Followers

Selasa, 8 Januari 2013

Buah cepu @ chopu.





 Kali ini ibuintan nak cerita tentang buah asam ni. Dikenali sebagai buah cepu tapi bergantung juga dengan tempat, mungkin lain tempat, lain negeri, lain namanya.Kalau di Negori Sembilan ni dan di kampung ibuintan contohnya buah ni memang lebih terkenal dengan nama buah ‘CHOPU.  Buah chopu ni antara jenis buah asam yang sering digunakan dalam masakan…khasnya masak lemak cili padi/api... masakan feberet orang Nogori. . Biasanya masak lemak cili padi wajib menggunakan asam sebagai salah satu bahan rencahnya,  bahan asam ni bertujuan untuk mengurangkan rasa kepedasan cili api tu.  Bahan asam ni mungkin asam keping atau  asam jawa.

Namun  orang tua-tua dulu yang kretif telah mengambil dan menggunakan bahan yang terdapat dipersekitaran mereka yang banyak untuk dicampurkan dalam masakan mereka untuk mendapatkan rasa masam ini.  Mereka  menggunakan buah-buahan atau dedaun pucuk yang masih muda.  Sebagai contohnya…buah gelugor, buah belimbing buluh, buah tomato, buah bacang, buah kuinin, buah mangga dan buah chopu ini sering digunakan. Daun gelugur yang masih muda juga digunakan dalam masakan.  Biasanya daun ini diracik halus-halus.  Setiap jenis asam ini bila dimasak akan menerbitkan rasa masam dan pedas yang berlainan kepada bahan utama yang disatukan.  Bahan utama yang sering dicampur dengan bahan asam ini ialah jenis ikan basah atau ikan salai terutama ikan air tawar , daging salai atau telur itik.

Bab-bab menyalai ni memang feberet orang Negori juga.  Tu sebab sapa-sapa yang melalui laluan jalan Pilah Seremban akan jumpa banyak gerai menjual ikan sembilang salai, daging salai, puyuh salai, ayam salai, itik salai ... pendek kata sumo besalai la.  Telur itik je yang tak salai.  Penjual ni menyalai di gerai mereka di tepi jalan itu juga, biasanya menggunakan arang dan sabut.


Buah chopu yang digunakan dalam masakan lemak cili api ni ialah buah yang masih muda yang berwarna hijau tu. Buahnya seakan buah pisang kaki, bulat-bulat dan sebesar telur puyuh je.  Yang tak sedapnya buah ni bergetah, untuk memasaknya buah ni akan dipotong dua dan dibuang biji serta tampuknya.  Ibuintan selalunya akan merendam buah chopu ni dalam air semasa memotongnya supaya getahnya tidak lekat ditangan.  Buah chopu ni ibuintan ambil dirumah jiran sebelah rumah.  Tengah berbuah lebat sekarang ni.  Hari Ahad yang lepas tiba-tiba teringin pulak nak masak gulai telur itik bersama chopu.  Kebetulan abahintan ke pasar tani pagi tu membeli telur itik.  Pergi ke rumah sebelah dan minta beberapa tangkai buah ni.  Ada juga buah yang hampir masak.



Buah yang dah masak berwarna kuning kemerahan.  Cantik warnanya bila betul-betul dah masak nanti. Buah yang dah masak ni masih banyak getahnya.  Biasanya rasanya juga sudah tidak berapa masam.  Boleh juga dimakan begitu saja.  Buah yang dah masak ni biasanya selepas dibuang tampuknya akan dipicit sedikit untuk membuang getahnya.  Dulu masa bebudak, ibuintan dan kawan-kawan selalu panjat pokok chopu ni, boleh duduk betenggek lagi kat dahan-dahannya di atas pokok sambil makan buahnya yang dah masak ranum. Pokok chopu ni macam pokok manggis, banyak dahan dan cabang tapi dahannya walaupun kecil tapi liat.  Memang payah nak patah. Pokoknya juga rendah.  Tapi sekarang dah tak ada bebudak yang memanjatnya dah.  Dah tak heran langsung.  Malah ramai yang tak kenal.  Buahnya yang dah masak ranum tu  manis tapi bergetah la, lepas makan buah nie komfom bibir bergetah juga sikit…buah chopu ni buah tidak bermusim, sentiasa ada sepanjang masa, jenis buah nadir juga...  kalau ada yang mengidam tu senang jugak la nak cari.


