Tadi ke blog reen , terbaca komen IM yang rasa kenyang bila ke blog kaum ibu di hari-hari cuti seperti ini.. Maaflah IM kalau terganggu lak. Memang tak dapat kami nak lari dari rutin wajib tersebut.
Malam tadi dalam cadangannya nak membuat yang ini tetapi pagi tadi tukar plan pula sebab tak cukup syarat. Selepas dihancurkan sardin dan digaul bersama hirisan bawang dan cili besar, terfikir untuk membuat karipap roti.
Roti yang telah dibuang kulit sekelilingnya dibubuh isi sardin dan dilipat dua. Kemudian bahagian tepi keliling roti ditekap dengan garfu, tujuannya supaya tidak terbuka semasa digoreng. Goreng dengan minyak yang sedikit dan api yang perlahan. Ranggup di makan semasa panas.. Anak-anak suka, sekejap habis sebundle roti sekali hadap.
Lepas ni bersilat lagi didapur, masak sup tulang lembu pula untuk tengah hari. Abahintan dah beli tulang dan sedikit daging lembu di pasar minggu tadi. Nak masak juga gulai tempoyak, terliur nengok lauk kak erna semalam.
18 ulasan:
hat ni IM selalu makan di kantin ofis. sampai merungut perut IM; ente tak ada lain mau kasi masuk dalam perut. balik-balik karipap, mee kari, sandwich goreng, biskut tiger...
tu je yang ada...
kalau dah time2 cuti ni kaum ibu memang kojo eh besilat kek dapo..
dari colik mato..samapi la nak tido kang...ado yo bondo yang nak digodek eh.....
Salam ibuintan...
Nampak sedap nih...ley la kita buat sama... thx k timbulkan idea dekat kita, kadang tak tau nak buat apa ngan roti yang banyak berlebih.. kita selalu tangguh2 nak godek2 wat kueh, at-last expired roti tu sume.. dah membazir..
salam ibu..ibu biasa tak masak sambal jawa???
hahaha sabar je lah wahai perut si IM... dah tuan mu suka yang tu tu, hadap je la..
entah IM ni cubalah makan lemang pula masa sarapan pagi tu..
kak long, memang sah dapur tompek feberet kaum ibu, suko tak suko masuk yo la..
tu lah.. selalu jgak buat cam ni, tapi sedap masa panas, garing dan rapuh kalau dah sejuk, ia liat sikit.. anak-anak suka makan
salam shah..
hai ibu bukan orang Jawa, nama je ada iras jawa...
tak pernah dan tak tau pun.. sambal gesek orang negeri terer lah
Salam Kak,
Cuba akak gelekkan roti tu dengan penggelek pastu gulung.
Sodap gak.Cantik yo..
salam, tadi saya sarapan nasi dagang..sedap btul
Cantik...mesti sedap tu!
:D
salam ibuintan,
Saya balik ke sekolah petang ini dibekalkan isteri dengan cucur udang... sebagai alas perut malam ini.
Kalau cuti ramai yang masak macam2 tapi kak Zai pula mesti makan kat luar sebab hari biasa kak Zai dah penat masak.
reen.. next time cubo lak, trima kasih beri cadangan
iman,
kat sini sarapan tak jumpa nasi dagang, nasi dagang jumpa time pasar malam je...
cklah.. sedap la kot sebab kejap je habis kena rembat, tak pun sebab memasing kelaparan...
cikgu mohamad,
demi tugas kan... itu lah sayang si isteri, suami tetap dibekalkan apa yang patut
bestnye kak zai,
camtu la kan, time ni kak zai pulak cuti..... cayalah
Catat Ulasan