Followers

Isnin, 22 November 2010

Baunya busuk ... duitnya berkaler-kaler.


Kenalkah kalian gambar di atas?.  Inilah getah lantun atau getah sekerap atau getah beku.  Baunya memang memukau bukan sebab wangi tapi sebab bucukkk. Namun bagi yang menyara keluarga dengan menoreh getah, ramai yang dah mula tersenyum dan tidak mengeluh lagi tentang harganya,.. cuma disaat harga boleh diharap mereka mengeluh pula kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Bagi penoreh getah cuaca hujan umpama menutup periuk nasi mereka.

Kenapa ibuintan sebut pasal getah lantun pulak ni?  Hahaha.... ni sebab getah lantun ada hargalah ni....  ibuintan kan tinggal di kampung... jadi di belakang rumah adalah tanah kebun sekangkang kera.  Dulu masa abah (arwah) masih muda dan sihat, adalah menanam dalam 50 ke 60 batang pokok getah.  Sebab sekangkang kera jadi banyak tu je lah pokok yang dapat ditanamnya.  Adalah dalam 7 ke 8 teres. Sempat jugalah abah menoreh selama beberapa tahun semasa dia masih sihat dulu.


Kebun ni belakang rumah saja... buka tingkap dapur nampaklah pokok getah tu.. ...so sejak harga boleh tahan ni, abahintan pun ambil kesempatan jugalah, menoreh waktu petang selepas balik kerja ataupun waktu pagi di hari Sabtu dan Ahad, namun bergantung pada cuaca juga.  Dalam seminggu dapatlah tiga ke empat kali 'motong gotah' ni.  Sekali menoreh, makan masa sejam lebih kurang

Petang tadi, sebab hari ini panas hingga ke petang dan langit masih cerah.. harapnya malam ni hujan tak turun, selepas balik kerja dan minum petang, lebih kurang pukul 5 setengah abahintan bersiap untuk pergi menoreh... ajak ibuintan sekali kutip lantun, hai ni yang berat ni... tang ni memang liat nak menolong, tapi mengenangkan demi memberi semangat ... ku gagahi juga mendaki bukit bersama.....lereng bukit saje.... abahintan kata mesti kutip petang ni sebab dah dua hari dia motong.

Tapi kena juga pakai eksesori sikit... pakai sarung tangan dan kasut but PCK tu, wangi sangatlah kalau tak pakai sarung tangan tu.  Kutip punya kutip, wah berbaloi juga , kata abahintan ada juga dalam 50 kilo tu, mula lah tuan tanah mengira-gira dan mencongak tu.... 50 darab RM6...(minggu lepas harganya RM6 sekg, mana tahu naik harga lagi)... wah, boleh tahan juga, dua hari punya projek.. tapi belum jual , kumpul dulu untuk sekali kutip lagi.

Seingatnya minggu lepas, abahintan jual untuk 4 hari menoreh dengan harga RM6 sekilo, dapat RM452, berbaloi jugalah untuk kerja part-time yang suka- suka, menoreh pun main suka hati je,.. janji susu getah keluar sebab pokoknya pun dah patut diganti semula- tanam semula.  Jual pun pada peraih yang datang ke rumah, call saja datanglah mereka.

Pada yang menoreh bersungguh-sungguh memang berbaloi juga dengan harga sekarang. Semalam di rumah kenduri jiran (bertunang) seorang kakak tu (janda) menoreh getah seorang diri, di dua lot kebun sendiri  bercerita dengan cerianya... pagi Sabtu lalu dia menjual lantun yang dikumpul untuk dua minggu dan hasilnya lumayan, dia mendapat hampir RM3 ribu setengah. 

Sekarang agaknya topik utama di warung teh ialah tentang getah yang sedang mempunyai harga dan sekiranya ini berterusan, akan berkuranganlah sedikit beban kepada  mereka yang mempunyai anak yang masih bersekolah, maklumlah semua nak beli .... baju, kasut, alat tulis, buku tulis dan nasib baik buku teks free.

