Followers

Selasa, 29 Januari 2013

Dua hari, dua majlis, dua situasi.

Assalamualaikum....... bertemu kembali.  Alhamdulillah.... batuk yang dihidapi makin sembuh.  Bila musim buah, batuk pun datang sama, maka buah yang dipersalahkan. Padahal orang yang makan buah tak sedar diri, bukan makan lagi dah.... dah masuk kategori melantak. Dah rambutan gading tengah masak ranum, tu yang tak sedar diri tu.  Kena batuk baru berenti, baru nyesal.  Semalam balik rumah mak in law, buah manggis pulak dah masak.  Terpaksalah tahan nafsu, sanggup tahan tekak  taknak makan bukan sebab batuk saja tapi sebab malas nak kait buahnya juga.  Batuk menjadi-jadi selepas makan rambutan dengan banyaknya. Cuti hari Maulidur Rasul yang lepas, seorang jiran datang bertandang ke rumah.  Kami duduk  di bawah pokok rambutan tu.... borak sambil makan rambutan.  Macam-macam cerita, sedar-sedar selonggok kulit rambutan dah terkumpul.  Malamnya tekak mula perit, minum madu pun tak jalan.  Bangun pagi dah sah batuk berdengkang dengkung. 

Sebab dah tiga hari tak buat entri, jadi hari ni entri terkumpul la ya...

Hari Sabtu....26 Januari.  Berada di majlis perkahwinan Yana...anak bongsu KakNgah ibuintan di Langkap, Bidor. Ibuintan ke sana pada petang Jumaat bersama suami dan Intan saja.  Azim tinggal di rumah kakak ipar di Seremban, dah malas nak mengekor ibunya ke mana-mana sekarang ni, tambahan lagi ke majlis kenduri.  Macam-macam alasannya.



Ini Bang Teh, abang ibuintan yang nombor lima.  Dia dan isteri juga sampai dari Selayang pada malam Sabtu.

Emak sedara Yana sedang mencoret dibuku tetamu


Kad undangan perkahwinan Yana yg spesel... mengimbau zaman persekolahan kot, entah2 Fuad tulis surat cinta guna kertas buku latihannya dulu.



Tahniah Yana dan Fuad... moga berbahagia dan berkekalan jodohnya hingga akhir nyawa.

Ibuintan balik semula ke kampung pada petang itu juga selepas selesai majlis di rumah KakNgah.  Terpaksa balik sebab esoknya hari Ahad ada kenduri pula di rumah abang ipar di Kuala Kelawang, Jelebu.  Kalau ikutkan hati masih mahu lagi tinggal semalaman di Perak.  Walau suami tak kesah namun perhubungan dengan keluarga abang ipar hendak juga dijaga.

Ahad... 27 Januari.

Hanya ibuintan dan suami saja yang pergi ke kenduri di rumah abang ipar. Abang ipar mengadakan kenduri arwah dan tahlil, arwah isterinya iaitu KakLang Eda.  yang baru meninggal hujung tahun lepas akibat serangan stroke dengan tiba-tiba.  Selain kenduri arwah, bang ipar juga mengadakan kenduri ini dengan tujuan untuk mengumpulkan seluruh ahli keluarga ... keluarga arwah isteri dan juga keluarga abang ipar/keluarga suami ibuintanlah tu.  Semua adik beradik dan ke dua ibu bapa kedua-dua pihak hadir bersama.


Tujuan utama abang ipar memanggil semua ahli keluarga berkumpul ialah untuk berbincang tentang majlis  perkahwinan anak lelaki bongsunya pada bulan hadapan.  Keluarga sebelah arwah isteri abang ipar tetap mahu majlis perkahwinan itu diteruskan sebab semuanya telah diputuskan sebelum kematian arwah lagi.  Mereka tetap bersepakat untuk meneruskannya dan masih cuba untuk meneruskan juga apa yang diharap dan diaturkan oleh arwah sebelum ini.  Ini adalah majlis perkahwinan anak abang ipar yang pertama.
Abang ipar (berkopiah putih).  Sesi perbincangan untuk majlis perkahwinan dijalankan sebelah petang, selepas selesai kenduri tahlil dan makan tengah hari. Majlis yang sangat beremosi dan kerap kali terganggu dek esakan abang ipar dan ahli keluarga yang lain.  Memang sangat memilukan apalagi mengenangkan arwah baru dua bulan lebih meninggal dunia.

 Namun semua tetap sepakat untuk meneruskannya kerana banyak benda telah diatur dan ditempah.  Paling memilukan juga arwah  telah menempah baju sedondon untuk semua ahli keluarganya mengikut tema yang telah ditetapkannya.  Hajat arwah yang mahu menumbangkan dua ekor lembu untuk majlis itu pun tetap juga diteruskan.  Arwah  dulu juga pernah menyuarakan hasrat mahu daging daripada seekor lembu itu dimasak rendang di kampung mak mertua ibuintan.  Arwah sangat suka rendang yang dimasak cara kampung mak mertua kami. Pendek kata abang ipar dan keluarga arwah sedaya mungkin akan cuba memenuhi apa saja yang pernah disebut-sebut dan dirancang oleh arwah sebelum ini untuk majlis perkahwinan ini nanti.

Ibuintan juga sangat sebak bila teringatkan keriangan dan keseronokkan yang tergambar diwajah arwah setiap kali kami bertemu, sebelum anaknya bertunang lagi arwah dah mula merancang majlis anaknya.  Keseronokkan seorang ibu dalam mengatur hari bahagia anaknya... namun semuanya tinggal perancangan... takdir Allah mengatasi semuanya.  Hanya kami yang tinggal sedaya mungkin akan cuba juga merealisasikan hajat dan impiannya... tak dapat semua sebahagian pun jadilah.

Al fatihah .... Amin.








6 ulasan:

Nor Salmi berkata...[Reply]

Wah, memang unik kad undangan Yana tu..

NzA berkata...[Reply]

sangat2 unik kad jemputan yana tu kak...
Pengantin pn cantik n berseri..moga bahagia hingga ke syurga....

kasihibu berkata...[Reply]

al fatihah...
kita cuma merancang Allah juga yang tentukan
semoga ibuintan cepat sembuh dari batuk2 tu

Kakzakie berkata...[Reply]

Moga cikgu beransur sembuh dari batuk. Kena ambil masa biasalah dah rasa sedap kena rasa tak sedap pulak hihi..

Moga perancangan majlis anak saudara yg ditinggal ibu akan selamat atas sokongan seluruh keluarga.

Biarlah yg pergi kita doakan moga dia ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman.

Acik Erna berkata...[Reply]

AlFatihah..moga semua urusan dipermudahkan

Nur-nba berkata...[Reply]

Syukurlah akak dan semakin pulih. Unik kad undangan Yana tu dan "Selamat Pengantin Baru" untuk beliau serta pasangannya..

Al-Fatihah untuk arwah isteri abang ipar akak Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman