Followers

Khamis, 1 November 2012

Peluang yang dinantikan.... kojap pun jadilah!

  Assalamualaikum..

Hari ini hari terakhir berkursus.  Kursus penyebaran subjek KSSR Moral.

 Pagi semalam slot kursus lebih kepada aktiviti bengkel dalam kumpulan dan pembentangan.  Jadinya apabila mendapat panggilan telefon daripada GPK Kanan yang bertanyakan tentang kemasukkan data murid Linus yang perlu die-mel ke PPD maka ibuintan pun mengambil kesempatan ini untuk balik ke sekolah.  Ibuintan segera minta kebenaran daripada Jurulatih kursus dengan alasan semua data-data tersebut perlu di emel sekarang juga ke PPD. Dan data-data tersebut tersimpan dalam laptop di rumah.  Peluang  keluar dari bilik kursus yang amat dinantikan.

Nasib baik jalan ke Seremban tak jammed seperti hari Isnin yang lepas.  Perjalanan yang lima minit dari tempat kursus berlarutan menjadi setengah jam.

 Sampai je di rumah terus buka laptop dan terus hantar emel analisa data murid Linus ke PPD.  Sebenarnya tiada murid Linus dalam kelas ibuintan tetapi pihak PPD nak juga datanya.  Jadi hantar je nama semua murid... selesai. Apa nak buat lagi?  Hati dah malas nak ke tempat kursus semula, hati lebih berat nak ke sekolah.  Apalagi tukar baju segera.  Nak join jugak... terima kasih kepada cikgu Rozyla yang sanggup singgah meninggalkan T-shirt sukan di rumah ibuintan tengah hari Selasa lepas.


Taknak lepas join sukan sekolah ni buat kali pertama.  Sukan sekolah @ Tekois Day buat semua cikgu dan staf sokongan.  Ibuintan sampai acara sudah hampir tamat sebab acara padang telah berlangsung sehari sebelum hari kejadian semalam.  Tak kisah janji dapat join.





Tahniah rumah kuning merangkul johan keseluruhan antara rumah. Piala pusingan disampaikan oleh Tuan Penolong PPD K. Pilah.




11 ulasan:

Acik Erna berkata...[Reply]

assalam ibuintan..semangat sukan tu..dapat sekejap pun jadi la kan..

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Ligat juga cikgu ke sana-sini. Semangat berkobar nak join ada.

psst: Cantiklah tudung cikgu yg pegang hadiah. Minat pulak kakak manalah dia beli. Relang besar kakak suka:)

Dr K berkata...[Reply]

Jalan tu jem sebab apa Ibuintan? saya pernah lalu jalan tu

MulutPayau berkata...[Reply]

seronok tengok budak2 bersukan..sekolah saya baru selesai perkhmahan...

Zaitun berkata...[Reply]

Ahad lepas jem teruk kat Seremban,orang balik dari bercuti.

Semangat sukan betul ibuintan hehehe...

ibuintan berkata...[Reply]

@Acik Erna


betul tu kak... kojap pun jadi la, nak beseronok besama bebudak, nak peluang menjerit2 sama

ibuintan berkata...[Reply]

@Kakzakie

semangat mesti ada kakzakie... itu pasti


yg pegang hadiah tu ustazah tu, semua tudungnya jenis bawal yg labuh gitu... nanti sy tanya mana dia beli

ibuintan berkata...[Reply]

@Daddy Ziyyad


Doc DZZ... entahla skarang makin menjadi2 jemnya, setiap minggu komfom jem... yg pasti sebb jalan di ulu bendul dan bukit putus ada kerja pembesaran jalan

ibuintan berkata...[Reply]

@MulutPayau


MP... betul tu, semua bersemangat


kita guru2 pun tumpang sama, dapat gak reles tensen

ibuintan berkata...[Reply]

@Zaitun


laluan jalan sremban kuala pilah memang laluan yg sibuk skarang ni kak.. tambahan kerja2 naik taraf jalan di laluan berkenaan

zan berkata...[Reply]

wahh,semagat kesukanan,nak join rumah kuninglah leh,huu2x.