Setiap kali selepas hujan, terutama hujan malam, suasana dingin memang amat dirasai, walaupun sejuk pada mulanya namun semasa mandi badan terasa amat segar dan kesejukkan air terus hilang. Rasa puas mandi.
Teringat semasa kecil, semasa di darjah satu, bila cikgu tanya 'apa cita-cita' tidak pernah memberi cita-cita untuk menjadi cikgu, semata-mata dengan alasan taknak bangun awal pagi dan mandi pagi. Masa itu bangun awal pagi hanya kerana hendak ke sekolah, benci sangat kena bangun pukul 6 pagi.
Semasa kecil rasanya air paip lagi sejuk dari sekarang. Tapi rasanya tidak pernah tidak mandi pagi pula, walau sesejuk mana mesti mandi, tetap mandi walau pun hanya dua tiga cebuk saja. Air dingin dari logi air Taman Ulu Bendul.
Hujan turun sebaik sampai di rumah dari menghadiri kenduri kesyukuran di rumah jiran. Hujan yang lebat dengan guruh dan petir, memang tidak mengizinkan sama sekali untuk melayan tv dan melayari internet. Dan seperti komen pedas Intan,
'ibu, nasib baik hujan lebat, kalau tak, tak siaplah baju raya ustazah Normah ni'
dan komennya itu merujuk juga kepada sepasang baju kurungnya yang masih belum siap.
Hahaha... betul kata Intan dan memang nasib baik hujan petang semalam, menjelang pukul sebelas malam, tiga kurung Ustazah Normah telah siap dijahit begitu juga dengan baju kurung Intan. Beres, hari ini bolehlah lepak lama sikit depan pc. Eh.. tak boleh juga sebab kain baju masih ada dua
Kerja urusan rumahtangga mesti beres dulu, kalau tak Gunung Merapi abahintan pula akan meletus....'ibu ni asyik ngadap tu je, ni tak buat, tu tak buat...bblablablablabla.......... jangan sampai itu terjadi...oh.. tidakkkk , aku tidak rela mendengarnya. Rasanya orang lelaki berleter lagi sakit telinga dan jiwa mendengarnya.
Ha.. ni nak tunjuk juga. Pernah tak sesiapa buat, masa minum petang dalam dingin hujan petang semalam, selain teh susu panas, kami makan ini....
kelakar sungguh, jambu air ni, jiran sebelah rumah yang beri pagi semalam, sebab nak pergi kenduri tak sempat nak makan. Memang suka jambu ni, makan dengan colek kicap saja, tak sangka semua suka makan termasuk abahintan sekali, nasib baik tak meragam perut. Biskut langsung tak berusik, makan jambu sewaktu minum petang... hari ini dalam sejarah.
9 ulasan:
salam bu
masa kat kelantan saya pun makan colek jambu cicah kicap..sedap kot.
malam tadi hujan turun lebat sekali di Ipoh, habis masuk air area atas rumah saya sebab beranda tersumbat. Mujor cepat perasan. kalu tak banjir tengah2 bandar,,haha
ibu,
memang peberet kaklong tu...
sibai ujan kan?
klu ari paneh maun poie mtk laie kek umah jiran tu...hehehe
ibu
tengok jambu tu, teringgat masa sekolah dulu, boleh buat duit tu, masuk dalam plastik beg kecik jual 20cen
alahai nostalgia betul.
mandi pagi menyihatkan badan berbanding mandi malam.
seperti juga makan pagi paling mustahak berbanding makan malam.
iman,
naseb baik tak tidur dalam banjir ye...
rasanya sekarang dah mula musim hujan, hampir setiap hari hujan turun dengan lebatnya
kak long,
pagi tadi jiran tu ofer lagi... suruh ambil sendiri lak kat pokoknya.. malu nak ambik, esok2 mungkin
saya... pandai jugak bisnes nya, kalau pokok sendiri bolehlah jual...
biasanya berbuah lebatkan, memang termakan
Im..
betul tu banyak kelebihan mandi pagi..
Ini benar-benar menarik. Aku suka membacanya
Catat Ulasan