedar diri, kita berusaha untuk menambah amal dan ibadat kepadaNya
kak long,
simpan2lah sikit, jangan habih bona dicabut... buek konangan
reen,
tu lah Along mengingatkan semalam..
memang beruban pun ada faktor keturunan jugakan, mak mertua walau dah berumur 60 lebih masih kurang beruban kalah menantu
salam ibu...saya lum beruban tapi rambut dah botak dah...huhuhhhu...tapi orang kata macho gak biler berbotak nie hehehehehhe
aku dah beruban jugak tapi peduli ja. dah mau jadi otai agaknya. hehe
hehe..cikmoon selalu cabutkan uban mak.. cik moon geram tgk uban kat kepala mak..yg pendek2 tu..geram je tgk.. haha
shah,
botak pun menawan hahaha... jimat masa takyah sikat dan syampoo
sasa,
uban tak semestinya tuk otai2 je..
tak tau juga knapa org skarang cepat tumbuh uban, contohnya si Along tu.. umar 15 th dah tumbuh ubannya.. budak lagi tu
cik moon,
memang akak dulu pun slalu juga cabut uban mak.. tapi kata orang kalau dicabut tu yg gatal kepala tu..
salam..
kepala amy nie selalu gatal , nak kata ada uban x de bersih je owang kata resdung, tapi x tau la btl ke x
Ramai budak muda masa ni yang dah beruban.Kak Zai rasa minyak rambut dan shampoo pun ada kena mengena sebab cepat beruban.
amy..
ada juga orang kata gitu, sebab resdung boleh juga gatal2 kepala wlaupun takde uban dan kelemumur..
betul lah agaknye kak zai,.. sering tukar shampoo dan minyak rambut mungkin juga penyebabnya, tak sesuai dengan rambut kita..
salam ibu
alahai imanshah pun dah tumbuih uban..dah dekat2 lah tu kan, dah satu pertiga hidup..(kalau panjang usia)
salam ibuintan..akak juga cepat beruban..umur masuk 30 dah mula..cuma tak cepat putih semuanya..masih banyak yang hitam..dulu akak ingat..bila cepat beruban..cepat semuanya putih..rupanya tidak..
salam iman,
uban tak menentukan dekat atau jauh lagi perjalanan kita... kita tak tahu tu..
yg pasti ianya sebagai peringatan kpd kita supaya lebih mendekatkan diri kepadaNya
kak erna,
samalah kita jenis cepat beruban.. tapi taklah dah memutih semua, baru suku je... masih banyak lagi yg hitam
salam kak...
trm ksh sdi berkongsi info....
salam :)
saya nak tekan butang 'like' :D
Berapa helai uban tu? Kakak pun beruban juga dulu dan bila dapat nasihat kawan doktor, ia tak tumbuh lagi. Email kepada mimi1983@yahoo.com ye.
Catat Ulasan