Followers

Ahad, 9 Disember 2012

Ilmu dan minat dikongsi bersama.


 Jumaat, selepas Maghrib kami sekeluarga balik ke rumah mak metua.  Agenda rasminya menyambung kelas dewasa...  biras ibuintan baru membeli mesin jahit terpakai ... suka menjahit katanya.  Sejak ada mesin jahit ni setiap hari belajar menggunakan mesin jahit tu... belajar menggodek mesin jahit, jahit saja kain perca dan kain-kain koyak untuk memahirkan kaki dan tangan....  buat baju lom pandai lae... selalulah nyebut nak buat baju kurung tapi tak pandai, nak bercakap terus terang nak belajar agaknya segan pulak.  So minggu lepas, kebetulan dia dan suami serta anak-anaknya datang umah ibuintan.  Selepas makan tengah hari, dah tak ada benda nak dibuat, ibuintan pun offerla nak ajar dia buat baju kurung.  Suka ya amat dia. So ibuintan ajar lukis pelan baju kurung dulu ikut saiz badannya, lukis, guntingkan dan terangkan satu persatu tentang pelan dan cara mencantum bahagian-bahagian baju.  Terang berulangkali tu.  Bila balik umah minta dia cuba gunting kain mengikut plan yang diberi.

Malam tu juga selepas solat Isya, tanpa berlengah kelas pun bermula... cewah cam iyo iyo yo kan! ibuintan memang bawa selai baju kurung dah siap berjahit.  Tajuk utama untuk pelajaran kali ni ialah 'jahitan leher' bermula cara menebuk lubang leher, pelapik leher hingga menjahit kemasan mata lalat. Biras dah siap menggunting dan mencantum selai baju kurung mengikut ukuran dan pelan yang diberikan  dulu, tapi sayangnya baju tu tertinggal di umahnya, jadi terpaksalah belajar menggunakan kain perca saja.

Kelas pun bermula...



Menerangkan sambil tu jugak ibuintan menjahit kemasan dileher baju sendiri... warna kuning tu.  Sebab memang minat ... biras cepat je paham apa yang diajar...  kelas terhenti bila masing-masing dah galak kali menguap... berenti dulu, jom tido.


Keesokkan paginya... selepas sarapan, biras tak buang masa terus sambung aktiviti menjahitnya.... hampir sejam setengah juga baru siap jahitan lehernya... untuk percubaan pertama cikgunya bagi 6 per 10... hahaha bukan kedekut markah tu dah lulus dah tu... dapat C tu kalau gagal D atau E kan....

Sambil ibunya khusuk menyiapkan jahitan, anak-anaknya pula dengan Intan dan Azim mula operasi mengait buah rambutan di tepi rumah uwan mereka.  Rambutan madu tu... manis .  Petik rambutan untuk di bawak balik ke rumah masing-masing.

Dah selesai mengait buah rambutan, mereka buat aktiviti lain pulak. Intan melayan adik sepupunya makan buah kundang bercecahkan kicap.



Kundang pemberian jiran..... ada yang telah masak dan ada yang masih muda.... manis walaupun masih muda sebab ini jenis kundang manis..





4 ulasan:

Pn Kartini berkata...[Reply]

Salam Ibuintan:)
Dahsyat nii..kelas menjahit malam2..
:)Memang berkobar2 smgt belajar tu..;)
pe2..buah kundang tuuu ..menggoda!

Kakcik Nur berkata...[Reply]

Sedapnha kundang (kalau manis la) :)

kasihibu berkata...[Reply]

Sya tangan adalah pengka hahahah.....
Golak diri sendiri nak jahit nama dan lencano anak pun setahun
tp...mak sya masa sihat lg dulu buat baju kurung baju midi..ayah jahit langsir bju melayu baju kurung arwah atuk pun camtu
tp sya hrrrr....apo pun tak boleh

Daddy Zuki berkata...[Reply]

kalau di kelate buah kundang ni dipanggil buah star!