Orang-orang Nogori yang duk banda tu kok ado yang mengidam jomputla datang rumah ibuintan... eh rumah jiran la, buah ea tongah banyak tu, tak payah gait, tercapai dek tangan je tu!



 Nak yo interprem tu... ni lah saki baki lauk tolo itik semalam, tinggal sebiji lae yang tak habis semalam, nasib baik ado tinggal sebiji ..dapek yo interprem kek sini.   Kalau masak telur atau ikan tu letak lah buah chopu ni dalam empat lima biji je, banyak-banyak kang lolap lak mato sebab masam. Tapi biasanya bila dah dimasak tu rasa masamnya berkurangan.  Yang sodapnya tu... kuahnya pedas-pedas masam.


.... masa kecik dulu, gulai telur itik ini juga lebih dikenali sebagai lauk kenduri aruah,,... ye lah setiap kali kenduri aruah mesti ada lauk ni.... murah kan!





16 ulasan:

Dr K berkata...[Reply]

Hmmmmm..seingat igt saya, nenek saya(org rembau) & mak mertua saya(org Nilai), macam tak pernah campur buah cepu ni masa masak gulai....nanti nak tanya balik...kot2 saya yg tak perasan...Tapi tu la, org nogori mmg suka menyalai kan...best woooo..daging salai...

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Aduhai cikgu kakak yg dah tua ni pun tak pernah terjumpa. Kalau ada nak kakak mencuba. Kakak suka masak style tradisi. Tempat kakak mungkin ada tapi kakak yg tak tahu cikgu.

inazamri berkata...[Reply]

mcm nak rasa la.tak penah lg makan ikan salai puyuh salai daging salai..tingin gak rasanya

Acik Erna berkata...[Reply]

assalam ibuintan..betul la kata daddy zz tu..acik pun orang rembau.tak pernah pulak jumpo apo lagi masak buah ni..samo raso macam buah kundang tu ko ibuintan

Tanpa Nama berkata...[Reply]

Salam Ibuintan,

Inilah pertama kali akak tengok gambar buah chopu. Mesti sedap gulai telur itik tu.

Kak Ani kalau gulai telur itik cari belumbing buluh jer. Itu pun susah nak dapat.

Terima kasih berkongsi tentang buah chopu ni.

ibuintan berkata...[Reply]

@Daddy Ziyyad

... uwan dr dah duduk town... tak makan dah buah pesen kg ni

buah ni kekadang je jumpa orang jual di pasar tani atau pasar minggu

ibuintan berkata...[Reply]

@Daddy Ziyyad

... uwan dr dah duduk town... tak makan dah buah pesen kg ni

buah ni kekadang je jumpa orang jual di pasar tani atau pasar minggu

ibuintan berkata...[Reply]

@Daddy Ziyyad

... uwan dr dah duduk town... tak makan dah buah pesen kg ni

buah ni kekadang je jumpa orang jual di pasar tani atau pasar minggu

ibuintan berkata...[Reply]

@Kakzakie


memang tradisi sangat ni kakzakie... orang muda dah tak makan dah, sy masak pun sbb teringin, anak2 tak suka pun

ibuintan berkata...[Reply]

@inazamri

kena dtg negeri sembilan tu Ina... bab menyalai ni memang feberet tu.. berbeza rasanya, wanginya

ibuintan berkata...[Reply]

@Acik Erna

ha ... lebih kurang macam tu la Acik, masam2 cam kundang tu la... kekadang ada gak org jual di pasa tani

ibuintan berkata...[Reply]

@Mak Long a.k.a Kunang-kunang


tu la kan, yang hanyir2 ni sesuai sgt dikawankan dengan yg masam2... judu sangat rasanya

buah belimbing pun bermusim juga Kak Ani.. tak sentiasa ada

ummiross berkata...[Reply]

Sedapnya gulai telur itik tu ibuintan, favourite ummiross, tapi tak pernah lai makan yang ada buah chopu tu.

MyFreeMinded berkata...[Reply]

X penah tgk pun buah tu, tapi gulai telur itik tu buat saya terliur. Hehe best tu

Ibuhani berkata...[Reply]

Susah cr buah chepu ni skrg. Kt psr tani pn kdg2 jer ado.....

Johari Abu berkata...[Reply]

kek ghumah omak den ada sobatang pokok chopu ni ha. Maso kocik2 dulu, goma boto budak2 manjek pokok eh tu. Bosidai ateh pokok tu.