“ YA ALLAH SEMBUHKAN, KERANA ENGKAULAH YANG MAHA PENYEMBUH,
YA ALLAH LINDUNGKAN KERANA ENGKAULAH YANG MAHA PERLINDUNG,
YA ALLAH PULIHKAN KERANA ENGKAULAH YANG MAHA PEMULIH”
Abang ipar (bang Jo) juga kelihatannya amat sedih dan seringkali juga dilihat melarikan diri ke luar wad sambil menyapu airmatanya. Sangat pilu mendengar rintihannya semalam. Membayangkan keadaan KakLang di masa depan. Mereka mempunyai dua orang anak lelaki bujang, keduanya sudah bekerja. Yang bongsu akan berkahwin pada bulan Februari tahun depan. Mengenangkan situasi itu menjadikan Bang Jo seolah-olah tidak kuat menghadapi ujian ini. 'Nasib baik abang dah pencen" katanya semalam kepada kami.
Hanya doa, kata-kata semangat serta peransang yang dapat kami titipkan. Semoga Bang Jo dan anak-anak tabah dan reda dengan ujian ini. Bantulah mereka
Dalam perjalanan balik pula semasa kami singgah minum di pekan Simpang Pertang, ibuintan mendapat panggilan daripada Azim memberitahu Angah Sudin (cucu abah) meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya. Angah Sudin meninggal dunia sebaik sampai dihospital kerana mengalami kecederaan yang agak parah. Semasa kejadian Angah Sudin dalam perjalanan ke Kuala Pilah dengan menunggang motosikal dan telah dilanggar oleh sebuah kereta dari arah bertentangan.
Jenazahnya akan dikebumikan pagi ini sebelum Zuhur. Ya Allah ... ampunilah dosa-dosanya dan tempatkanlah rohnya dalam kalangan roh orang-orang yang beriman. Al Fatihah..
Aamin.... Ya Allah, kau bantu dan permudahkanlah urusan keluarga mereka. Tabahkanlah hati suami/isteri serta anak-anak mereka Ya Allah.... hanya kepadaMu kami berserah.
3 ulasan:
Hati kakak terasa sama cikgu. Membayangkan KakLang Eda seperti arwah mak kakak (mak kakak meninggal bukan kerana stroke). Tapi bapak tak mahu mak duduk wad. Sehari saja sebaik duduk wad bapak ambil tindakan drastik bawa Mak balik ubat secara tradisional. Ajar mak doa ini " ALLAHUMMA YA SYAFIAL AMROT" waktu itu mak tak boleh sebut tapi suruh dia amalkan dlm hati. Solat pun kita ambilkan widhu' - solat sambil baring. Bapak urut mak pelan-pelan. Bapak tak mahu saraf mak kena jarum kalau di hospital itu pantang bapak cikgu. Dua minggu terlantar mak beransur pulih, boleh jalan, boleh bercakap tapi agak pelat. Moga KakLang Eda boleh sembuh macam arwah mak kakak dulu.
Buat allahyarham Azim al-fatihah..
Ibuintan...ummi berdoa agar Kak Lang Eda cepat sembuh dan pulih seperti biasa.
Al Fatihah buat Angah Sudin, moga rohnya ditempatkan disisi orang2 yang beriman.
amin..amin..amin...semoga kak lang kembali pulih sprti sedia kala....
Catat Ulasan