Followers

Isnin, 19 November 2012

Permudahkan urusan mereka.... Aamin.


” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,
Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar,  Ya Khaliq,
Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. 
Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.
Amin Ya Rabbalalamin..”

Selamat menduduki peperiksaan STPM kepada Along ... Moga Along mendapat kejayaan yang cemerlang.


Setelah bercuti selama seminggu, hari ini Intan juga akan menyambung kembali perjuangannya di dalam dewan peperiksaan.  Tabah dan tenangkan hati kalian berdua, insyaallah.... ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat Along dan Intan. Good luck anak-anak ibu....


Aamin..




17 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...[Reply]

salam
sama la kita..anak kedua saya jugak menduduki STPM ari ni

Acik Erna berkata...[Reply]

Amiin..seoga dipermudahkan semua urusan dan dapat menjawab soaalan dengan baik..

Kakcik Nur berkata...[Reply]

Semoga segalanya berjalan lancar.

Aminnn.

:)

TiranaAduka berkata...[Reply]

salam intan
Tirana aduka doakan smoga dipermudahkan segalanya.amin

Kakzakie berkata...[Reply]

Dua sekali dlm keluarga cikgu yg sedang berjuang sekarang nie. Itu yg cikgu pun kakak rasa bagaikan berada di medah yg sama. Kakak dapat rasa sebab kalau anak periksa hati kita pun merasai sama.

Moga Along and Intan boleh menjawab dgn baik. Insya-Allah.

ibuintan berkata...[Reply]

@❤Kamsiah❤

moga anak-anak kita berjaya dengan cemerlangnya... amin

ibuintan berkata...[Reply]

@Acik Erna


trima kasih kak Erna... tu lah yg diharap2kan

ibuintan berkata...[Reply]

@Kakcik Nur

trima kasih kakcik... mudah-mudahan

ibuintan berkata...[Reply]

@TiranaAduka

trima kasih .... amin

ibuintan berkata...[Reply]

@Kakzakie

tu yg kecut perut ibunya tu... dua-dua sedang berjuang, moga Allah membantu keduanya

ummiross berkata...[Reply]

Kedua2nya menghadapi peperiksaan besar, tentu berdebar juga kita dibuatnya kan ibuintan.
Moga Allah permudahkan urusan mereka, moga dapat menjawab soalan peperiksaan dengan sebaiknya. Good luck untuk kedua2nya.

lyza berkata...[Reply]

Assalamualaikum

salam perkenalan dari saya..

Moga anak2 ibu intan dan semua anak2 yang menduduki peperiksaan akan berjaya d dunia dah akhirat.. :)

Cho Zila berkata...[Reply]

Selamat berjaya untuk keduanyer... tenangkan hati....

Daddy Ziyyad berkata...[Reply]

Amin...Moga dipermudahkan urusan Along..dan moga dapat keputusan STPM yg cemerlang

ibuintan berkata...[Reply]

@lyza


mualaikumsalam lyza... insyaallah, mudah2an berjaya mereka semua

ibuintan berkata...[Reply]

@Cho Zila


trima kasih... mudah2an begitu lah

ibuintan berkata...[Reply]

@Daddy Ziyyad

Trima kasih Doc DZZ... harapnya begitu lah, demi masa depannya