Assalamualaikum dan selamat bercuti hujung minggu. Moga ceria bersama keluarga tersayang. Apa aktiviti hari ni? Apa aktiviti yang menyeronokkan hari ni? Bagi ibuintan dapat berkumpul bersama keluarga pun dah seronok, masak untuk mereka dan makan-makan bersama. Hujung minggu hari untuk menyelesaikan kerja rumah tangga yang dah di'tunggakkan' selama lima hari ... mengemas dan melipat kain baju. Juga menyapu halaman rumah, bertegur sapa dengan oked... tanya oked2 tu apa khabar, makan cukup tak, minum cukup tak... kalau ada yang tak cukup, oked2 tu taklah cakap tapi tunjuk reaksi je... kalau cakap kang tobat ibuintan tak poe lagi dah ngadap oked2 tu... tunjuk reaksi pun taklah dengan ngangguk atau goyang-goyang daun ea lak... cuma tunjukkan daun kuning ke, daun bekulat ke, batang dari gemuk jadi kurus ke, tak berbunga ke... camtu la lebih kurang reaksi nya... kalau ada tanda-tanda tu bagilah makan... letak baja bunga, letak baja daun.. siram air.
Kerja sekolah tak kira lagi tu. orang yang kerja pejabat rasanya untung lagi sebab buat kerja di pejabat saja. Dah dua malam memasukkan data murid yang seramai 19 orang tu tapi hingga pagi ni masih tak setel lagi. Aduh.. nak internet cam mana lagi agaknya supaya kerja-kerja ni berjalan lancar.
Ini jumlah pengguna pada pukul 12 tengah malam tadi.... tepat tengah malam. Dah sesak dah ni, nak masuk satu nama pun punyalah azab menunggu. Tak tahan dengan keadaaan ni ibuintan sanggup hingga pukul 1 pagi sahaja. Dalam masa dua jam hanya boleh masukkan data lapan orang murid saja... tak ke membazir banyak waktu tu ngadap benda tu je.
Ini pulak jumlah pengguna semasa ibuintan log in pukul 9.48 pagi ni. Sekarang dah pukul 10.05 masih tak masuk-masuk lagi.
Asyik la berpusing-pusing.... aiya manyak pusing-pusing maa! Tu la sebabnya cikgu asyik jadi burung hantu je setiap malam, harapkan memalam lajulah masuknya. Nak buat macam manakan, beribu guru yang perlu menguruskan data berpuluh-puluh ribu anak murid dalam jangka masa yang sama, memanglah sendat jadinya.
Ni pun status yang dipos oleh seorang rakan guru dilaman FBnya. Malam tadi jugak la ni!!
....
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas". (QS. 39:10);
.....Kita banyakkan sabar, cikgu-cikgu ye!
4 ulasan:
Itu lah ibuintan saya duk nengok adik saya pun camtu gak. Tugasan bukan takat sekilah, dengan rumah sekali dah jadi cam sekolah. Hehe. Saya pun berminat tanam oked ni tapi setakat ni, ada satu je yang hidup, tapi nak tunggu dia berbunga adalah setahun sekali. :)
Yelah....sayapun dok tngah pusing-pusing ngada APDM ni....data nak up-to-date....tapi....hhhaaaiiihhh sabojela...
Makin mencabar tugas cikgu ye ibuintan, moga Allah membalasnya dengan ganjaran pahala yang berganda.
tugas cikgu2 skrg dah tak mcm dulu2 ye ibuintan. izan baca jugalah status kawan2 kat FB yg bergelar guru. apapun kenalah sabar byk2...moga Allah saja yg layak mengganjarinya.
izan kan tak berani nak beli orked. org kata rumit sikit cara penjagaannya ye.
Catat Ulasan