Followers

Khamis, 8 November 2012

Aktiviti menyibuk diminggu akhir persekolahan ..



Assalamualaikum... moga sejahtera semuanya.

Minggu terakhir persekolahan yang tersangat sibuk.  Penat sangat rasanya minggu ni ditambah pula keadaan badan yang kurang sihat sedikit.



Isnin dan Selasa berkursus di PPD k.Pilah.  Dua hari duduk mengadap laptop dalam dewan berhawa dingin sehingga pukul lima petang menjadikan pinggang rasa serba tak kena.  Sakit mencucuk-cucuk dan rasa kebas.  Perasaan yang dialami sekiranya duduk dan berdiri terlalu lama. Ya lah biasanya di sekolah tak pernah duduk diam begitu... ke hulu ke hilir ke atas dan ke bawah turun naik tangga sentiasa. 






Semalam pula sibuk dengan jamuan kelas.  Kali ini kami buat joint-venture antara kelas pra, tahun 2, tahun 4 dan tahun 5..  Senang sikit dan majlis lebih meriah sebab ramai.  Cuma majlis terlewat sedikit sebab menunggu keepsi yang terlambat siap.  Keepsi Pilah semalam dikuasai oleh oder untuk jamuan sekolah sahaja.  Hanya ini cadangan utama setiap anak-anak ini.  Menu mee kari, nasi lemak dan nasi impit hanya jadi menu sampingan saja bagi mereka.


Pagi ini pasti sibuk untuk persiapan majlis hari Anugerah yang akan berlangsung pada petang ini pula.. Sebenarnya sejak awal minggu ni pun memang dah teramat sibuk terutama bahagian hadiah, persiapan pentas serta bahagian persembahan.


Tu la dia... kesahnya.  Bye.. jumpa lae nak gi sekolah dah ni. 















14 ulasan:

ahmad humairi berkata...[Reply]

Uihhhhh.....sibuknye....sampai boleh update blog lagi....tahniah ibuintan.

inazamri berkata...[Reply]

kebanyakan akhir2 persekolahan ni para guru mmg sibuk berganda termasuk la ipar2 saya

Kakzakie berkata...[Reply]

Kakak yg bukan cikgu pun nampak betapa sibuk dan penatnya cikgu. Kalau sekolah rendah lagi 99% semua kena buat sebab kalau sek menangah anak-anak murid dah boleh diminta tolong sikit..

ummiross berkata...[Reply]

hujung2 ni memang sibuk kan ibuintan, tapi selalu teruja juga dengan jamuan akhir tahun, sebab dapat makan dan santai2 dengan anak murid kejap. Bestnya jamuan makan Keepsi, nampak wajah2 bahagia anak2 murid tu ibuintan.

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

tak pa
penat sekarang
nanti boleh cuti lama...

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu..

ibu apa khabar? semoga ibu sihat walafiat di samping keluarga tersayang...

NzA berkata...[Reply]

terkejar2 menyiapak kerja yg dtg brsusun....minggu pertama perlu ke sekolah utk meeting dan mcm2 program...huhuhu...

ibuintan berkata...[Reply]

@ahmad humairi


cikgu... updated blog tu yg menambah sibuk tu

ibuintan berkata...[Reply]

@inazamri


hujung tahun semua kerja perlu setel... dan kerja pulak memng paling banyak time hujung tahun ni

ibuintan berkata...[Reply]

@Kakzakie

memang tak dinafikan... sekolah rendah semua kerja cikgu yg terpaksa mulakan dan buat,, stakat nak suruh dan arah murid saja lagi menambahkan kerja jadinya

ibuintan berkata...[Reply]

@ummiross


hehehe... kepsi lah saja yg mereka cadangkan, tak cukup duit sanggup mereka tambah... demi keseronokkan mereka, mereka suka cikgunya lagii suka

ibuintan berkata...[Reply]

@atuk

mualaikumsalam Atuk.... betul tu, yg menambah penat kursus pulak di minggu2 terakhir sedangkan kerja di sekolah belum selesai

ibuintan berkata...[Reply]

@sahromnasrudin


Mualaikumsalam Shah... alhamdulillah, ibu sihat


gembira dapat berita Shah juga sihat di sana, sesekali elok juga lah mencoret kembali

ibuintan berkata...[Reply]

@NzA


akak last meeting petang semalam, sampai kul lima stengah


cuti ni pun datang juga ke sekolah, masih ada yg belum selesai