Followers

Rabu, 14 November 2012

Pergi takkan kembali...

...... (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali).


Setelah beberapa hari berada dalam keadaan koma dan diberi bantuan pernafasan, akhirnya KakLang Eda pergi untuk selamanya.  Tepat pukul 11.15 malam tadi suami menerima panggilan daripada adiknya dari Hospital Tuanku Jaafar Seremban yang memaklumkan berita tersebut.  Ibuintan dan suami pula ketika itu baru saja setengah jam sampai dari hospital.  Sejak dua hari lepas apabila keadaan KakLang Eda makin kritikal, KakLang Eda telah dipindahkan ke HTJ Seremban dari Hospital Jelebu.  


Dihospital HTJ pula seluruh ahli keluarga berkumpul, melawat dan memberi kata semangat buatnya serta suami dan dua anak lelakinya.  Sejak tengah hari semalam lagi doktor telah memaklumkan keadaan KakLang Eda yang makin lemah dan doktor juga telah meminta semua ahli keluarganya bersedia dengan kemungkinan begini.  Ahli keluarga hanya mampu membacakan Yassin dan berdoa untuknya agar Allah memberikan jalan yang terbaik buatnya.  


Akhirnya dalam usia 48 tahun KakLang Eda meninggalkan kami semua.  Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Al-Fatihah..........Aamin.



... Pagi ni kami semua akan ke Kg Larong, Kuala Klawang untuk mengiringi perjalanan terakhirnya.






















9 ulasan:

Kakcik Nur berkata...[Reply]

Innalillahhiwainnailaihirojiun.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Al Fatihah.

Lelaki Ini berkata...[Reply]

innalilah. alfatihah

MulutPayau berkata...[Reply]

Al-Fatihah utk arwah dan takziah utk seluruh ahli keluarga...

ummiross berkata...[Reply]

Salam takziah buat semua ahli keluarga KakLang Eda..
Al Fatihah.

sal berkata...[Reply]

Al fatihah..moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..amin..

pB berkata...[Reply]

Innalillahhiwainnailaihirojiun.


semoga keluarga tabah menghadapi kehilangan ini

NzA berkata...[Reply]

al-fatihah..semoga seluruh keluarga akak tabah lalui ujian ini....

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih kepada semua sahabat yang telah meninggalkan komen dan mendoakan arwah.... hanya Allah yang akan membalas kebaikan sahabat


Amin

TiranaAduka berkata...[Reply]

al-fatihah buat kak lang eda.