Followers

Selasa, 1 Januari 2013

Yang lama dikenang, yang baru dinantikan.

Alhamdulillah... hari ni cuti umum tahun baru 2013.  Seharian duduk di rumah saja.  Hari ini juga ibuintan mengambil kesempatan mengodek dn belajar menggunakan si Jack kaler putih ni.  Wah... bedesup-desup lajunya.   Selalunya guna mesin jahit pusaka saja, walaupun menggunakan letrik tapi taklah selaju yang ini.  Kelam kabut juga nak mengawal kaki.  Banyak kali benang asyik putus.  Berejam jugak terpaksa mengadap 'U-tiup' belajar cara memasang benang dan mengendalikan mesin ni.  Memang kelakar.  Benang habis segulung tapi baju selai pun tak siap.  Belum berani mencantum baju lagi.


Mesin ni ibuintan beli 2nd hand daripada adik  jiran berhampiran.  Adik jiran tu hanya  pernah  jahit langsir saja, dua tahun lepas.  Gunting kain nak buat  baju kurung dua pasang tapi dua-dua  kain tu  tak jadi baju.  Akhirnya mesin ni jadi hiasan saja di rumahnya.  Adik jiran tu belajar menjahit pun seminggu saja di Giat Mara, belajar jahit baju kurung je.  Bila dah belajar suaminya dengan gembira belikan mesin jahit ni.  Tak ke haru, baru belajar menjahit, baru belajar guna mesin jahit tup-tup dapat pulak mesin industri yang speednya laju cam gini.  Sahlah mati balik semangat adik jiran tu nak menjahit.  Jadi bila dengar je dia nak jual mesin ni, tambah-tambah dengan harga yang spesel, apalagi ibuintan pun tak lepas peluang la... maunya tak spesel pembeli yang letak harga tu.  Harga kira 3rd hand dah bukan 2nd hand lagi....  mesin pun baik lagi macam baru keluar kedai je, bau kedai je yang takde.  Walaupun dah lama aim mesin jahit pesen ni tapi jenama lain, tak kesahlah tak dapat jenama yang diidamkan tu... dapat yang ni pun dah teramat baik. 


Adik jiran tu dah hilangkan buku panduan menggunakan mesin ni, dia pun dah lupa caranya,  tu yang terpaksa mengadap mister You-tube tu.... nasib baik ado!  Taklah tekial-kial bonar.


Dengan adanya mesin ni, maka angan-angan nak bertukar langsir baru harapnya akan menjadi kenyataan nanti.  Wah... gitu.  Oh ye sebelum terlupa... ucapan berjuta-juta lemon manis buat mister abahintan yang sudi menghulurkan 'pengerasnya'.  Love u sooo much.... kira hadiah la ni, takyah la yang laen.  Wah... maen hadiah pulak kan. . ade la tu!!!  Esok kan dua haribulan..........


Ada yang baru (walaupun dah lama) ni, namun jasa dan pengorbanan si hitam manis pusaka peninggalan arwah mak yang sangat berjasa ini akan tetap dikenang sampai bila-bila.  Banyak sangat jasanya dah, banyak juga RM yang dah mengalir masuk.  Akan dikenang dan akan disimpan menjadi satu koleksi antik. Motornya yang banyak berjasa selama ini juga telah ibuintan sedekahkan pada biras yang sekarang sedang kemaruk menjahit juga.  Dia juga menggunakan mesin jahit biasa berwarna hitam.


Yang lama tetap dihargai, yang baru akan diminta sumbangan baktinya pula.  Demi memenuhi minat dan mengisi masa-masa lapang.......




12 ulasan:

Nur-nba berkata...[Reply]

Wah sangat berjasa mesin jahit peninggalan arwah bonda akak.. Bonda Nur pandai menjahit tapi cuma kakak Nur je yg mewarisi kepandaian dan minat dalam bidang jahitan.. Nur jahit jelujur pun tak lepas... hehe.. Selamat Tahun Baru dan Selamat Bertugas.. Seronoknya dapat cuti 1 Jan..Johor tak cuti.

Kakzakie berkata...[Reply]

Dapat yg baru bukan bermakna yg lama dilupakan cikgu. Tapi lama penuh pengertian yg sangat berjasa macam cikgu kata.

Untung dapat yg baru tu. walau 2nd hand tapi kira macam tak digunakan.

Selamat menyambut tahun 2013 cikgu dah mula mengajar hari ini..

inazamri berkata...[Reply]

saya kat kg pun ada lg mesin itam tu dan masih lg leh guna.puluhan thn dah mesin tu.mesin kaler putih mcm yg atas tu lak saya ada..tp sempat ler pakai dlm 8 thn..now motor dah rosak tak baiki pun lg.

❤Kamsiah❤ berkata...[Reply]

saya suka tgk mesin jahit dulu2..walaupun ringkas,tak bayak fungsi,guna kaki..tp bg saya ianya sgt cantik..dan tahan lama

ummiross berkata...[Reply]

Salam ibuintan..
Selamat tahun baru ye, semoga tahun baru yang lebih ceria buat ibuintan dan penuh ken]berkatan dariNYa.

Cantiknya si Jack tu, mesti bersemangat nak menjahit kan. Ummi pun ada sihitam manis, juga pemberian ibu, nampaknya jadi antik juga, sebab tak berapa diguna, ummi kurang mahir menjahit ibuintan.

ibuintan berkata...[Reply]

@Nur-nba


slamat tahun baru... Johor tak cuti ke?

akak pun stakat jahit baju kurung dan langsir lepas la...

ibuintan berkata...[Reply]

@Kakzakie


sayang sgt tu walau dah antik, banyak jasanya sejak dr arwah mak lagi dia guna... dulu mahal reganya tu, zamannya la

ibuintan berkata...[Reply]

@inazamri


knapa tak repair semula... boleh je jahit2 masa lapang

ibuintan berkata...[Reply]

@❤Kamsiah❤

memang tahan lasak tu, tak pernah rosak sejak guna... sayang, nak simpan je buat antik

ibuintan berkata...[Reply]

@ummiross

jack yang 2nd .. harapnya dapat berkhidmat dgn baik juga, macam si itam manis tu jugak

slamat tahun baru ummi, moga bisnes sukses lagi

ieda berkata...[Reply]

selalunya begitulah kak ..
namun yg lama adakalanya bila perlu harus di buka kembali kan kak ;)

ibuintan berkata...[Reply]

betul tu ieda... ada masanya yng lama perlu dijenguk juga, jgn sesekali ditinggalkan terus