Followers

Isnin, 22 November 2010

Makan, makan, makan, makan..... memang sah bertambah saiz ni

Cerita semalam.  Makan yang berganda.
Sarapan pagi makan roti canai, abahintan beli di pasar minggu Tanjung Ipoh, sekeping seorang.

Pukul sepuluh pagi ke rumah jiran, kenduri majlis pertunangan.

Menunya.. nasi putih, kari daging, gulai ikan sembilang salai campur buah gelugur, gulai perut lembu dengan belimbing buluh, ayam masak merah dan acar mentah.

Ibuintan makan.... nasi putih, ikan sembilang setengah ekor, seketul ayam masak merah, dan acar mentah.  Kari dan perut lembu tak makan.

Petang pula , bertolak dari rumah pukul 2.45 ke Taman Panchor Jaya, Seremban. Rakan guru membuat majlis tahlil dan Yasiin , juga majlis khatan anak lelakinya. Perjalanan kurang lancar sebab ada xcident kecil di Ulu Bendul, jalan jam juga.

Menu... nasi putih, serunding daging, pecal, kerabu mangga, sup tulang, kari nangka, ayam masak merah dan lima lagi menu Jawa, tak tahu nama. Pencuci mulut juga beraneka jenis. Rakan guru seorang Jawa berasal dari Batu Pahat.

Ibuintan makan... nasi putih sesenduk, ambil semua jenis lauk variasi Jawa sebab ingin mencuba  menu Jawa. Bila diisi semua lauk jadi penuh menjunjung  satu pinggan.  Lepas makan nasi, cuba pula pencuci mulut yang pelbagai. Itu pergi waktu petang, kalau masa puncak di tengahari, agaknya lagi banyak menunya sebab rakan tu kata 'banyak yang dah habis'.


Balik dia bekalkan penuh satu bekas (lebih sekilo) kerepek pisang, sempat lagi makan beberapa keping sehingga sampai ke pasaraya Giant Senawang.  Tujuan utama pergi Giant, cari kasut sukan yang murah saja untuk aktiviti joging la... kononnya.  Dapat dua pasang... satu untuk ibu dan satu untuk Intan.


Bila dah masuk tu, bukan saja dapat yang dicari yang tak di cari pun dapat juga, ambil itu ambil ini, akhirnya penuh juga satu troli. Akhirnya beratur panjang untuk membayarnya.  Keluar dari pasaraya tu  dah pukul 7 setengah, Azim ajak abahnya makan lagi.  Pergi ke Ampangan dan solat Maghrib di surau bawah flat di Ampangan.

Selepas solat, ke sebuah restoren makan di situ.  Rasanya kenyang lagi.  Tapi bila, Azim dan Intan order makanan, tak sedar terorder sekali... hahaha boleh 'terorder' pulak tu, order pulak tu nasi goreng cendawan.  Jadi kami order sepinggan nasi ayam untuk Azim, nasi paprik untuk Intan dan nasi goreng cendawan untuk ibu dan abah mereka. Airnya pulak 4 gelas fresh orange.

Sekali datang.... ambik kau... penuh 4 pinggan besar....  otomatik rasa kenyang.  Azim dan Intan makan  hampir habis sepinggan, sementara ibu dan abah mereka hanya sanggup makan suku pinggan saja.  Sepatutnya order satu saja dan boleh share berdua. 

Lepas makan terus balik ke rumah, sepanjang perjalanan balik kami kurang  berbual, masing-masing melayan perasaan sendiri... perasaan ngantuk sebab kekenyangan yang melampau.

Memang sah..... empat kali makan .... makan yang berat-berat.... akhirnya jadi macam badak.........huaaaaaaaah nganga katup, nganga katup, nganga katup.... mengantuk giler

14 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Salam ibuintan...

nasi goreng yaqng tak habis tu, tak bungkus bawa balik? Pagi ini boleh panaskan... :)

ibuintan berkata...[Reply]

salam kakcik,

sengaja taknak bungkus, takut sampai rumah makan balik..... hahaha

Kak Amy berkata...[Reply]

salam..

nasi goreng yang tak habis,akak tak bungkus bawa balik ke? boleh panaskan n makan lagi..

ibuintan berkata...[Reply]

SALAM AMY,

takut bawak balik.... dalam nguap-nguap tu nyuap lak semula...hahaha

Admin P@P berkata...[Reply]

Salam Ibuintan.
Kalau metabolisma tinggi, insyaAllah tak naik badan tu.

Senaman kena amalkan...

TQ

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ibu..lepas makan konfem mata kuyu nak layu kan hehehehe

kak wan berkata...[Reply]

WAH...kasut jogging dah ada, apa lagi....jogingla kita.

Unknown berkata...[Reply]

kerepek pisang..
saya suka tu..

IMANSHAH berkata...[Reply]

salam ibu

bagus tu..aktiviti makan bersama, masak bersama kan..boleh mengikat kasih sayang ngan suami dan anak2..ok gitu??haha

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu admin,

tak tau la metabolisma tinggi ke tak,.. tapi badan dah naik jugak ni.. memang kena xercise lebih sikit

ibuintan berkata...[Reply]

shah,

memang sah kenyang je perut mata pun berat la.. tu yg bahaya tu kalau takde xtvt sah zzzzzz

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan,

jom join sama... dah mula pagi tadi.. boleh tahan mencungap nye..

ibuintan berkata...[Reply]

diana,

kerepek pisang buatan mak rakan sendiri from batu pahat...

hari ni dah licin satu bekas tu

ibuintan berkata...[Reply]

iman,

makan komfom bersama masak lom tentu...