Ini pulak kerja sampingan juga, sambil kutip lantun nampak pucuk paku pinang ni, terus petik, dah pun digoreng campur ikan masin kurau.

//rasanya tak perlu joging kalau setiap hari mendaki teres di lereng bukit belakang rumah ni, memang bermandi peluh.... hai, ibuintan sanggup ke!

14 ulasan:

IMANSHAH berkata...[Reply]

ibuintan

saya takde pengalaman menoreh, itu satu kerugian sebab tak cuba..di kampung saya membuat padi dan menanam tembakau

ibuintan berkata...[Reply]

iman,

ibu pun tak tahu menoreh, tahu kutip je... suami pandai lah sebab dulu selalu menolong abah mertua menoreh

kat sini kerja kampungnya ialah menoreh getah dan sawah pula dikerjakan oleh orang luar

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Salam ibuintan.

Wah rezeki tu. Siapa sangka harga getah naik sampai mcm skrg ni.

Dulu arwah abah saya pun ada kebun getah di kampung. Adik dia yg uruskan utk org menoreh sbb kami duduk KL. Tapi sekali pergi dapatlah RM10. Duit minyak pun tak lepas. Last2 abah jual tanah tu.

ibuintan berkata...[Reply]

salam kembali YB,

Dengan harga sekarang, di kg saya dah takde pokok yang tidak bertoreh... permintaan tinggi

alhamdulillah, rezeki untuk orang kampung yg tidak berpendapatan tetap

anie,Nagoya berkata...[Reply]

sekom.
kita ank peneroka.tapi syg sekrg kebun tu terbiar.sbb abah dah tak larat nak kekebun semenjak keamalagan thn lepas.kita pun tak reti menoreh.huhuhu...lantun tu kalo dah sebln...bau dia memang memukau....n smbil tu petik pucuk paku...dah berpuluh thn tak tgk kebun abah.skrg leh jadi kaya dgn menoreh...kan Kk Intan?

Acik Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan..memang berbaloi baloi.walupun bau boleh tahankan..ibuintan kena sanggup..turun naik bukit tu..turun berkilo kilo nanti..sementara cuti sekolah ni..

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ibu..ada orang yang kje opis, amek cuti semata-mata nak menoreh huhuhuhuh

ibuintan berkata...[Reply]

anie,

knapa abah tak bagi orng laen toreh... sayang juga pokok tu, tambahan getah tengah ada harga skarang ni..


kalau kebun luas berekar2 boleh kaya juga itupun kalau beringat2 lah..

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,

tu lah, satu cara nak turun kalori jugak tu..

saya tak reti menoreh stakat tolong kutip bolehlah..

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam shah,

betul tu.. terutama yang ada kebun sendiri yg luas... noreh tukar2 lot..

memang berbaloi , modal cuma tenaga je..

shah boleh noreh tak?

kasihibu berkata...[Reply]

salam ibu intan
sya balik kg lalu kilang getah tu anak anak tanya bau apa ni bu busuk

sya kata bau duit, dulu atuk dapat duit dengan bau busuk ni lah

esok kita jumpa di ulu bendul nak tak?
sya bawak anak anak pepagi selepas subuh berendam disana..jomlah ye...boleh kenal kenal ;p

Zaitun berkata...[Reply]

Dulu masa arwah ayah Mazidul tv3 menoreh getah di kebun ayah kak Zai memang selalu dapat ribu2 tapi sekarang dah ketangan orang lain tak tahu sejauh mana jujurnya sebab ayah kak Zai akan kutip duit sebulan sekali.

ibuintan berkata...[Reply]

salam sya,

kilang kat Gentam ye!

wah pagi betul tu.. sejuk sya mandi pepagi tu, air kat situ sejuk ke tulang kalau pepagi sangat.. cepat je enariq mengigil nanti..

tak jamin la dpat pergi, insyaaalah nanti dicuba

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,

rasanya sekarang lagi banyak tu sebab getah dah ada harga kembali..