Namun orang tua-tua dulu yang kretif telah mengambil dan menggunakan bahan yang terdapat dipersekitaran mereka yang banyak untuk dicampurkan dalam masakan mereka untuk mendapatkan rasa masam ini. Mereka menggunakan buah-buahan atau dedaun pucuk yang masih muda. Sebagai contohnya…buah gelugor, buah belimbing buluh, buah tomato, buah bacang, buah kuinin, buah mangga dan buah chopu ini sering digunakan. Daun gelugur yang masih muda juga digunakan dalam masakan. Biasanya daun ini diracik halus-halus. Setiap jenis asam ini bila dimasak akan menerbitkan rasa masam dan pedas yang berlainan kepada bahan utama yang disatukan. Bahan utama yang sering dicampur dengan bahan asam ini ialah jenis ikan basah atau ikan salai terutama ikan air tawar , daging salai atau telur itik.
Bab-bab menyalai ni memang feberet orang Negori juga. Tu sebab sapa-sapa yang melalui laluan jalan Pilah Seremban akan jumpa banyak gerai menjual ikan sembilang salai, daging salai, puyuh salai, ayam salai, itik salai ... pendek kata sumo besalai la. Telur itik je yang tak salai. Penjual ni menyalai di gerai mereka di tepi jalan itu juga, biasanya menggunakan arang dan sabut.
Buah yang dah masak berwarna kuning kemerahan. Cantik warnanya bila betul-betul dah masak nanti. Buah yang dah masak ni masih banyak getahnya. Biasanya rasanya juga sudah tidak berapa masam. Boleh juga dimakan begitu saja. Buah yang dah masak ni biasanya selepas dibuang tampuknya akan dipicit sedikit untuk membuang getahnya. Dulu masa bebudak, ibuintan dan kawan-kawan selalu panjat pokok chopu ni, boleh duduk betenggek lagi kat dahan-dahannya di atas pokok sambil makan buahnya yang dah masak ranum. Pokok chopu ni macam pokok manggis, banyak dahan dan cabang tapi dahannya walaupun kecil tapi liat. Memang payah nak patah. Pokoknya juga rendah. Tapi sekarang dah tak ada bebudak yang memanjatnya dah. Dah tak heran langsung. Malah ramai yang tak kenal. Buahnya yang dah masak ranum tu manis tapi bergetah la, lepas makan buah nie komfom bibir bergetah juga sikit…buah chopu ni buah tidak bermusim, sentiasa ada sepanjang masa, jenis buah nadir juga... kalau ada yang mengidam tu senang jugak la nak cari.
Orang-orang Nogori yang duk banda tu kok ado yang mengidam jomputla datang rumah ibuintan... eh rumah jiran la, buah ea tongah banyak tu, tak payah gait, tercapai dek tangan je tu!
Nak yo interprem tu... ni lah saki baki lauk tolo itik semalam, tinggal sebiji lae yang tak habis semalam, nasib baik ado tinggal sebiji ..dapek yo interprem kek sini. Kalau masak telur atau ikan tu letak lah buah chopu ni dalam empat lima biji je, banyak-banyak kang lolap lak mato sebab masam. Tapi biasanya bila dah dimasak tu rasa masamnya berkurangan. Yang sodapnya tu... kuahnya pedas-pedas masam.
.... masa kecik dulu, gulai telur itik ini juga lebih dikenali sebagai lauk kenduri aruah,,... ye lah setiap kali kenduri aruah mesti ada lauk ni.... murah kan!
16 ulasan:
Hmmmmm..seingat igt saya, nenek saya(org rembau) & mak mertua saya(org Nilai), macam tak pernah campur buah cepu ni masa masak gulai....nanti nak tanya balik...kot2 saya yg tak perasan...Tapi tu la, org nogori mmg suka menyalai kan...best woooo..daging salai...
Aduhai cikgu kakak yg dah tua ni pun tak pernah terjumpa. Kalau ada nak kakak mencuba. Kakak suka masak style tradisi. Tempat kakak mungkin ada tapi kakak yg tak tahu cikgu.
mcm nak rasa la.tak penah lg makan ikan salai puyuh salai daging salai..tingin gak rasanya
assalam ibuintan..betul la kata daddy zz tu..acik pun orang rembau.tak pernah pulak jumpo apo lagi masak buah ni..samo raso macam buah kundang tu ko ibuintan
Salam Ibuintan,
Inilah pertama kali akak tengok gambar buah chopu. Mesti sedap gulai telur itik tu.
Kak Ani kalau gulai telur itik cari belumbing buluh jer. Itu pun susah nak dapat.
Terima kasih berkongsi tentang buah chopu ni.
@Daddy Ziyyad
... uwan dr dah duduk town... tak makan dah buah pesen kg ni
buah ni kekadang je jumpa orang jual di pasar tani atau pasar minggu
@Daddy Ziyyad
... uwan dr dah duduk town... tak makan dah buah pesen kg ni
buah ni kekadang je jumpa orang jual di pasar tani atau pasar minggu
@Daddy Ziyyad
... uwan dr dah duduk town... tak makan dah buah pesen kg ni
buah ni kekadang je jumpa orang jual di pasar tani atau pasar minggu
@Kakzakie
memang tradisi sangat ni kakzakie... orang muda dah tak makan dah, sy masak pun sbb teringin, anak2 tak suka pun
@inazamri
kena dtg negeri sembilan tu Ina... bab menyalai ni memang feberet tu.. berbeza rasanya, wanginya
@Acik Erna
ha ... lebih kurang macam tu la Acik, masam2 cam kundang tu la... kekadang ada gak org jual di pasa tani
@Mak Long a.k.a Kunang-kunang
tu la kan, yang hanyir2 ni sesuai sgt dikawankan dengan yg masam2... judu sangat rasanya
buah belimbing pun bermusim juga Kak Ani.. tak sentiasa ada
Sedapnya gulai telur itik tu ibuintan, favourite ummiross, tapi tak pernah lai makan yang ada buah chopu tu.
X penah tgk pun buah tu, tapi gulai telur itik tu buat saya terliur. Hehe best tu
Susah cr buah chepu ni skrg. Kt psr tani pn kdg2 jer ado.....
kek ghumah omak den ada sobatang pokok chopu ni ha. Maso kocik2 dulu, goma boto budak2 manjek pokok eh tu. Bosidai ateh pokok tu.
Catat Ulasan