Followers

Ahad, 11 November 2012

Tabahkanlah keluarga mereka dengan ujianMu... Ya Allah.



“ YA ALLAH SEMBUHKAN, KERANA ENGKAULAH YANG MAHA PENYEMBUH, 
YA ALLAH LINDUNGKAN KERANA ENGKAULAH YANG MAHA PERLINDUNG, 
YA ALLAH PULIHKAN KERANA ENGKAULAH YANG MAHA PEMULIH”

Petang semalam ibuintan bersama suami, mak dan abah mertua ke Hospital Jelebu di Kuala Kelawang untuk melawat Kak Lang Eda (biras) yang diserang stroke pada malam Khamis yang lepas.  Terharu dan hiba sekali melihat keadaannya.  Kak Lang Eda  seorang yang amat periang, peramah dan aktif tiba-tiba dalam sekelip mata menjadi sebegitu, kelu tanpa sepatah kata. Hanya terbaring lesu dan mampu mengerlip mata memandang kami dengan pandangan hiba, hanya mampu mengerakkan bahagian anggota kiri sahaja.  Tiada sorang pun yang tidak mengalirkan airmata melihat keadaannya.  Kami benar-benar terasa kehilangan gelak tawa dan celotehnya.  Bila kami berkumpul beramai-ramai di rumah mak mertua, Kak Lang Edalah yang paling riuh sekali mulutnya.  KakLang Eda disahkan mendapat stroke kerana tekanan darahnya yang amat tinggi.


Abang ipar (bang Jo) juga kelihatannya amat sedih dan seringkali juga dilihat melarikan diri ke luar wad sambil menyapu airmatanya.  Sangat pilu mendengar rintihannya semalam.  Membayangkan keadaan KakLang di masa depan.  Mereka mempunyai dua orang anak lelaki bujang, keduanya sudah bekerja. Yang bongsu akan berkahwin pada bulan Februari tahun depan.  Mengenangkan situasi itu menjadikan Bang Jo seolah-olah tidak kuat menghadapi ujian ini.  'Nasib baik abang dah pencen" katanya semalam kepada kami.
Hanya doa, kata-kata semangat serta peransang yang dapat kami titipkan.  Semoga Bang Jo dan anak-anak tabah dan reda dengan ujian ini.  Bantulah mereka

Dalam perjalanan balik pula semasa kami singgah minum di pekan Simpang Pertang, ibuintan mendapat panggilan daripada Azim memberitahu Angah Sudin (cucu abah) meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya.  Angah Sudin meninggal dunia sebaik sampai dihospital kerana mengalami kecederaan yang agak parah. Semasa kejadian Angah Sudin dalam perjalanan ke Kuala Pilah dengan menunggang motosikal dan telah dilanggar oleh sebuah kereta dari arah bertentangan.

Jenazahnya akan dikebumikan pagi ini sebelum Zuhur.  Ya Allah ... ampunilah dosa-dosanya dan tempatkanlah rohnya dalam kalangan roh orang-orang yang beriman.  Al Fatihah..



Aamin.... Ya Allah, kau bantu dan permudahkanlah urusan keluarga mereka. Tabahkanlah hati suami/isteri serta anak-anak mereka  Ya Allah....  hanya kepadaMu kami berserah.


















3 ulasan:

Kakzakie berkata...[Reply]

Hati kakak terasa sama cikgu. Membayangkan KakLang Eda seperti arwah mak kakak (mak kakak meninggal bukan kerana stroke). Tapi bapak tak mahu mak duduk wad. Sehari saja sebaik duduk wad bapak ambil tindakan drastik bawa Mak balik ubat secara tradisional. Ajar mak doa ini " ALLAHUMMA YA SYAFIAL AMROT" waktu itu mak tak boleh sebut tapi suruh dia amalkan dlm hati. Solat pun kita ambilkan widhu' - solat sambil baring. Bapak urut mak pelan-pelan. Bapak tak mahu saraf mak kena jarum kalau di hospital itu pantang bapak cikgu. Dua minggu terlantar mak beransur pulih, boleh jalan, boleh bercakap tapi agak pelat. Moga KakLang Eda boleh sembuh macam arwah mak kakak dulu.

Buat allahyarham Azim al-fatihah..

ummiross berkata...[Reply]

Ibuintan...ummi berdoa agar Kak Lang Eda cepat sembuh dan pulih seperti biasa.

Al Fatihah buat Angah Sudin, moga rohnya ditempatkan disisi orang2 yang beriman.

NzA berkata...[Reply]

amin..amin..amin...semoga kak lang kembali pulih sprti sedia kala....