Followers

Isnin, 31 Disember 2012

Selesai bab akhir, mula bab awal.

Beberapa jam lagi tahun 2013 bakal menjelma.  Selamat tinggal tahun 2012 dan selamat datang tahun baru 2013.  Moga kita semua terus dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang daripadaNya.  Terus diberi kesihatan yang baik agar dapat meneruskan kehidupan dengan dengan baik dan sempurna.  Dapat beramal dan menambahkan amal sebagai bekalan. Juga dimurahi rezeki agar dapat dikongsi bersama. Dapat terus memberikan khidmat yang terbaik atas apa jua tugas yang diamanahkan kepada kita semua.

Allah berfirman, "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah ni'mat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Ibrahim: 7)

Syukur, Ya Allah dalam setiap ujian kecil yang Kau berikan kepadaku di sepanjang tahun 2012 ini diakhirnya Kau berikan juga berita dan khabar gembira buat ku.  .... “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”  


 Syukur juga majlis terakhir atau penutup kerja tahun ini pagi tadi berjalan dengan lancarnya.  Kerja terakhir untuk tahun 2012 tapi permulaan untuk tahun 2013.  Terima kasih kepada semua yang telah membantu dan bersama-sama menjayakannya. 



Pentadbir yang hadir untuk pengisian slot mereka.


Sebahagian ibubapa yang hadir sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh guru besar dan gpk2.

Sesi anak bapak duk tomonung!!



 Sesi menyarungkan tanda nama.

Anak yang sorang ni dari awal hingga akhir majlis ...lolap jo... jadi terpaksalah gb datang mengejutkan untuk menyarungkan tag namanya.


Anak-anak 'rebung' yang akan dilentur dengan sebaik mungkin supaya membesar menjadi 'buluh' yang memberi manfaat bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada keluarga, agama, bangsa dan negara mereka.  Ini saja yang hadir pada majlis pendaftaran mereka pagi tadi.  Masih suci, bersih, malu-malu, takut-takut... jumpa lagi ye anak-anak...  bermula hari Rabu nanti kita semua akan menjadi satu keluarga yang rapat.


Berita terakhir di hari terakhir tahun 2012



 Petang tadi ibuintan bersama suami serta Intan ke ajen insuran di Pilah untuk memperbaharui insuran dan cukai jalan si Putih di atas.  Tarikh akhirnya 4hb nanti. Lepas selesai urusan di sana, kami semua ke salah sebuah sekolah memandu untuk mendaftarkan Intan.  Dah bersemangat benar nak berlesen kereta. ' Nak jadi drebar ibu' katanya.  Selesai urusan mendaftarkan Intan, .. boleh tahan juga kosnya RM950 kalau tak lulus tambah lagi RM150... waa banyak juga habisnya untuk sepetang tadi je.

Dalam perjalanan balik kami singgah  untuk  tea-time abahintan pula.  Ni menu kegemarannya...  ' Char kue teow Penang' dan hanya ni je menu utama di kedai tu selain roti bakar.  Feberet abahintan ni tapi hari ni dia hilang selera.  Semasa menunggu hidangan ni sampai abahintan mendapat panggilan telefon dari rakan sepejabatnya... berubah muka abahintan serta merta, dari ceria kepada kelat. Menurut rakannya 'dia baru saja menerima faks yang mengatakan abahintan akan ditukarkan berkuatkuasa 2hb ni... hari Rabu nanti.  Dan yang mendukacitakan abahintan ialah jarak perjalanannya akan bertambah sekali ganda lagi dari tempat kerjanya sekarang.... makin jauh dari rumah kami tapi makin dekat dengan rumah maknya. Alasan pihak jabatan ialah abahintan dah berkhidmat lebih sepuluh tahun di tempatnya sekarang.  Komen Intan "eloklah dekat ngan umah uwan". Balas abahnya "masaelahnya abah duduk umah ibu.... jaaaaauh!. Akhirnya penutup akhir tahun abahintan menjadi satu delima baginya... sejak petang tadi juga rakan-rakan rapat dah mula menghubunginya minta abahintan membuat rayuan supaya pertukarannya dibatalkan.


Bagi ibuintan pula.... mungkin ada hikmah disebaliknya.


Selamat Tahun Baru 2013.... bye, in sha Allah.....jumpa lagi.. wassallam.





5 ulasan:

YaYaNsMuM a.k.a YM berkata...[Reply]

comelnya kanak2 riang...:) teringat pulak zaman kecik2 dulu...:)

RedRose berkata...[Reply]

salam ibuintan. selamat tahun baru! semoga sama2 kita berhijrah kearah yang lebih baik, insyaallah.
seronok tgk gambar anak2 bersemangat memulakan persekolahan. nampak happy je muka masing2. hi hi.
BTW, I do agree dat maybe ada hikmah disebalik pertukaran itu. ye lah kan, Dia yang maha mengetahui apa yang lebih baik buat kita.
semoga tahin ini memberikan banyak manfaat dan kebaikan buat ibu sekeluarga ye. amin...

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

saya suka dgn gambar sesi anak bapak duk tomonung tu...

moga 2013 lebih cemerlang dan ceria lagi

Hijrah abahintan, Insyaallah ada yg lebih baik dan hikmahnya

moga Intan lulus sekali ambil ajer...

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Selamat tahun baru...

NzA berkata...[Reply]

Selamat thn baru kak....semoga esok segalanya berjalan lancar...InsyaAllah.
Cantiknya kelas akak, mesti anak2 murid teruja...anak2 murid akak 14 org ek?????

Gud luck utk intan...Anak saya angah dh daftar lesen memandu sejak dec n si adiknya, Beby tgh tunggu test lesen moto....