Followers

Isnin, 8 November 2010

Kem Membaca 1 Malaysia.

Pagi tadi pelancaran kem membaca 1 Malaysia peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya.  Sekolah ini adalah antara sekolah rendah yang terpilih mewakili Negeri Sembilan. Majlis pelancaran kem ini diadakan di dewan sekolah.  Semua murid dan guru-guru berkumpul di dewan.

Majlis dimulai dengan bacaan doa, diikuti ucapan pelancaran oleh guru besar dan gimik pelancaran oleh wakil ADUN Seri Menanti yang memecahkan sebiji belon.  Seterusnya persembahan bacaan gurindam dan deklamasi sajak oleh murid tahun 5.

Tepat pukul 9.30, wisel dibunyikan. Semua murid dan guru membaca sekurang-kurangnya sebuah buku dalam masa yang ditetapkan iaitu selama 33.5 minit.  Wisel dibunyikan semula setelah cukup masa yang ditetapkan.

Semua murid memberikan kerjasama dengan membawa sekurang-kurangnya sebuah buku cerita atau bahan bacaan ilmiah yang sesuai.  Majlis disambung semula selepas rehat dengan pertandingan info-hunt dan bercerita tahap 1 dan 2. Kemudian diikuti dengan tayangan video dokumentari.

Majlis bersurai tepat pukul 1.35 petang.

// pukul 2.30 hingga 4.30 petang semua guru mengikuti latihan dalam perkhidmatan tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang baru yang di adakan di BIlik Sidang. Taklimat disampaikan oleh GPK 1.

18 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Tahniah....


Sekolah kami jadikannya program 'sekali harung' dengan aktiviti RIMUP selepas PMR. Dah dilancarkan 16 Oktober lalu dan akan berakhir 12 November ini.


Kebetulan saya juga membuat entri tentang itu, sebentar tadi.

Mohamad berkata...[Reply]

Tahniah,
Di aekolah saya pun terlibat.. semuanya berjalan lancar

Maiyah berkata...[Reply]

sy minat mmbaca tp pas xcdent bila sy mmbaca pale jd pening huhuu :(

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ibu..nape tak panggil Timbln Menteri KKLW rasmikan???

kasihibu berkata...[Reply]

sekolah anak sya tak ada pun program ni
ruginya..

IMANSHAH berkata...[Reply]

salam, aik dah bertukar rumah ke pula..ujung2 tahun ni malas la pulak nak membaca..mood cuti je

Kak Amy berkata...[Reply]

salam ibu..

love reading tapi skunk mata macam dah ada problem sikit la suka membaca dalam gelap...hu3..

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih... seronok murid-murid tu, harapnya mereka tak membaca untuk hari ini saja..

banyak juga dapat kumpul buku cerita pagi tadi, semua yang bawa buku cerita mereka sumbangkan ke perpustakaan

ibuintan berkata...[Reply]

tahniah juga cikgu.. sekolah cikgu terpilih juga

ibuintan berkata...[Reply]

maiyah..
tak guna spek ke? bacalah sikit2

ibuintan berkata...[Reply]

shah..
borek kojo ea manggil orang2 bosa ni..

ibuintan berkata...[Reply]

sya.. tak semua sekolah terpilih, ada2 sekolah saja.. seluruh n.s kalau tak silap 24 buah sekolah saja

ibuintan berkata...[Reply]

iman.. tukar wallpaper, kan nak raya minggu depan..intan yang rajin buatkan

sah mood dah sampai kampung

ibuintan berkata...[Reply]

amy,

akak pun problem juga mata skarang ni, wpun pakai spek.. tak boleh lelama, tapi ngadap pc ok lae

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Salam ibuintan.

Tahniah kerana sekolah cikgu terpilih utk program ini.

Diharap murid2 akan teruskan semangat rajin membaca semasa cuti sekolah ni. Kalau mereka oleh habiskan satu buku dalam masa 33.5 minit, mesti banyak buku boleh dibaca sepanjang cuti sekolah nanti.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam kak,

Sseronok murid2 yg suka membaca tu.

peluang jangan dilepaskan. Bukan semua sekolah dipilih.

Sekolah anak saya tak de pulak kak.

ibuintan berkata...[Reply]

salam kembali YB,

trima kasih... harapnya camtulah, taklah mereka membaca semasa hari pelancaran ni saja

kalau masa cuti nanti emak bapalah yang ambil peranan meminta mereka membaca di rumah, sediakan juga buku2 untuk bacaan mereka

ibuintan berkata...[Reply]

reen..
tulah memang tak semua sekolah yang terlibat..

seronok mereka membaca dengan buku cerita masing2

tu la... samalah kita menukar2 selera