Followers

Sabtu, 5 Januari 2013

Kongsi rezeki sesama makhluk Allah.


 Dia yang duduk kat atas jadi dialah yang merasa dulu.  Durian belakang rumah baru belajar gugur sedangkan durian orang lain dah habis.  Dulu tupai tu  menumpang rezeki di kebun orang kini berkongsi rezeki pula di kebun ibuintan.  Entah sapa yang tumpang sapa tak tahulah. ... yang pastinya tuan tanah dan si tupai tu sama-sama menumpang rezeki  kurniaan Allah.  Pagi semalam hanya gugur sebiji saja, tapi semua ruangnya dah ditepuk tupai, makanya sebiji tu jadi rezeki tupai.  Tuan tanah tak ada rezeki.

Pagi tadi pula adalah dua biji yang gugurnya.  Sebiji dah juga ditebuknya dan sebiji lagi cantik belum berusik.  Maka untuk hari ini dapatlah tuan tanah dan ahlinya merasa seulas sorang.  Barulah pagi ni dapat merasa buah yang asyik diskodeng selama ni.  Tak lah banyak tapi kalau elok cantik gugurnya puas jugalah tuan tanah serta ahli warisnya makan dian.  Hanya sepokok yang berbuah musim ni.

Durian kampung, putih krim warna isinya. Manis dan tebal juga isinya.  ibuintan sebenarnya lebih suka durian kampung dari durian yang terlalu "lemak berkrim"tu.  Tidak bergas dan tidak mual walau di makan banyak.

Dapat jugaklah berkongsi bersama anak si tukang kayu ni.  Duyah datang ke rumah ibuintan mengikut abahnya seorang tukang rumah.  Kami mengupah abahnya untuk membuat sebuah stor barang serta menyambung beranda di tepi rumah untuk dijadikan porch kereta.  Beranda yang ada sekarang hanya boleh muat sebuah kereta. Tunggang langgang jugalah keadaan laman rumah tika ini.  Penuh dengan batu bata, simen, batu dan sebagainya.

Buah rambutan ni juga baru masak.  Pokoknya di sudut kanan halaman depan rumah.  Sebab pokoknya di depan rumah selamatlah buahnya dari dikongsi pula bersama kera.  Kera biasanya datang segerombolan dan sekali hadap saja boleh licin buah pokok ni. Tinggal ranting la jawabnya. Buah rambutan gading ni dah lama abahintan berangan mau menebangnya tapi ibuintan sayang pulak sebab kerap sangat berbuah.  Masalah utamanya ialah dahan dan daun-daunnya yang banyak menjulai ke atas atap porch kereta.  Makin dibuang dahan yang menjulai ke atas atap. makin banyak pula cabang dahan baru yang tumbuh.


.... lindungi dan jauhilah anak-anak gadis kita dari perkara yang menjurus kepada 'ditebuk tupai' .... minta dijauhkan Ya Allah.
 

12 ulasan:

azi berkata...[Reply]

Salam Ibuintan...
1) Suami saya cakap, buah durian kalau yang sedap, selalunya binatang suka makan...mesti durian tu isinya sedapkan...untung ibuintan ada dusun belakang rumah aja...masa saya ke CH dulu, kami beli buah durian dari org asli dan dia bagi percuma sebiji buah durian hutan bekas binatang makan, isinya sedap tak dapat digambarkan...:)

2)Saya cukup suka rambutan, kalau dekat, saya mesti buat muka tak malu terjah rumah ibuintan minta rambutan...he..he...sayangg kalau ditebangkan, lebat sungguh buahnya.

3)betul, minta-mintalah dijauhkan dari keturunan kita dari istilah "ditebuk tupai" tu..semoga diberi perlindungan oleh Allah s.w.t selalu.

al-lavendari berkata...[Reply]

seronok ada durian sendiri dan baru gugur sedangkan durian orang lain dah selesai.

sepokok rambutan di depan rumah saya langsung tak dapat rasa buahnya sebab habis di makan burung gagak.

Maiyah berkata...[Reply]

wahh.. ada blkng rmh jek
klau kat rmh agaknya mau
anak sedara bertenggek kat pkok hehehe

citarasa rinduan berkata...[Reply]

omsemmmmm entry nie.
reality dan penuh tersurat..


ibu...
simpan rambutan gading u ayu tau.

kera. tupai juga ciptaan Allah..
tapi mmg geram bila diusik benda y kita sayang

ibuintan berkata...[Reply]

@azi

1. memang durian ni sedap dan manis

2. tu lah nak anta pulak jauh.. pos laju nak

3. amin... minta dijauhkan sangat2 tu

ibuintan berkata...[Reply]

@al-lavendari

adlah beberapa batang di kebun belakang rumah ni PakNgah... memang baru gugur buahnya, kat tempat lain dah habis musimnya

burung gagak makan buah rambutan ke PakNgah... tak tau pulak saya

ibuintan berkata...[Reply]

@Maiyah


belakang rumah tu pokok durian tp tinggi pokoknya, pokok rambutan tu rendah la memang boleh panjat dan bertenggek kat dahannya

ibuintan berkata...[Reply]

@citarasa rinduan

mai lah datang Pilah Ayu... buah rambutan ni tengah masak ranum sekarang ni, dah tak termakan pulak dah

makchaq berkata...[Reply]

Kat kampung pakchaq buah yg baru mula gugur depa kata buang buruk.. Lepas tu baru buah yang ok.. Buah yang gugur last2 pun buah yang dah kurang elok jugak.. Kata depa la..pakar durian..

Rambutan masa baru2 nak masak berebut nak makan.. Bila da semua masak, selalu tak tehabis...

Nor Salmi berkata...[Reply]

Saya ni hantu durian. Bestnya ada pokok durian sendiri mcm ibuintan. Rambutan pulak kegemaran anak bujang saya.

Betul tu ibuintan. Minta dilindungi anak2 gadis kita. Juga sentiasa memanjatkan doa agar anak2 bujang tidak menjadi 'tupai'.

Azian Elias berkata...[Reply]

aduiii..sedap nya.. buah2an tempatan...tetiba teringat kampung.. banyaknya buah keliling rumah mak abah.. anak2 paling seronok masa ni..

ummiross berkata...[Reply]

ibuintan, bestnya ada pokok durian sendiri, mesti sedap isinyakan,tu yang tupai tumpang sekaki.

Buah rambutan, kalau sekali mengadap, memang tak jadi kerja lain, tambah lagi kalau yang manis dan isinya jenis pejal tu.