Followers

Isnin, 7 Januari 2013

Sesi 'cobaan"


Cobaan yang pertama, kek pisang sempena hari lahir ibunya 2hb yang lepas.  Garing sikit di atas tapi lembut di dalamnya.  Masa ibunya balik dari sekolah, semerbak  bau kek pisangnya.  Terkejut gak ibunya, tak penah-penah Intan buat kek.  Berselerakan lah dapur jadinya... Intan pilih kek pisang sebab tak payah pukul itu pukul ini, campak dalam blender dan blender je semua bahannya.   Dah blender bakar dalam oven. Siap!  Abahnya komen 'kalau buat lagi nanti rasanya mesti macam kek yang selalu abah beli tu".  Abahintan memang peminat kek pisang, tradisional je... kek-kek yang lain dia tak pandang, tak sentuh pun... walau cam mana la lawa hiasannya... tak di'apek' ea. 


Cubaannya yang kedua pagi semalam, kek coklat.  Resepi asalnya kek coklat ni ialah kek kukus tapi periuk kukusan tersimpan dalam stor, dia malas ambik.  Ibunya pun malas sebab hari semalam sepanjang hari ibunya hanya kerja mengadap komputer menyiapkan kerja-kerja perkeranian.  "Ibu...Intan bakar dalam oven boleh ke?tanyanya.   "Boleh' jawab ibunya.  Entahlah ibunya pun main jawab je, bukannya pernah buat pun. Biasanya kukus je, dah namanya kek kukus.  Dengan suhu 170 C dan time yang disetnya 30 minit, kek  yang dibakarnya tetap moist seperti biasa.  Rasanya tetap mendapat pujian ibu dan Alongnya yang memang pengemar kek coklat. Toping yang dibuat pula agak cair sedikit, tu yang 'tangkap leleh' tu.  Ape pun good try... bak kato omputih ea.  Buleh buek lae lopeh ni!

--alhamdulillah... 




6 ulasan:

Kakcik Nur berkata...[Reply]

Alhamdulillah.

Berbakat Intan dalam masak memasak. Rajin pulak tu. :)

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

nak puji tak boleh...sebab atuk tak rasa lagi...he he

rajin Intan...macam siapa yer...

Kakzakie berkata...[Reply]

Kalau macam ini semakin gigihlah Intan membaking cikgu. Tukang makan pulak tak lama semakin membina badanlah jawabnya.

ahmad humairi berkata...[Reply]

Ini ada resepi baru....baru je saya makan tadi.....dodol potong, celup tepung....dogoreng....hmmmm cubalah!

Zaitun berkata...[Reply]

Lepas ini bolehlah auntie order kat Intan hehehe....

myfreeminded berkata...[Reply]

Bagusnya anak dara ni.