Followers

Khamis, 4 November 2010

Kursus hujung tahun.

Selesai sudah semua kerja-kerja hakiki yang mesti disiapkan minggu ini.  Semua murid sudah pun menerima kad pelaporan peperiksaan akhir tahun masing-masing.  Yang menjadikan ianya terlewat sedikit sebab beberapa orang guru subjek lain lambat memberikan markah. Mereka lambat kerana pergi berkursus

Hujung tahun ni banyak betul kursus, khasnya kursus untuk guru tahun satu. Tahun hadapan semua subjek teras tahun satu mengalami perubahan sukatan yang  ketara.  Selain subjek matematik dan sains yang berubah semula ke dalam BM, semua subjek lain juga mengalami perubahan sukatan.

Yang pastinya tahun hadapan semua murid tahun satu menerima buku teks dan buku aktiviti yang baru. Hampir setiap hari sekolah kekurangan guru,  ramai yang  keluar kerana menghadiri kursus pendedahan sukatan yang baru ini.  Ada enam subjek tahun satu, kesemua enam subjek tersebut mengalami perubahan sukatan.

Setiap kali perubahan sukatan dibuat, setiap kali itu jugalah kursus pendedahan mesti dijalankan.  Kali ini kursus pendedahan sukatan ini hanya dijalankan di setiap Pusat kegiatan  Guru (PKG) atau sekolah menengah sekitar daerah saja. Mungkin untuk menjimatkan perbelanjaan.

Disebabkan kekurangan guru maka dua kelas dicantum menjadi satu.  Maka makin gamatlah jadinya kelas tersebut.  Mereka hanya menjalankan aktiviti permainan dalam kelas saja. 


17 ulasan:

IMANSHAH berkata...[Reply]

biasalah puan ibu..kerajaan nak perabih duit..

selamat berkursus

Acik Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan.
kalau dah dua kelas jadi satu..sah sah gamat jadinya..mau cik gu hilang suara kan..

Unknown berkata...[Reply]

SALAM,
BILA BACA N3 KUINTAN, TERINGAT LF SEMASA JADI GURU DULU PADA AWAL TAHUN 1970'AN. LEBIH KURANG SAMA NANMPAKNYA - GURU DENGAN PELBAGAI KEGIATAN (KURSUS, ISI KAD KEMAJUAN MURID, JADI GURU PENGGANTI, DAN SEBAGAINYA. BILA HUJUNG TAHUN, TIMBUL MACAM2 KURSUS YANG PERLU DIHADIRI. KATA ORANG, DUIT TAHUN INI MESTI HABISKAN.

anie,Nagoya berkata...[Reply]

nak kita tolong??gamatnya....lari semua anak murid kat sekolah tu....

Unknown berkata...[Reply]

masa saya sekolah rendah dulu jarang la cikgu2 pi kursus ni..
tapi sekarang lain dah..
anak sedara selalu cerita kejap2 cikgu tu kursus,..
2,3 minggu lagi cikgu lain lak kursus..seronok sebab tak payah belajar dan buat kerja sekolah katanye..
hish..!

ummu berkata...[Reply]

salam Ibu Intan
rindunya saya pada dunia pendidikan dan kembali aktif bergerak ke sana ke mari seperti dulu.
selamat berkursus ya ibuintan

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

sibuk betul hujung tahun ni ye kak..

apa-apa pun, selamat berkursus.

Zaitun berkata...[Reply]

Setelah 7 tahun kalau kak Zai tak silap subjek mathematik dan sains kembali diajar ke bahasa Malaysia.

ibuintan berkata...[Reply]

betul tu iman, duit ada lagi kot tapi budjet still ciput la... LDP juga menanti selepas ini

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
nasib baik tak ngajar lagi tpi tetap jerit juga menegahkan mereka dari membuat terlalu bising

ibuintan berkata...[Reply]

betul tu Dato dulu dan kini sama je, itulah kerja rutin cikgu, tak berubah, kerja perkeranian tetap banyak

ibuintan berkata...[Reply]

anie.. kok sudi apa salahnya... uji suara

ibuintan berkata...[Reply]

diana bebudak memang suka kalau cikgunya takde, mereka takde buat kerja sek atau rumah...

ibuintan berkata...[Reply]

ummu... dunia pendidikan indah dengan segala rencah dalamnya

ibuintan berkata...[Reply]

reen dua minggu dihujung ini sibuk pulak dengan LDP dan persediaan hari anugerah

ibuintan berkata...[Reply]

betul tu kak zai, balik asal semula hanya 7 tahun dalam BM, tak taulah berubah lagi tak selepas ini

hentian berkata...[Reply]

letih la jadi cikgu ni. sebab tu IM kurang minat kerjaya guru...