Wah... tajuk entri... cam hebat yo.. ...Apo yang tak boleh dilupa tu.. Tak hebat pun, entah-entah ramai yang tak kenal dan tak hingin pandang pun....
Cendawan kukur
Inilah cendawan kukur ataupun ada juga yang memanggilnya cendawan sisik. Cendawan kukur ini banyak tumbuh di batang pokok yang sudah mati terutamanya batang pokok getah yang telah tumbang atau ditebang.
Cendawan ini banyak dan mudah ditemui semasa musim hujan. Selepas hujan, biasanya cendawan ini kembang dan mudah dipetik. Kalau semasa kecil dahulu, selepas musim hujan, emak dan beberapa orang jiran akan masuk ke kebun getah di belakang rumah untuk mencari cendawan kukur ini.
Cendawan kukur ini sangat sedap dimasak 'lemak cili api'. Namun sekarang tidak perlu lagi bersusah payah mendaki bukit dan meredah kebun untuk mencarinya. Biasanya, cendawan kukur ini ada dijual di pasar tani samada di Pekan Kuala Pilah atau di Pasar Minggu Tanjung Ipoh.
Cendawan kukur yang dijual biasanya dimasukkan ke dalam tin sardin yang kecil atau 'pot' Satu pot ini berharga RM2. Untuk masak tengah hari tadi, ibuintan membeli dua pot. Beli daripada seorang kakak yang berjualan di Pasar Minggu Tg. Ipoh. Kakak ini pula mendapatkan bekalan cendawan ini dengan mencarinya di sekitar kebun getah di kawasan Felda yang berhampiran.
Kalau dulu, semasa kecil dan ibubapa kebanyakannya susah, rata-rata semua keluarga menyajikan lauk cendawan kukur bila ianya bermusim. Untuk menyimpan supaya cendawan kukur tahan lama, ia perlu dijemur sehngga kering. Bila hendak memasaknya pula, disebabkan cendawan ini telah kering dan keras, ianya perlu direndam sehingga ianya lembut dan kembang.
Selain dimasak lemak cili api, cendawan ini juga boleh dibuat sup atau digoreng bersama campuran sayur lain. Namun, masak lemak cili api juga yang selalunya menjadi pilihan.. Rasanya akan menjadi manis setelah dimasak.
Untuk masakan hari ini, cendawan kukur masak lemak cili api campur ikan bilis serta ditambah beberapa tangkai pucuk ubi.
Selain lauk diatas, ibuintan juga masak daging goreng sos barbeku. Daging lembu korban yang digoreng bersoskan sos barbeku dan diperahkan sedikit jus limau kasturi.
//Info rujukan:
Cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun commune.Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.
/// maknanya adalah khasiatnya yang tersembunyikan......
27 ulasan:
salam ibu..kalau buat sup cendawan pun sedap kan
lamanya dah saya tak makan cendawan kukur ni. mungkin dah 5-6 tahun rasanya.
kalau gulai pokat2 dengan serai, lagi sedap kan !
ini membuatkan saya nak pergi pekan sari tg ipoh ni !
Mula2 beli di pasar tani lepas kawin dulu...tersalah cara masak....
sedap eh??? tk gemar sayur mayur sebenarnya
ibuintan...aduh..terliur dah ni..akak paling suka cendawan kukur ni..masak lomak cili api..sodap ya amat..
wahhh.. mmg mabeles.. sy dah lma x mkn cendawan.. tk ni rsa nk cari hehe :D
Dulu kak Zai pernah makan cendawan ni tapi tak tahu dimana silapnya rasa macam ada bau kayu sebab tu sampai sekarang takut nak makan.
Dolu - dolu selalu makan ..di goreng pedas pun sedap, kat kg kakwan diaorg panggil kulat sisir.
Hm..hm sedapnya lauk ibuintan hari ni.
lama tak makan ni..
kat kampung suami MIL panggil kulat.Terkejut jugak saya tapi loghat masing2 kann...
nampak sedap aja. beselera nmpk yg dah dimasak tu
salam shah,
memang pun.. rasa manis sperti cendawan tiram juga
tuan aji Al,
memang lagi pekat lagi sedap.. tambah serai lagi wangi baunya... menyelerakan
datanglah tuan aji kat situ sentiasa ada jual...
ckLah..
takpe beli lagi dan cuba masak semula...
masak style nogori lak ... masak lomak cili api
iman,
cubalah makan sayur supaya seimbang dietnya... wah, ni mesti peminat steak je ni..
kak erna,
boleh cuba,.. kat pasar tani ado jual, kok tak jumpo dtg Pilah atau Tanjung
maiyah,
boleh cuba... kat KL ada jual ke?
kak zai,
kalau masak lemak cili api.. jangan lupa letak serai dua tiga batang...
untuk hilang bau malah aroma gulai jadi lebih wangi dan menyelerakan..
cuba semula
kak wan,
macam2 boleh dimasakkan... tapi yg feberetnya masak lemak cili api lah..
reen,
ye lah lain tempat lain namanya...
kulat ni boleh makan
sasa,
pernah cuba makan tak? orang muda skarang mungkin tak brapa minat..
kami generasi muda ni masih suka mkn kulat ni, sbb membesar di kg. skrg ni susah dah nak cari bila blk kg. dulu masa zaman pokok getah kan, byk kulat ni.
lama sgt dh tak mkn, kat kg banjar, kami panggil 'kulat kriket', haha, lagi kelakar.
selalunya kami goreng dengan ikan bilis campur telur sket,sedap. msk lemak ibu intan nmpk best ..
ni fav sy ni, tp KL payah nak carilah
sedapnyaaaaaaa :-)
saya minat sgt cendawan kukur ni tp susah sgt nak cri...tlg la carikan utk saya....
najwa,
cendawan ni rasanya manis bila di masak kan, memang terdapat di pokok getah yang dah mati
WBH,
kat KL tak ada jual rasanya kan, di sini di pasar minggu or pasar tani selalu ada dijual
has,
minta alamat nanti poskan
banyak jual di sini
Saya minat ja.. Kalau masak makan ja, tapi mgkn dah jarang skarg neh.. So org xtau sgt la kot..
Catat Ulasan