Followers

Sabtu, 12 Januari 2013

Biar lambat asalkan dapat.

Peribahasa baru okey... biar lambat asal dapat.  Tu lah dianya, konon nak 'serprise' la tu. 2hb lepas abahintan ajak ke kedai hantar laptop yang LCDnya dah rosak tu,  rupanya bukan saja nak gantikan lcd laptop tu tapi juga nak belikan ibuintan sebuah laptop baru yang katanya 'sebagai hadiah besday'

Selepas berurusan dengan teknisyen yang akan repair laptop tu, abahintan terus minta  katalong daripada pembantu kedai, suruh ibuintan pilih satu laptop. Tak sangka pulak, abahintan nak beri laptop sebagai hadiah.  Sayangnya laptop yang ibuintan pilih tak ada stok pula ketika tu.  Yang jenis lain ada tapi ibuintan tetap nak yang itu jugak. Boleh pilih pulak tu.... nasib baik ibuintan pilih yang harga mampu milik je. Dan abahintan juga setuju dengan pilihan ibuintan, jadi terpaksalah order  dulu dan kena tunggu sehingga stok yang baru sampai.

Pembantu kedai tu dah telefon beberapa hari lepas memaklumkan laptop yang ditempah dah ada dalam simpanannya tapi kami sibuk tak sempat nak mengambilnya lebih awal.  Maka malam kelmarin barulah kami berkesempatan untuk mengambilnya. Suka hati sangat si penerimanya, tak segan silu snap gambar sini sana




Terima kasih my suami.... malam ni baru dapat menggunakannya dan inilah juga entri pertama yang dipos menggunakan laptop baru ni... dan selepas ini akan membuat kerja-kerja dalam talian untuk memasukkan data murid ke dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid pula. Malam semalam hanya dapat memasukkan data beberapa orang sahaja, target malam ni mesti dapat masukkan data ke semua 19 orang murid. 



Meet Windows 8

More beautiful, more flexible, more you.
And very, very fast. 

.... moga line internet malam ni tak lembab supaya 'very fast' juga siapnya.

 


6 ulasan:

myfreeminded berkata...[Reply]

Salam ibuintan, emm no wonder saya lama x stop by kat sini sebab blog ibuintan tercicir lepas saya edit2 blog list ari tu. So tahniah dapat laptop baru dan dengan itu jugak saya wish semoga ibuintan senantiasa sihat tubuh badan, sebab kalau badan ni sihat Insya Allah semua perkara dapat dilaksanakan.

ibuintan berkata...[Reply]

@myfreeminded

trima kasih MF... Amin, begitu yg didoakan selalu moga terus di beri kesihatan yg baik

moga MF juga sihat sejahtera bersama keluarga

Kakzakie berkata...[Reply]

Syukurlah... betullah tu lambat sikit tak apa janji hajat dan impian yg diingini tercapai. Cantik dan pasti lebih selesa sebab baru kan cikgu.

Boleh buat serampang dua mata lagi. Kerja keperluan harian dan berblog lagi kan:)

Ibuhani berkata...[Reply]

Happy bday! Smoga diberkati Allah SWT dunia akhirat. Dpt laptop.....bertuah ibuintan!

ibundo berkata...[Reply]

wah.. samo2 capricorn kito ni yo. Lopeh ni bulehlah update solalu bu..

Izan Ishak berkata...[Reply]

teruja plak tgk laptop baru ibuintan tu... baru best nak buat keje n blogging kan. semangat gitu!