Followers

Rabu, 10 November 2010

Hari makan-makan free.... untuk suka-suka

Kerja-kerja perkeranian sudah siap.  Semua murid sudah mendapat kad pelaporan masing-masing. Semua fail-fail murid sudah dikemaskini.  Urusan pemulangan dan pemberian semula buku teks juga telah selesai.

Murid-murid sejak semalam bersukaria di padang. Pertandingan futsal antara rumah sukan di adakan.  Yang tidak mengambil bahagian jadi tukang sorak di tepi padang.

 Cikgu-cikgu tidak bermain tapi penatnya mengalahkan yang bermain.  Penat mengarah dan mengawal murid-murid.  Takut kejadian yang tidak diingini berulang, takut ada yang cedera, takut ada yang dihempap tiang.

Pernah terjadi beberapa tahun lepas, dalam sibuk budak bermain bolasepak, ada yang pergi memanjat tiang bola baling, terjatuh lalu dihempap tiang dan habis semua gigi tercabut. Memang kesian melihat budak tersebut, sambil darah meleleh keluar satu satu giginya tanggal.  Dengan usaha pihak sekolah budak itu sekarang telah menjalani pembedahan menanam semula gigi.

Hari ini juga, dihujung-hujung hari persekolahan ini, ada kelas telah mula membuat jamuan kelas.  Seolah-olah sudah menjadi satu tradisi pula hujung tahun mesti ada majlis makan-makan.

Tidak terkecuali kelas tahun satu.  Walaupun tiada duit kelas, mereka juga bertanya tentang jamuan.  Mereka excited bila kelas abang atau kakak mereka mengadakan jamuan, so pagi tadi di waktu rehat, sudilah cikgu kelasnya ini memberikan sedikit jamuan ringan.  Jamuan tergempar namanya.

Pepagi tadi, ibuintan pergi ke kantin, tempah nasi ayam , sepotong  tembikai dan sebungkus keropok untuk setiap seorang serta dua jag air oren.  Waktu rehat tadi, makan bersama-sama di dalam kelas.  Walaupun serba simple, namun mereka seronok nampaknya, hanya itu yang mampu diberikan

Ada juga yang bertanya kenapa cikgu tak beli keepsi, cikgunya jawab  "keepsi belum buka" hahaha cikgunya malu nak jawab tak cukup duit... 


Waktu akhir pula, pukul 12 tengah hari, menerima jemputan jamuan kelas untuk tahun 3, 4 dan 6 pula.  Tahun 3 menjemput sebab mengajar BM untuk kelas tersebut.  Ketiga-tiga kelas ini bermewahanlah sikit, setiap kelas order keepsi.  Kenyang mereka makan dua ketul ayam setiap seorang, snack plate setiap satu.

Berkat ketua kelas mengutip duit kelas dari awal tahun, dapatlah mereka berjamu keepsi namun guru kelas perlu menopup juga sedikit. Ada guru kelas yang sponsor nasi ayam saja, ayamnya dari keepsi.  Budak-budak dengan ayam goreng, sekejap selesai - hingga menjilat jari.

//esok keputusan UPSR, Jumaat majlis khatam Quran, Isnin majlis anugerah cemerlang, Selasa tak tahu lagi, Rabu hari raya, Khamis mungkin cuti, Jumaat hari last, lepas tu.. cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

19 ulasan:

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Mesti cikgu seronok bila melihat anak2 murid senyum makan makanan yg cikgu belikan dari kantin tu. Kalau saya timbul rasa puas bila lihat org lain gembira. Sesuatu yg tak dapat dibeli dgn wang ringgit.

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Beli kepsi kat Kuala Pilah ke? Mesti panjang berbaris hari ni kalau ke sana. Saya biasa juga berhenti beli kepsi di situ kalau anak2 (dan saya juga sebenarnya) merasa lapar bila menghantar Afifah balik ke asrama di Serting.

Zaitun berkata...[Reply]

Anak ka Zai dah booked mama dia buat coklat kek untuk jamuan hari Isnin ni.

Cuti panjang cikguuuu......

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Kesian murid tu..Sampai tercabut giginya. Nasib baiklah pihak sekolah baik hati kalau tak rongak lah dia ...


Mesti semua murid2 yg terlibat ingat sampai bila-bila ni.. dapat kepsi katakan...

ummu berkata...[Reply]

wah tahniah kak
dah settle kad kemajuan murid
sekolah kami masih ada lagi ujian akhir tahun.

kak long berkata...[Reply]

memang meriah kan bu?


ermmm...anak kaklong lom dapat repot kad lagi,,,

bila tgk bluetin sekolah ibubapa kena ambik repot kad hari sabtu 20hb....

uishhh....camno tu....?

ibuintan berkata...[Reply]

YB,

sah sekali begitu, terasa kepuasan sebab mereka menerima pemberian kita juga dengan ikhlas... setiap tahun memang dah jadi rutin, walaupun tak seberapa namum puas nengok mereka seronok

ibuintan berkata...[Reply]

iye la YB, kat Pilah, tak payah beratur sebab mereka dah boking semalam lagi..

selalu beratur camtu, kat Pilah tu je lah satu kepsi nya.. memang jadi tumpuan

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,
kek cokelat .. best tu, mesti anak kak zai bangga beri pada gurunya..

ibuintan berkata...[Reply]

Reen,
bukan rongak lagi, langsung tkde gigi, gigi atasnya habis semua tanggal..

pihak sekolah tolong uruskan bantuan untuknya memasang gigi baru

ibuintan berkata...[Reply]

ummu,
semua settle dah, tunggu hari anugerah saja lagi, hari Isnin nanti

ibuintan berkata...[Reply]

meriah dengan agenda makan-makan, semua bebudak memang seronok skali..
tambah makan keepsi

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan anak akak.jamuan nya di pizza..duit kelas dah kutip dari awal tahun dan katanya hari ahad nanti..minta dihantarkan ke pizza seremban..

ibuintan berkata...[Reply]

mereka walaupun dah biasa makan2 benda macam ni, tapi bla bersama2 rakan sekelas seronoknya bukan main.

wow..pizza mesti banyak juga bayar setiap bulan tu

CIK TOM berkata...[Reply]

seronok akak jadi cikgu ye..ciktom sebenarnya xde minat sgt nk jd cikgu tp selepas berblog ni kan ciktom bw tgk byk entry dr blogger cikgu..rs bersemangat berkobar2 nak jd cikgu jugak..hehe

ibuintan berkata...[Reply]

cik tom,
seronok tu datangnya daripada minat, kalau kita betul2 berminat apa yang kita lakukan mesti seronok..


akak doakan cik tom berjaya mgikuti kursus KPLI

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ibu..kerja2 perkeranian saya jugak yang tak pernah abes huhhhuhuhuuh

ibuintan berkata...[Reply]

shah...
selagi ianya untuk mencari rezeki apa salahnyakan.. tanggungjawab kita

Mohamad berkata...[Reply]

Salam ibuintan,
Kami disini pun sama, hari2 ada makan-makan. Ramai guru dan kakitangan sekolah yang suka bersedekah... semoga betambahlah rezeki mereka. Amin..